Kan kak ana pernah cerita dalam entri yang lepas-lepas, jiran chinesse kak ana ada bagi ubi keledek elok empuk lembut tu, selepas di jadikan kuih keria yang resepinya kak ana terbitkan di SINI , kali ni kak ana buat kan pula cucur badak atau coq badak kata orang utara..

Memang sedap lah dapat makan cucur badak panas-panas sumbat inti banyak-banyak gini, puas hati , Alhamdulillah.. Mudah sangat nak buat cucur badak sama macam kuih keria ada tiga step untuk menghasilkannya.


 Resepi cucur badak


Step pertama kita buatkan inti cucur badak atau serunding kelapa , lepas tu perlu kukus atau rebus ubi keledek dan buatkan adunan kulit cucur badak. Step akhir gorengkannya pula . Tapi mudah sahaja cara nak buat kuih cucur badak nih, jangan risau. 

Mola-mola kak ana akan kongsikan resepi serunding kelapa inti cucur badak.. Jom kita start bak kata Khairul Aming...

Resepi cucur badak 

Bahan-bahan untuk inti cucur badak (serunding kelapa):

1 biji kelapa parut putih

beberapa biji cili kering - ikutlah kepedasan masing-masing

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 batang serai

serbuk kunyit

2 inci halia

100gm udang kering

Garam secukup rasa

Minyak secukupnya (untuk menumis)


Cara masak serunding kelapa inti cucur badak


1. Hiris cili kering, bawang besar, bawang putih ,serai dan halia. Blend bahan bersama udang kering.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan  garam dan serbuk kunyit. 

4. Akhir sekali, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Sejukkan sementara kita sediakan kulit cucur badak . 


Resepi cucur badak

Bahan-bahan untuk kulit cucur badak :

beberapa biji ubi keledek kuning 

secubit garam

tepung gandum mengikut adunan ubi keledek sehingga mendapat doh yang sesuai

Cara masak kuih cucur badak 

1. Rebus ubi keledek, toskan air dan lenyet bersama tepung gandum dan garam. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapatkan doh kulit cucur badak yang sesuai, tidak melekat bila di uli. 

2. Bentukkan bulat dan leperkan, isi kan inti serunding kelapa dan bulat kan semula kemudian penyetkan supaya membentuk kuih cucur badak . Kemaskanlah adunan agar tidak terbuka bila di goreng. 

3. Panaskan minyak dan goreng dalam api perlahan hingga masak garing kulit cucur badak. Angkat dan toskan.. Sedia untuk hidangan panas-panas. 

Selamat mencuba satu lagi resepi kuih tradisional lama orang kita. 




7 Comments

  1. Rajinnya Kak Ana... Arwah mak dulu rajin buat cucur badak ni. Favourite sangat tp skrg nak makan beli je. Tak pandai buat dan tak rajin pun iye hihi

    ReplyDelete
  2. Wahhh rajin nya.... Mantap laaaa...tgk pon da sedap

    ReplyDelete
  3. Teringat masa sekolah dulu belajar buat cucur badak ni. Under kategori kuih tempatan. Seronok buat tapi tak berapa suka makan. Lebih suka cek mek molek manis.

    ReplyDelete
  4. Sedap betul cucur badak. Inti serondengnya tu yang menambah lazat!

    ReplyDelete
  5. Aik? Kenapa takde badak dalam bahan2 tu? hhehehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaaa...meh antau kat mieja...hehhhheh

    ReplyDelete