Adoiyai tak habis lagi nak cerita kisah makan-makan nih, tinggal dua hari lagi dengan izinNya kita nak masuk bulan Ramadan Kareem 1445H .. Tapi tak pe laa kan, entri ni kekal di blog, kut-kut esok lepas bulan puasa nanti pun boleh baca dan carian di internet untuk yang nak info mengenai sesuatu topik. 

Dah lama kak ana dengar orang duk bercerita pasal nasi lemak Tanglin kat KL nih. Suami pun selalu juga pii sarapan sana dengan kawan pejabat dia. Kebetulan hari tu kak ana teman suami ke pejabat dan dia ajak lah sarapan pagi ke sini. 

 

Nasi Lemak Tanglin , Kuala Lumpur


Nasi Lemak Tanglin , Kuala Lumpur


Rupanya ia di sebuah medan selera berdekatan dengan taman botani KL tu sahaja. Haa duk KL - Selangor berpuluh tahun pun ada juga tempat yang kak ana belum pernah sampai walaupun tempat tu popular di kalangan warga kota. 



Nasi Lemak Tanglin , Kuala Lumpur

Pengunjung agak ramai juga tapi tak adalah sampai berbaris panjang dan masih ada meja untuk kami makan cuma perlu berkongsi dengan pengunjung lain sebab meja jenis panjang . Tak kisah lah kan masih ada ruang juga selang kerusi yang melekat kat lantai tu. 

Dapat juga kami berbual dengan pasangan suami isteri yang makan di meja bersama menjalin ukhuwah katakan. Suami yang pergi ambil nasi lemak dan order air, kak ana duk cop meja :) 



Nasi Lemak Tanglin , Kuala Lumpur


Kak ana pesan kat suami nak makan nasi lemak rendang ayam , rezeki ada menu rendang ayam pagi tu kat gerai nasi lemak Tanglin. Suami pula makan nasi lemak sambal sotong. Harga memang kak ana tak ingat tapi tak ada lah over priced. Rasa nya sama sahaja macam nasi lemak kat gerai mana-mana pun. 


Nasi Lemak Tanglin , Kuala Lumpur

Untuk review rasa nasi lemak Tanglin pada kak ana nasi lemak biasa sahaja sama hat nasi lemak kat tempat lain, sambal dia sedap tak pedas dan tak berminyak sangat, secukup rasa dan sambal cili kosong sahaja tanpa ikan bilis. 

Di berikan ikan bilis goreng garing , kacang dan timun. Untuk rendang ayam, pagi tu agak kuat rasa kunyit dan rendang pun tak begitu pekat mungkin sengaja di buat berkuah, rasa biasa okay sahaja rasa rendang.

Sambal sotong pun sesedap rasa tiada yang kurang pada selera kak ana dan suami. Kami ni tak terlalu payah nak menilai makanan, asal kena pada selera syukur dah. Air minuman kami ambil teh ais dan kopi o suam macam selalu sarapan. 

Pagi tu ada iringan persembahan nyanyian dari warga veteren mendendangkan lagu-lagu asli. Sedap telinga mendengar geng buskers warga emas begini. Boleh je hulur sumbangan seikhlas hati. Seronok juga dapat merasai suasana pagi di medan selera Tanglin . 



12 Comments

  1. kalau tengok tengahari esok lusa ni tertelan-telan ayaqliur ni kak ana...
    saya teringin nak ke PakDin ikan bakar tanglin belum ada rezeki nak sampai ke sana

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok time puasa ni memang terliur terus la. Agaknya sebab ada aneka lauk kot tu jadi famous.

    ReplyDelete
  3. Memang nampak terang kuning warna rendang tu, Kak Ana. Ialah, orang meniaga hari2 susah la nak dapat rasa makanan yg betul2 sedap, asalkan ada rasa nasi lemak dan sambal, kira dah okey la kan.

    ReplyDelete
  4. ini kalo tengok time tgh hari ramadhan, mmg tergugat iman hehehe

    ReplyDelete
  5. Sy belum pernah makan nasi lemak tanglin ni, dok dengar nama je :)

    ReplyDelete
  6. Makan sini boleh layan buskers!

    ReplyDelete
  7. sedapnya nasi lemak!! MZ nak ucapkan ramadhan kareem utk kak ana sefamili

    ReplyDelete
  8. tgk rupa sambal je dah tahu mesti sedap ni ;-)

    ReplyDelete
  9. NASI LEMAK SAMBAL BERLINANG SEDAP TU

    ReplyDelete
  10. wah, sedapnye nasi lemak....

    ReplyDelete
  11. Yaaaaa sambalnya ga pedes ya kak ana? Saya sukaaaa sangaaat sangat nasi lemak. Kalo ke Malaysia dah pasti yg dicari pertama nasi lemak . Tp sukanya yg pedas 😄😄.

    Nasi lemak tanglin ini kalo sambal tak pedas, mungkin suami saya yg suka. Dia tak terlalu kuat pedas

    Saya catat dulu lah, sept ke KL harap2 bisa mampir

    ReplyDelete
  12. Ramai dah sebut Nasi Lemak Tanglin ni, mesti kena cari satu hari nanti.

    Selamat Berpuasa Kak Ana

    ReplyDelete