Ini kali ke empat dengan izinNya kami bersama semula rakan-rakan sebaya dari darjah satu Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist, Teluk Intan. Batch bila... biarlah rahsia namun apa yang dapat kak ana nyatakan adalah ukhuwah dan persahabatan ni dah terjalin puluhan tahun.. Masyaa Allah.. Alhamdulillah.. 


MGS Teluk Intan Reunion


Kak ana nak recap semula terbitan entri reunion MGSTI ni dari yang pertama di ladang kediaman salah seorang sahabat kami Nonie pada tahun 2016  , entri persiapan pula kak ana terbitkan di SINI  . Reunion pertama ni di hadiri oleh kak ana, Ida, Nani, Suzana, Puva, Hasmah, Lalitha, Nonie, Mazuna, Renu, Azimah, Riza dan Zura. 


RU MGSTI 2016 


 
Kemudian kali ke dua paling istimewa kami kembali ke sekolah MGS Teluk Intan pula pada tahun 2017. Paling indah bila kami bermain semula di laman yang sama, makan di kantin yang sama, naik ke kelas yang kami duduki hampir puluhan tahun yang lalu, mengimbas nostalgia satu persatu. 


Kali ni 12 orang hadir kak ana, Aida, Azimah, Zura, Suzana, Hasmah, Marlia Jaafar ( telah kembali kepada Penciptanya ) Puva, Ida, Nonie, Nani dan Renu. Waktu ni kami dah pandai buat pakaian bertema denim biru putih. Hehe :) Masih teringat gelak tawa allahyarham Marlia , semoga dicucuri rahmat dan kasih sayangNya jua buat Lia.. 


RU MGSTI 2017

Untuk kali ketiga diizinkanNya kami bersama semula pada tahun 2022 dalam tema putih pink. Staycation dan vanue kami juga waktu itu di The Trail, Kampar, Perak . Terima kasih pada Nonie yang sponsored homestay di The Trails Kampar . 

Kak ana, Aida, Puva, Yan, Ida, Riza, Linda, Renu, Suzana, Mazuna, Rozita, Renu, Noriah, Nonie, Hasmah dan Azimah. Enam belas rakan sebaya yang hadir . Dan kebanyakannya adalah dari RU pertama dan ada yang baru pertama kali kami bersua semula seperti Rozita yang mai nun dari Jitra, Kedah. 

RU di Kampar ni paling indah untuk dikenang bila kak ana dan Ida datang dengan ETS dari KL ke Kampar. Pengalaman pertama kak ana naik ETS . Teramat bahagia bila Kak ana, Ida, Nonie, Linda, Riza dan Yan bermalam di homestay tersebut kemudian Azimah dan Rozita turut hadir malam tu penuh dengan tawa ria sepanjang malam.. 




Dan kali ini , tahun lepas 2024 kami berkesempatan bertemu semula di bandar Teluk Intan dalam tema putih ungu. Terlalu banyak ujian yang hadir sehingga majlis ini akhirnya berjaya juga di realisasikan. Betul lah kan, makin kita bertambah usia nih, makin banyak dan pelbagai ujian yang datang . 





Inilah wajah-wajah yang direzekikanNya hadir tengahari tu, Kak ana, Ida, Aida, Suzana, Yan, Puva, Noriah, Riza, Azimah, Zura, Seha dan Raja. Nonie sebagai chair lady group kami hanya dapat jumpa di bawah sahaja, kerana baru menjalani pembedahan lutut. 




Apapun dapat juga jumpa dan bergambar, Alhamdulillah. Ini kerana venue kami kali ni di Dewan Abu Ubaidah berada di aras satu tanpa lif dan Nonie yang baru mendapat rawatan tak boleh nak daki anak tangga. Paling sedih pagi tu bila Rozita whatsapp yang dia sekeluarga tak dapat hadir kerana jalan di tutup sebab banjir. 





Allah sahaja yang tahu sedihnya kami semua kerana Ita dah siap pakai ikut tema tetapi tiada pilihan kerana semua access ke selatan di tutup sepenuhnya. Waktu tu memang sedang berlaku banjir di belah Kedah dan Penang. 

Nampaknya dalam ke empat-empat Reunion kak ana, Ida, Puva, Renu, Azimah dan Suzana adalah yang paling lejen dengan izinNya hadir di setiap RU yang dirancang. Syukur sangat dengan kesempatan dan rezeki yang dikurniakanNya. 




Majlis bermula sekitar jam 2 petang, selepas waktu Zohor. Dewan Abu Ubaidah ni ada surau jadi senang kami yang datang awal solat dahulu sambil menyediakan barang dan aturcara. Urusan sewa dewan adalah dari Ida dan Nonie macam sebelumnya. 





Kami ambil pakej makanan sekali dengan dewan yang memudahkan semua urusan. Makanan pun sampai awal dan Alhamdulillah semuanya sedap pada selera dan berlebihan . Zura sebagai salah seorang commitee di berikan bajet untuk beli tapau dan plastik sebab dah agak dah makanan akan berlebihan nanti. 




Juru acara majlis petang tu adalah Dr Raja kita berjaya menggamatkan sepanjang petang.  Selepas ucapan aluan, kami terus makan dahulu. Antara menu yang ada petang tu dari tempahan katering antaranya mee kari, bubur pulut hitam, aneka kuih-muih, nasi goreng, buah-buahan potong,  air oren dan teh tarik. 


kek reunion


Zura dan Ida sempat juga masak mihun goreng dan roti jala jelita serta kari ayam. Yan bawa apam balik. Kami tempah juga kek RU dari Secret Recipe, Teluk Intan. 


roti jala


Lepas makan kami turun ke bawah dan jumpa Nonie sekejap , ambil gambar dan bersua mesra. Naik semula ke tingkat atas dan meneruskan dengan acara games. Tiap RU master of games kami adalah Puva yang cantik jelita tu.

Ada 5 games yang kami main seperti lucky steps, pijak cawan kertas dalam bulatan yang bertuah akan dapat hadiah tertulis dalam papercup tu. Kemudian permainan passing gelang getah dengan menggunakan straw, teka botol minuman, baling bola pingpong dan kaut gula-gula kalau tak silap. 


hadiah lucky draw dari collections


Selesai games, kami ke acara lucky draw. Kali ni tiada exchange gift tetapi committee bersetuju untuk buat lucky draw. Kami buka dulu dalam group kepada sesiapa yang bermurah hati nak bawa hadiah lucky draw dan untuk mencukupkan semua yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong, kami tambah 4 hadiah menggenapkan bilangan untuk semua yang hadir. 

Macam selalu our big sponsored adalah Nonie , kali ni Nonie sponsored grand prize bernilai RM200 dan pemenang bertuah petang tu adalah Riza. Masyaa Allah.. Alhamdulillah rezeki Riza. 




Walaupun tak ada acara exchange gift tetapi setiap kali RU ni, ada sahaja sahabat yang bermurah hati akan bawa hadiah untuk semua yang hadir secara sukarela. Tahun ni Yan bawa hadiah pyjama untuk semua rakan-rakan yang hadir termasuk yang bawa anak-anak. 




Suzana bawa keychains dan jeruk Pak Ali dari Penang. Hat ni wajib lah tiap tahun Suzana akan bawa huhu. Renu pula bawa hadiah hasil kraf tangan suaminya pasu gantung dari tempurung kelapa dan tumble. Ida bawa ole-ole dari Jepun dan Zura juga ada buah tangan untuk semua. Semoga Allah swt murahkan rezeki ampa semua. 





Tahun ni urusan hadiah dari goodies dan lucky draw kak ana yang uruskan atas persetujuan committee. Goddies tahun ni kak ana beli di Madam's King, Nilai 3 . Kebetulan ada urusan ke KLIA hantar Adik Ika fly , kak ana terus ke Nilai 3 dan beli hadiah goodies, ribben dan wrapping sekali. Ikut warna tema purple. Siap balut dengan wrapping hantaran gituew :) 


hadiah goodies


Set soup bowls ceramic 6 biji siap dalam kotak ni berharga RM19.90 satu set di Madam's King, Nilai. Memang rambang mata nak pilih macam-macam pinggan mangkuk, periuk , caserole semua lawa-lawa. Tapi kak ana terpaksa pilih yang sesuai dengan bajet collections kami. 




Hat nih pula hadiah lucky draw dari kak ana sendiri yang juga beli di Madam's King. Set kaca bertutup Vintage designed. Yang bertuah dapat lucky draw ni adalah Renu. Harap Renu suka dengan hadiah nih. Kak ana pula dapat set jug dengan gelas kaca dari Zura. Alhamdulillah.. terima kasih Zura yang kami panggil ZZ . 


goodies reunion


Memandangkan puan chair dan committee bersetuju untuk kami habiskan kesemua wang terkumpul, last minit kak ana ke kedai Eco Shop dan selesaikan pembelian untuk tambah lagi goodies untuk semua yang hadir. 


goodies reunion


Dapatlah setiap seorang satu bekas makanan saiz M dan dalamnya kak ana isikan teh uncang Cameron Valley bersama Butter Cookies Nuraini's dari Eco Shop. Dah geng mak-mak semuanya, dapat tipuware macam ni suka sangat lah kan :) 





Malam sebelum balik ke Teluk Intan, minta Adik Ika designed kan stickers untuk print dan lekatkan pada hadiah goodies untuk semua. Erm.. tak sah lah kalau kak ana yang uruskan bab hadiah memang suka over action huhu. 

Kak ana suka nampak perfect dan cantik untuk semua yang hadir. Bukan apa, kak ana sangatlah menghargai kehadiran sahabat semua dari jauh dan yang menetap di Teluk Intan. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi untuk hadir setiap kali reunion. 



Terima kasih semua sahabat Suzana dari Penang, Rozita dah separuh jalan dari Kedah terpaksa berpatah balik kerana jalan tutup banjir, sedih sangat.. Aida dari Manjung, Seha, Noriah Ina, Ida dari KL, Raja Shikin dari Johor, Azimah dari Kampar dan dari Teluk Intan sendiri Zura, Yan, Riza,Nonie, Puva dan Renu. 

Beberapa minggu sebelum Reunion ni ahli commitee di uji berat bila Nonie menjalani pembedahan lutut di Ampang Putri, KL.. Zura pula kehilangan ayahanda tercinta, Ida juga ada ujiannya, Riza .. mak masuk wad . 

Kak ana kuatkan semangat untuk tekad jayakan juga reunion ini atas nama ukhuwah dan persahabatan. Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan indah pada 30hb November 2024... Terciptanya memori lagi untuk kami.. Terima kasih sahabat MGS TI, In Syaa Allah panjang umur kita bersua semula di masa hadapan... Aamiin. 














12 Comments

  1. Best kan reunion. Saya sekolah rendah di MGS Kuantan. 😍

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga sihat2 semuanya..
    Geng2 MGS nie.. Terbaik lah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah menarik sgt reu yg Kak Ana & kawan² buat ni...paling best part hadiah² tu la, seronok dapat hadiah x kisah besar @ kecil, mahal @ murah tp ingatan tu yg bermakna kan

    ReplyDelete
  4. Ini level air dicincang takkan putus ni...

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah. semoga ukhuwah yg terjalin kekal hingga ke jannah. bila berjumpa kawan2 lama zaman sekolah, mesti auto rasa muda 😅😅

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, seronok dapat jumpa macam ni. Kudos pada yang merancang dan menjayakan reunion ni. Terbaik !

    ReplyDelete
  7. kami dah lama sungguh tak buat reunion...

    ReplyDelete
  8. waahhhhh bestnya masih berukhwah hingga 2025!

    ReplyDelete
  9. Seronoknya sekolah perempuan. Masa sek men merasa la sekolah perempuan 2 minggu kot. Lepas tu pindah asrama.

    ReplyDelete
  10. Seronok tu kawan-kawan dari sekolah rendah masih berhubungan.
    Semoga ukhuwah terus berkekalan.

    ReplyDelete