Resepi cucur badak
Kan kak ana pernah cerita dalam entri yang lepas-lepas, jiran chinesse kak ana ada bagi ubi keledek elok empuk lembut tu, selepas di jadikan kuih keria yang resepinya kak ana terbitkan di SINI , kali ni kak ana buat kan pula cucur badak atau coq badak kata orang utara..
Memang sedap lah dapat makan cucur badak panas-panas sumbat inti banyak-banyak gini, puas hati , Alhamdulillah.. Mudah sangat nak buat cucur badak sama macam kuih keria ada tiga step untuk menghasilkannya.
Step pertama kita buatkan inti cucur badak atau serunding kelapa , lepas tu perlu kukus atau rebus ubi keledek dan buatkan adunan kulit cucur badak. Step akhir gorengkannya pula . Tapi mudah sahaja cara nak buat kuih cucur badak nih, jangan risau.
Mola-mola kak ana akan kongsikan resepi serunding kelapa inti cucur badak.. Jom kita start bak kata Khairul Aming...
Resepi cucur badak
Bahan-bahan untuk inti cucur badak (serunding kelapa):
1 biji kelapa parut putih
beberapa biji cili kering - ikutlah kepedasan masing-masing
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
serbuk kunyit
2 inci halia
100gm udang kering
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menumis)
Cara masak serunding kelapa inti cucur badak
1. Hiris cili kering, bawang besar, bawang putih ,serai dan halia. Blend bahan bersama udang kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan garam dan serbuk kunyit.
4. Akhir sekali, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Sejukkan sementara kita sediakan kulit cucur badak .
Bahan-bahan untuk kulit cucur badak :
beberapa biji ubi keledek kuning
secubit garam
tepung gandum mengikut adunan ubi keledek sehingga mendapat doh yang sesuai
Cara masak kuih cucur badak
1. Rebus ubi keledek, toskan air dan lenyet bersama tepung gandum dan garam. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapatkan doh kulit cucur badak yang sesuai, tidak melekat bila di uli.
2. Bentukkan bulat dan leperkan, isi kan inti serunding kelapa dan bulat kan semula kemudian penyetkan supaya membentuk kuih cucur badak . Kemaskanlah adunan agar tidak terbuka bila di goreng.
3. Panaskan minyak dan goreng dalam api perlahan hingga masak garing kulit cucur badak. Angkat dan toskan.. Sedia untuk hidangan panas-panas.
Selamat mencuba satu lagi resepi kuih tradisional lama orang kita.
7 Comments
sedapnya...kuih fav ni
ReplyDeleteRajinnya Kak Ana... Arwah mak dulu rajin buat cucur badak ni. Favourite sangat tp skrg nak makan beli je. Tak pandai buat dan tak rajin pun iye hihi
ReplyDeleteWahhh rajin nya.... Mantap laaaa...tgk pon da sedap
ReplyDeleteTeringat masa sekolah dulu belajar buat cucur badak ni. Under kategori kuih tempatan. Seronok buat tapi tak berapa suka makan. Lebih suka cek mek molek manis.
ReplyDeleteSedap betul cucur badak. Inti serondengnya tu yang menambah lazat!
ReplyDeleteAik? Kenapa takde badak dalam bahan2 tu? hhehehehe
ReplyDeletesedapnyaaaaa...meh antau kat mieja...hehhhheh
ReplyDelete