Entri ini kak ana terbitkan dah masuk pertengahan bulan Syaaban 1445H , bermakna lagi dua minggu lebih kurang kita akan menyambut kedatangan bulan puasa, Ramadan Kareem 1445H . Tahun ni kak ana menerima jemputan majlis preview Ramadan agak jauh juga dari kediaman, iaitu di Hotel Premiere, Klang. 

Lama sungguh tak masuk ke bandar lama Klang menyeberangi jambatan menuju ke Hotel Premiere, Klang ini. Bertahun juga dah rasanya. Lokasi Hotel Premiere ni tak jauh dari bandar Klang dan ia agak privasi dan parking pun murah di bahagian basement.


Buffet Ramadan Hotel Premier Klang
Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang

 

Buffet Ramadan Hotel Premiere, Klang


Kak ana nak kongsikan dengan korang semua apa yang di tawarkan di buffet Ramadan yang akan berlangsung mulai 3hb hingga 28hb Mac 2025 nanti di The Buzz , Hotel Premiere , Klang. Bertemakan Seni Citarasa Ramadan : Hidangan 1001 Rasa , menjanjikan pengalaman kulinari yang memukau malahan mengamit kenangan indah dengan hidangan istimewa yang menggabungkan tradisi masakan klasik dan inovasi moden. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang
Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Dengan lebih dari 150 hidangan eksklusif, setiap sajian di hasilkan dengan penuh teliti oleh Chef Executive The Premiere Hotel, Klang, Chef Hisham bersama pasukan dapur yang berpengalaman. Hidangan yang di hidangkan mencerminkan semangat Ramadan yang kaya dengan nilai tradisi yang di sulami dengan kreativiti dan bahan masakan yang berkualiti tinggi. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Dari hidangan berbuka hingga lah hidangan pencuci mulut , di reka untuk menyentuh hati dan memenuhi selera setiap lapisan pengunjung yang hadir untuk buka puasa di Hotel Premiere, Klang ini. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Antara sajian utama yang bakal membuka selera termasuk Ayam Bakar Pasu , Sup Tulang Kambing Merah Istimewa , Ayam Salai, Daging Salai dan Itik Salai , Kambing Pedas, Ayam Goreng ala-Korea dan banyak lagi. 



Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Bufet ini juga menampilkan masakan secara langsung atau goreng dan bakar panas-panas seperti Mee Goreng , Satay , Pasembor , Popiah Basah , Murtabak serta makanan laut citarasa Shellout  yang pasti menambah kemeriahan dan kelainan ketika berbuka puasa nanti. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Setiap hari bufet ini menyajikan lima menu berbeza merangkumi hidangan-hidangan dari pelbagai daerah di Malaysia, membawa menelusuri citarasa setiap negeri. Setiap hidangan di pilih dengan penuh perhatian memberikan pengalaman yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga kaya dengan pelbagai rasa dan sejarah kulinari. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Untuk menambah kemeriah berbuka puasa, para tetamu juga akan di hiburkan dengan persembahan daripada Kumpulan Musikal Asimilasi , mencipta suasana santapan yang lebih meriah . 



Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Kak ana nak kongsikan pengalaman kak ana makan di The Buzz, Premiere Hotel , Klang ni malam tu. Antara hidangan yang kak ana cuba adalah nasi minyak gajus berlaukkan dendeng daging , ayam masak merah, sayuran, rendang itik dan beriyani kambing. 



Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Menu di masak dengan citarasa yang sedap dan terasa bahan masakan rempah ratus secukup rasa. Menepati selera kampung kak ana walaupun makan di hotel bertaraf empat bintang. 

Kak ana juga menikmati udang segar yang di masak buttermilk dan hidangan masak lemak sotong maklumlah Klang kat dekat dengan perairan nelayan di Pulau Ketam sana. Jadi hidangan makanan laut memang terasa segar. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Untuk hidangan pencuci mulut, kak ana memilih untuk mencuba beberapa jenis tart, puding dan kek serta kuih muih tradisional seperti kuih ketayap, kuih talam dan rojak buah. Sajian yang mengamit kenangan silam waktu berbuka bersama keluarga di kampung dahulu. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Bagi mereka yang berada di sekitar Klang yang tak tahu nak berbuka puasa di hotel bolehlah mencuba bufet Ramadan di Premiere Hotel, Klang yang terletak di Bukit Tinggi. 

Kalau korang buat tempahan awal sebelum 28hb Februari 2025 dengan menggunakan Promo Code  AnaXPHboleh dapatkan harga serendah RM128 dan mulai 1 Mac pula pada harga RM138 dengan promo code  . Untuk harga normal pula adalah RM 148 sahaja. 


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan , korang boleh hubungi talian 03-3325 6828 atau melalui Whatsapp 0124496258 atau emailkan butiran kepada mazlina.manaf@premiere-hotels.wtc.my Korang juga boleh layari ke laman web www.premiere-hotel.com 







10 Comments

  1. pelbagai juadah menarik, hiasannya pun cantik..

    ReplyDelete
  2. waahhhh fruit tartlets tu menggodanyaaaaa! hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh. dah start dh review2 buffet ramadhan ni. mantoppp

    ReplyDelete
  4. Isssh memang rinduuu sangat ke KL pada saat puasa lah. Bisa merasakan suasana ramadhannya. Apalagi kalo berbuka di hotel dengan banyak menu buffet seperti ini 😍😍

    Pilihannya betul2 tempting sangat kak. Sesuai dengan harga ya 👍👍

    Harap2 tahun depan saya bisa puasa di KL

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan menu nya, rambang mata nak pilih. Kalau bulan puasa, suka nya cari dessert especially kuih lama2.

    ReplyDelete
  6. woww.. banyaknya menu... boleh buat rambang mata nie kan..

    ReplyDelete
  7. bila bulan puasa aje lah kita merasa juadah macam2 kan

    ReplyDelete
  8. huiiiii
    rambang mata dibuatnyaaaa
    semuanyaaaa sedap2 belakaaaaa

    ReplyDelete
  9. Meriahnya juadahnya. Harga buffet ramadan sekarang ni ratusan juga.

    ReplyDelete