Kadang-kadang tiba-tiba rasa teringin nak makan sesuatu, sempat cari bahannya maka terhasillah menu yang di idamkan, Alhamdulillah.. Baru-baru ni rasa mengidam nak makan tauhu bergedil, boleh je beli kat gerai tapi tak puas makan lah kan untuk sekeluarga. Jadi kak ana tengok ada daging cincang Ramly dalam peti sejuk lebihan buat pasta hari tu, kentang pun ada cuma nak cari tauhu kering sahaja. 


Tauhu bergedil sambal kicap


Di kedai Acheh senang nak dapat bahan-bahan masakan , kak ana beli lah sepaket tauhu kering tapi hat yang tak banyak. Cukup untuk makan kami bertiga di rumah .. 

Tauhu bergedil sambal kicap 

Kak ana buat pagi, jadi petang suami dan Adik Ika balik kerja dah boleh makan jadikan kudapan. Alhamdulillah.. rezeki yang di syukuri sentiasa.. 


Tauhu bergedil sambal kicap


Resepi tauhu bergedil 


Bahan Untuk Tauhu Begedil

Tauhu kering ( ikut lah nak berapa biji tauhu kering boleh beli di pasaraya atau kedai runcit ) 
½ biji bawang besar
150g daging kisar
4-6 biji kentang ( terpulang juga pada kuantiti tauhu dan daging ) 
3 tangkai cili merah
sedikit daun sup
½ cawan bawang goreng
½ sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 biji telur
secubit garam

Cara Memasak Tauhu Bergedil

1. Gunting permukaan tauhu kering . Potong empat permukaan tanpa putus.Seperti bukaan di permukaan tauhu untuk kita sumbat intinya nanti.  Faham kut naa.. :) 

2. Cincang halus daun sup dan cili merah. Potong dadu bawang besar. 

3. Rebus ubi kentang hingga empuk. Ada juga yang goreng ubi kentang, terpulang. 

4. Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airnya.

5. Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.

6. Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.

7. Lenyek kentang yang sudah empuk lebih elok waktu ia masih panas-panas lagi. Gaulkan dengan cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.

8. Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.

9. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.

10. Celup tauhu begedil ke dalam telur dan goreng ke dalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.

Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.


Resepi sambal kicap 

3-5 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi ( ikut pada kepedasan masing-masing ) 
sedikit minyak
Kicap pekat manis ( kak ana guna kicap Mudim @ Jalen merah ) 

Cara buat sambal kicap 

1.  Goreng bawang putih dan cili padi dalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.

2.  Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis dan  kisar sehingga sederhana halus.

3. Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika suka .


Selamat mencuba !! 


17 Comments

  1. sedapnya,, fav acik ni,, nk buat lah

    ReplyDelete
  2. Santai petang petang makan tauhu begedl ni. Pekena pulak dengan kopi suam. Bestnya.
    Lamanya tak singgah blog kak ana. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih perkongsian resepi, nampak terliur tu hihihihi....

    ReplyDelete
  4. Uishhhh..Sedapnyaaa terliur tgk =D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tahu begedil tu... Berchenta betul nak buat sendiri.. Tapi tak jumpa lagi yg sedap kalau beli

    ReplyDelete
  6. Masa Jamuan raya hari tu ada staff order tahu bergedil. Sedapnya dengan besar dan isinya penuh serta sambal kicap pekat melekat. Teringat2 sampai la ni. hehehehe

    ReplyDelete
  7. All time SA dan Dania ni kak...memang selalu buat

    ReplyDelete
  8. MZ pernah lah masak2 buat tauhu bergedil ni ie zmn PKP hahhaha sbb rajin try masak mcm2

    ReplyDelete
  9. Sedap makan dengan sambal kicap..

    ReplyDelete
  10. i is terguda. sedap sgt nampaknya.

    ReplyDelete
  11. kompem sedap sambal kicap niiii

    ReplyDelete
  12. Buat sendiri lagi puas makan Kak Ana kan... Sy pun nak kena rajinkan diri, anak⁴ cuti sekolah start esok. Mesti pakat nak mengunyah je tu :D

    ReplyDelete
  13. Buat sendiri lagi puas makan Kak Ana kan... Sy pun nak kena rajinkan diri, anak⁴ cuti sekolah start esok. Mesti pakat nak mengunyah je tu :D

    ReplyDelete
  14. Tauhu begedil ni kalau makan tanpa kicap pun sedap

    ReplyDelete
  15. Tiap minggu beli gerai tepi jalan. RM5 4pcs. Inti tak padat. Buat sendiri baru puas. Tapi tu la lama dah tak buat ni.

    ReplyDelete