Lama sangat dah kisah ni terpedam di galeri. Kisah percutian kami ke Pulau Pangkor  bulan Desember tahun lepas 2024. Kami memang plan nak buat bbq dan oden untuk makan malam di penginapan kami di Rumah Peranginan Persekutuan , di Pasir Bogak, Pulau Pangkor . 

Memang seronok sangat keluarga kecil kak ana bersama abah dan family adik bercuti di Pangkor. Sempat lah island tour dengan motor, shopping di duty free , dan paling best penginapan di RPP Pangkor yang sangat selesa dan bersih. 


menu bbq

Menu bbq waktu bercuti 

Sampai di jeti Pulau Pangkor dan selepas mendapatkan van sewa untuk bawa kami island tour serta terus ke RPP , adik minta driver singgah ke pasar basah untuk membeli udang dan sotong segar di sini. Memang segar-segar lah kan dah beli di pulau. 

Harga nak kata murah sangat pun tak lah, biasa sahaja macam harga di pasaran cuma istimewanya ia sangat segar dan besar-besar makanan laut di sini. 


perapan bbq mudah

Apa yang kak ana nak kongsikan di sini ialah bahan perapan untuk menu bbq kami malam tu. Sampai di RPP Pangkor, kak ana bersihkan udang dan sotong. Ayam memang dah siap bersih dari rumah lagi. Kak ana bawa siap bahan perapan dari rumah, walaupun kat sini korang boleh sahaja dapatkan bahan masakan di pasaraya dan kedai-kedai runcit. 

Harga pun lebih sikit je sebab dalam pulau pelancongan kan. Tapi kalau malas nak berderet beg nak kena angkut naik feri tu, boleh je beli di sini. Sebab konon nak jimat dan malas nak keluar cari bahan, kak ana bawa sahaja dari rumah tapi dalam kuantiti yang sedikit dan terbatas juga bahan perapannya. 


perapan bbq


Di kawasan RPP Pangkor ni ada di sediakan beberapa pondok wakaf dan ruang bbq. Arang dan alumunium foil kena bawa sendiri. Adik kak ana bawa dari Lumut arang siap-siap. Kami letakkan arang di pondok bbq sebagai tanda tempat tu kami dah cuppp untuk malam nanti. 

Bahan perapan bbq 


Di dalam dapur RPP ( tidak ada ruang masak ) di sinki selepas bersihkan udang dan sotong, kak ana cuma marinated dengan serbuk kunyit, garam, seasoning dan sos tiram sahaja. Itulah sahaja bahan perapan untuk menu bbq udang, ayam dan sotong kami malam tu. 



bahan perapan bbq


Selepas Maghrib kami mulakan membakar dan alhamdulillah semua habis dan sedap sahaja pada selera kami semua walaupun dengan perapan yang simple dan basic. Baru lah vibe duk pulau kan, semuanya basic life, gituew.. 

Satu pengalaman yang cukup indah untuk penutup tahun 2024 percutian famili kecil kak ana bersama abah dan keluarga adik di Pulau Pangkor. Mudah-mudahan di rezekikanNya pula untuk tahun 2025 kami bercuti seluruh keluarga di lain lokasi menarik, kelak. In Syaa Allah... 


9 Comments

  1. Ya Allah kak nampak sedap sangat...terliur tengok time tengah lapar ni

    ReplyDelete
  2. ye la kak ana... kalau seafood yang fresh tak payah letak banyak sangat perapan... yang basic aje cukup.

    ReplyDelete
  3. BBQ walau simple tapi puas hati bila sendiri yg buat kan.. sedapnya.. lama dah tak ber BBQ 😅

    ReplyDelete
  4. Nampak segar² sotong dan Udang tu sedapnya!
    Kadang perap simple gini cukup dah, tak overshadow rasa manis & sedapnya isi seafood segar tu

    ReplyDelete
  5. nampak freshnyaaaaa segala udang sotong tu kak ana!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya semua ni Kak Ana. Terliur sungguh.

    ReplyDelete
  7. best sgt dpt bercuti2 beramai2 bersama big family tu :)

    ReplyDelete
  8. Memang kak ana. Seafood kalo segar, dibumbui garam saja pun dah sedap sebenernya. Tak payah terlalu banyak perapan. Krn rasa daging dia pun dah manis.

    Rindu kan nak BBQ di pulau begini 😄. Jadi ingat kampung saya di Sibolga, kota pelabuhan.

    ReplyDelete
  9. huishhhhh terliur pula saya tengok sotong tuuuu
    sedapnya bbq

    ReplyDelete