Laman Sendayan 2  ? Ya ! Betul tu.. kak ana dah sampai pun ke Bandar Sri Sendayan dan melihat sendiri pembangunan yang sedang pesat membangun di sana. Setiap kali ke Seremban , kak ana suka singgah ke Masjid Seri Sendayan yang tersergam indah dan sekitarnya yang dipenuhi dengan deretan rumah-rumah kediaman di dalam sebuah bandar terancang rapi.

Oleh sebab itu lah kak ana suka sangat nak kongsikan dengan pembaca yang masih tercari-cari rumah idaman untuk sebuah kehidupan berkeluarga. Paling penting ia menawarkan pada harga yang berbaloi untuk di beli , mampu milik dan lebih murah berbanding fasiliti yang sama di bandar-bandar utama lain.

 

Laman Sendayan 2

 

Laman Sendayan 2 

Ada beberapa faktor yang kak ana nak kongsikan di sini, mengapa korang perlu memilih untuk menjadi penghuni di Laman Sendayan 2. Sebelum membuat keputusan yang besar seperti pembelian hartanah ni, wajib untuk korang dapatkan beberapa info mengenai lokasi sesuatu projek tersebut serta faktor-faktor lain. 


Laman Sendayan 2 sebuah perbandaran terancang untuk masa hadapan 

 

Laman Sendayan 2

Laman Sendayan 2 merupakan sebuah perbandaran terancang yang di bina dengan teliti untuk memberikan keselesaan maksima penduduknya tanpa perlu keluar jauh-jauh dari kediaman sendiri. Dah nama lagi bandar terancang , mestilah semua kemudahan asas di sediakan dalam sebuah komuniti perbandaran sekitar kediaman sahaja. 

Laman Sendayan 2 mudah di akses dari jaringan jalanraya dan lebuhraya utama mejadikannya sebuah pilihan untuk kediaman idaman semua. Pesat membangun malahan banyak kemudahan infrastrukturnya telah sedia ada dan telah beroperasi di kawasan sekitar khasnya di Bandar Sri Sendayan itu sendiri.

Bandar Sri Sendayan telah lama menjadi tumpuan untuk segala kemudahan infra struktur kediaman yang makin pesat berkembang maju.  Mudah di akses keluar masuk melalu jalinan lebuhraya dan jalan raya memudahkan urusan penghuni untuk keluar bekerja dan urusan harian keluarga. 

 

Laman Sendayan 2


Walaupun dalam kepesatan kemajuan perbandaran di Bandar Sri Sendayan, namun ia masih menitik beratkan keseimbangan kehidupan yang tenteram dan selesa buat penghuninya. Perbandaran Laman Sendayan 2 masih mengekalkan kawasan hijau yang mendamaikan untuk lari dari arus permodenan yang sangat mencabar minda kita semua masa kini. 

Setiap hari kita perlu merehatkan minda selepas penat keluar bekerja dan pulang ke rumah adalah untuk ketenangan hidup berkeluarga pula. Amatlah damai bila di kelilingi persekitaran rumah yang subur menghijau, malahan terdapat kemudahan rekreasi tersedia ada untuk riadah sekeluarga. 

Kemudahan asas seperti hub pendidikan juga telah tersedia di sekitar radius kediaman sahaja. Pasti ia memudahkan untuk urusan pendidikan anak-anak sambil membesar dalam sebuah komuniti yang tenang dan selamat. 

 

Kemudahan tersedia untuk memenuhi gaya hidup sempurna 

 

 Mendiami kediaman di Laman Sendayan 2 bererti kita memilih untuk berada di sebuah komuniti gaya hidup seharian kelas dunia yang serba lengkap di sekelilingnya. Terdapat sebuah rumah kelab atau clubhouse yang elegan khas buat penghuninya menggunakan kemudahan fasiliti sukan dan riadah. Yang kak ana maksudkan adalah d’Tempat Country Club , yang merupakan sebuah clubhouse yang terbesar di Negeri Sembilan . 


Laman Sendayan 2

 

Bila sebut gaya hidup kelas dunia, di sini juga terdapatnya sebuah sekolah antarabangsa premier dan persendirian iaitu Matrix Global School yang tersergam indah. 

Malahan di sini juga terdapat sebuah hub komersil yang melengkapi kemudahan keperluan harian untuk makan minum, keperluan runcit harian dan perniagaan yang serba lengkap di Sendayan Merchant Square tidak jauh dari kediaman. Kian hari kian banyak jenama besar telahpun berada di sini seperti Watsons, Coffee Bean, Family Mart, A&W, Zus Coffee dan banyak lagi!!!

Untuk kaki aktiviti ekstrem pula, kak ana yakin lah  X-Park Sendayan – salah sebuah pusat sukan ekstrim di Malaysia yang menyediakan suka lasak seperti go-kart, futsal, paintball, flying fox, dan sebagainya. 

 

Laman Sendayan 2 direka untuk kehidupan berkeluarga 

 

Laman Sendayan 2

Sebagai sebuah komuniti bandar terancang, pastilah setiap rekaan lanskap dan rumah adalah untuk keselesaan kehidupan berkeluarga yang lebih baik. Ia bukanlah sekadar sebuah rumah malahan lebih dari itu. Menampilkan rumah berciri moden namun masih mengekalkan kehijauan sekitar. 

Perancangan yang teliti sebegini memberikan sebuah realiti kehidupan yang tenang , untuk kehidupan berkeluarga membesar dan maju kerana setiap elemen di sini di rangka dengan teliti sebelum di laksanakan demi kesejahteraan penghuninya untuk kekal tinggal dalam jangka masa yang panjang. 

 

Kehidupan Hijau & Kemudahan Eksklusif

Untuk merealisasikan semua yang di tawarkan di Laman Sendayan 2 ini , ia bukan sekadar rumah kediaman namun ia merupakan tempat untuk keluarga berkembang , perhubungan kejiranan yang baik malahan menjadikan sebuah persekitaran riadah yang sihat untuk semua. 

 

Laman Sendayan 2


Pasti lebih damai bila di kelilingi Taman Hijau Rimbun yang disediakan untuk bersantai, berjoging dan beriadah. Turut di sediakan juga untuk mengeratkan semangat kejiranan dengan kemudahan gelanggang futsal, bola keranjang, trek berbasikal dan banyak lagi di waktu senggang dan hujung minggu.


Mengapa Laman Sedayan 2 ,peluang yang perlu direbut ? 


Kembali kepada tajuk entri kak ana di atas, mengapa Laman Sendayan 2 ini peluang yang jarang hadir dan perlu di rebut ? Ini kerana Laman Sendayan 2 menawarkan peluang yang jarang ditemui yang sukar diperoleh dalam pasaran hartanah hari ini. 

Ia bagaikan tak lojik akal namun ianya adalah realiti dan perlu di rebut sebelum ia berakhir . Adalah sangat mustahil untuk sebuah rumah teres 2 tingkat berharga dari hanya RM 405K di perbandaran yang matang tersedia dan berkembang maju seperti Bandar Sri Sendayan untuk pembeli rumah. 

Cuba kita lihat sebagai perbandingan, rumah yang serupa dalam pembangunan berdekatan dijual pada harga RM 500K, dan di kawasan seperti Kuala Lumpur atau Lembah Klang, untuk harga sebegini biasanya hanya untuk unit sebuah apartmen sahaja. Sangat luar biasa kan tawaran harga dari Laman Sendayan 2 ni? 

 

Laman Sendayan 2


Pihak pemaju Matrix Concepts, sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri yan gmemperkenalkan dasar yang unik mengehadkan harga jualan, pembeli kini berpeluang memiliki rumah bertanah di perbandaran yang lengkap pada harga yang tiada tandingan. Jangan lepaskan peluang yang ada !!

Butiran rumah teres Laman Sendayan 2 adalah seperti berikut : 

• Rumah teres 2 tingkat ( 2- Storey Link Homes )

• 20’ x 70’

• 1,601 sq.ft

• 4 bilik tidur & 3 bilik mandi

• Harga bermula dari RM 405,000 (Bumi) & RM 450,000 (Non Bumi)

 

Laman Sendayan 2

 

Khas buat bakal pembeli dan yang sedang mencari unit kediaman dengan pelbagai fasiliti sedia ada di perbandaran  terancang , Jangan lepaskan peluang seperti ini yang jarang berlaku. Rebut peluang atas dasar unik kerajaan negeri, untuk masa yang terhad. Akan datang tiada jaminan harga kerana selepas ini   harga akan pasti lebih tinggi. 

Bertindak sekarang dan rebut peluang untuk memilki rumah impian atau masih menunggu dan membayar lebih kemudian? Jangan tunggu, tawaran ini hanya untuk " Siapa cepat dia dapat !! " 

 

Whatsapp Matrix Concepts di  https://wa.link/6c2qtc 

atau layari ke laman sesawang  lamansendayan2.com 

untuk lebih informasi. 

https://www.lamansendayan2.com 

https://www.instagram.com/matrix_concepts 

https://www.facebook.com/matrixconceptshomes 


#LamanSendayan2 #YourDreamHome #GoodThingWontLastForever #matrixconcepts

 

5 Comments

  1. cantiknya landscape rumah dan taman..interior design dalam tu pon lawa! Btw Sendayan syidah x pernah sampai pon lagi. Teringin juga bergambar dekat masjid tu..

    ReplyDelete
  2. tak sangka wujud lagi landed house utk bumiputera around 400k, dua tingkat pulak tu!!

    ReplyDelete
  3. mmg cantik & nama Sendayan ni sllu teringat pada Masjid Sendayan yg cantik tu!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya rumah dan persekitarannya

    ReplyDelete