Pertama kali kak ana makan Richeese Factory ni awal tahun 2024 yang lepas. Itupun tak berapa nak rasa sangat sebab kak long dan Adik Ika beli tapau bawa balik makan di rumah dalam perjalanan kami balik dari kampung , singgah di Richeese Factory Kuala Selangor. 

Waktu tu tak banyak cawangan Richeese Factory nih, ada kat beberapa lokasi sahaja tak macam laa nih banyak dah cawangan depa kan. Beberapa minggu lepas, kami ke Melawati Mall, Adik Ika ajak repeat makan Richeese Factory. Baru lah menikmatinya sebab dine-in lebih sedap makan ayam goreng ni panas-panas lagi kan.. 


Ayam goreng Richeese Factory


Ayam goreng Richeese Factory


Kami ambil 3 set Richeese dengan level pedas ayam berbeza. Hat kak ana macam biasa yang paling original lah tak pedas punya, set Richicken kalau tak silap namanya . Set ni sekali dengan air. Sedap sangat ayam goreng original , Perapan ayam secukup rasa dan isi dalam pun lembut. Kena sangat dengan selera kak ana. 


Ayam Goreng Richeese


Suami kak ana makan hat crispy chicken set . Ianya tak lah terlalu pedas tapi rangup kulitnya. Beza kat situ sahaja. Masih boleh kak ana makan lagi. Adik Ika yang ambil set Fire Chicken tu. Agak pedas rasa dia sampai ke isi ayam boleh rasa kepedasannya. 


Ayam goreng Richeese Factory


Satu lagi yang kak ana agak suka untuk makan di Richeese Factory ni adalah air pink guava tu , kat Richeese di panggil pink lava. Kak ana memang peminat air jambu batu merah ni, nak nak lagi hat jus kan. Bila order set kombo macam ni dapat pula pilih minuman kak ana pastilah nak cuba pink lava depa. Sedap sangat . 


Ayam goreng Richeese Factory


Dan keunikan makan ayam goreng di Richeese Factory ni adalah pada cheese souce nya. Ayam goreng walau pedas atau tak di cicah dengan sos cheese yang pekat lemak masin memberikan gabungan rasa yang berlainan dari cicah dengan sos cili pada kelazimannya. 


Ayam goreng Richeese Factory


Richeese Factory juga ada side dishes coleslaw dan whipped potato. Kedua nya pun sedap pada selera kak ana malahan lebih sedap dari jenama yang sebelum ni kak ana makan. 

Dari pencarian di internet, Richeese Factory adalah produk dari Indonesia dan sama dengan pengeluar waffle biskut Nabati yang popular tu. Sumber rujukan di laman web richeesefactory.com ada dinyata kan, produk makanan mereka adalah Halal certified. 



9 Comments

  1. wahhhhhhhhhhh boleh la tryy ni...dah lama boikot ayam McD..at least ade jugak pilihan selain tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. Dulu linda igt lagi masa baru bukak kat kuala selangor... Pnjg org beratur.. Igtkan makanan korea.. Hahaha...
    Ok, nanti boleh la nak pergi.. Tapi, kena beli original je lah semua

    ReplyDelete
  3. waaa sama laaa, MZ pun mkn kat richeese melawati mall last week, cuma lom buat entry

    ReplyDelete
  4. Kat MM ada outletnya ye? Boleh la pi try. Angah bgtau kawan dia belanja ayam Richeese ni, dan sedap dia kata.
    Kalau instant ramen Richeese ni pun sedap Kak Ana.

    ReplyDelete
  5. Wah, balik kampung nanti bolehlah jalan-jalan ke Kuala Selangor singgah di sini.

    ReplyDelete
  6. Teringin jugak nak merasa. Nampak menarik betul menunya.

    ReplyDelete
  7. dah pernah makan, suka sangat! yg fire chicken cicah dgn sos cheese tu mmng combo terbaik. air guava dia pun sedap

    ReplyDelete
  8. Nanti hendak cuba. Insya Allah.
    Tq bagitahu menu yang dicuba.

    ReplyDelete