Buffet Ramadan MPAJ Convention Centre, Melawati bawah RM100 berbaloi dan sedap
Ramadan tiba. Ramadan tiba.. Alhamdulillah saat entri ini kak ana terbitkan dah pun masuk hari ke 12 umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Sekali lagi kita semua berkesempatan menikmati kemanisan ibadah bersama insan-insan tersayang. Lama juga blog tak ber update, faktor usia agaknya, kudrat dah tak sama seperti sebelumnya.
Apapun sangatlah kak ana syukuri masih mampu berdiri dalam solat, menunaikan ibadah puasa dan menguruskan keluarga. Bila dah masuk bulan Ramadan ni, satu lagi kemanisannya adalah waktu buka puasa.
Kali ini kak ana nak kongsikan pula buffet Ramadan di satu venue yang baru saja beroperasi di Taman Melawati, iaitu MPAJ Convention Centre.
Buffet Ramadan MPAJ Convention Centre, Melawati
Kompleks MPAJ Convention Centre ni betul-betul terletak di hadapan Melawati Mall, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Jadi kalau korang bercadang nak shopping raya di Melawati Mall, booking dahulu untuk buffet Ramadan di MPAJ Convention Centre nih.
Pasti selesa ruang makan yang luas, hidangan menu yang sedap-sedap dan pelbagai yang di uruskan oleh Felda D'Saji serta ruang solat yang luas, bersih dan sangat selesa.
Kak ana kalau nak pilih buka puasa di luar, paling penting untuk pastikan ada surau kerana buka puasa ni singkat sangat nak kejar Maghrib. Jangan sekali-kali kita pi buka puasa tapi tak dan nak solat Maghrib, sia-sia amalan puasa kita naa...
Dan paling best, Buffet Ramadan MPAJ Convention Centre, Melawati ni harga untuk satu pax dewasa adalah di bawah RM100 iaitu hanya RM88 sahaja malahan ada harga promosi-promosi menarik di tawarkan sepanjang Ramadan bermula 3hb Mac yang lalu.
Untuk senarai harga dan tempahan korang boleh layari ke pautan -- https://feldadsaji.com.my/br25/#MPAJ
Memang sangat berbaloi kerana banyak menu yang ada antara yang kak ana sekeluarga nikmati malam itu adalah nasi ayam, nasi kerabu, ayam golek, nasi beriyani, gulai kawah, laksa asam Penang, rojak buah, lauk pauk aneka masakan tempatan dan sebagainya.
Aneka kuih muih tradisional dan moden, paling sedap kuih talam durian, seri muka, kuih lapis, aneka kek , puding , bubur, air balang, buah-buahan potong dan macam-macam lagi lah.
Sajian barat seperti aneka pasta, aneka salad , sajian Jepun , dim sum, goreng-goreng panas juga ada.
Kambing golek tu wajib lah kan, dan serius sedap sangat dengan aneka pilihan sos untuk di nikmati bersama.
Pendek kata pelbagai sajian untuk pilihan setiap peringkat usia ada di sini untuk korang nikmati pada harga bawah RM100 yang pada kak ana sangat berbaloi di bandingkan dengan harga buffet Ramadan di hotel-hotel lain.
Ruang makan yang luas dan sangat selesa walaupun datang dengan ahli keluarga yang ramai serta kanak-kanak. Di hadapan kompleks MPAJ Convention Centre ni juga ada padang permainan untuk kanak-kanak sementara nak menantikan waktu buka puasa di luar.
Sajian menu makanan di sini adalah di bawah pengurusan Felda D'Saji yang telah sedia maklum lah Halal dan sangat sedap pada selera kak ana.
Sebelum ni kak ana kerap kali juga menikmati hidangan sajian Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak. Memang sangat kena dengan selera kak ana dan suami.
Selain melalui laman web di atas, korang juga boleh membuat pertanyaan dan tempahan menerusi aplikasi whatsapp di talian 011-39550722 . Mudah kan menerusi Whatsapp untuk urusan tempahan. Satu lagi pilihan menu buffet Ramadan yang berbaloi untuk di nikmati khasnya warga Selangor sekitar Gombak, Wangsa Maju dan Ulu Klang.
Untuk review video penuh dari kak ana serta menu-menu yang ada , korang boleh sahaja ke link tiktok di SINI .

Cepat booking kerana buffet Ramadan di MPAJ Convention Centre ni berlangsung sehingga 28hb Mac 2025 sahaja. Lepas tu habis dah sebab kita semua bakal menantikan kehadiran Syawal meraikan Aidil Fitri . Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat yang di redhai Allah swt...
8 Comments
memang best kalau ada bajet nak gi mkn2 buffet ramadhan ni
ReplyDeletewaahhh Felda D'Saji! tumpang bangga sbg anak Felda hehehe
ReplyDeleteConfirm sedap ni kalau D'Saji 👍🏻
ReplyDeleteKalau Felda D'Saji, memang terkenal sedap semua food dia.
ReplyDeleteFelda D Saji ni kalau gi kenduri kahwin kat Dewan Felda tu lauk pauk kenduri dia sedap. Teringat ada tapai aiskrim. Kat sini pun mesti sedap jugak lauk pauk dia.
ReplyDeleteRM88 kira murah dan berbaloi dengan pilihan yang banyak gitu.
ReplyDeleteKalau mahal lagi dan terlalu banyak pilihan pun, perut kita bukan mampu makan macam-macam sangat.
cantiknye tempat kak ana...
ReplyDeleteWah! Besar nama ANA JINGGA di situ! Bangga!
ReplyDelete