Kakak ipar kak ana yang sulung tinggal di Bentong, Pahang. Agak selalu lah juga kami ke rumahnya, nak nak kalau balik kampung suami di Kuala Lipis, singgah lah rumah kak ipar nih kalau dia tak balik sama, tak pun kalau ada jemputan kenduri bagai.

Tapi kan memang tak pernah lah kak ana dan suami singgah ke port makan viral Lemang Tok Ki yang terletak di jalan Bentong ke Raub. Sebabnya tiap kali lalu, mesti penuh orang beratur, dan kami selalunya ke sana pun hujung minggu atau cuti umum. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 

 

Dan sejak dah buka laluan baru Lebuhraya Tengah Utama ( LTU ) dari laluan masuk di Karak Hiway ke Raub tu lagilah dah tak lalu jalan Bentong atau masuk pekan Bentong dah. Tak de lah lalu depan kedai makan Lemang Tok Ki. 

Beberapa bulan lepas, kak ana dan suami berdua sajalah jenjalan ke rumah kak ipar nak ziarah dia. Kami gerak awal pagi konon nak sarapan dahulu ke Lemang Tok Ki. Sampai depan kedai tu dalam jam 9.30 pagi. Mak aii , geng motor dah lagi awal sampai, queue dah panjang sampai parkir kereta pun tak de dah.. Adeyy!!


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Kak ana dan suami ni memang malas sungguh bab nak beratur panjang, perut pun lapar dah kami dari KL kan, terus batalkan hasrat dan  perasaan, kami cari je gerai lain dan sarapan. Kempunan lah nak makan Lemang Tok Ki, belum ada rezeki sebenarnya. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Sampailah dua bulan lepas, waktu kami berdua balik kampung Kuala Lipis majlis bertunang anak buah suami, selesai majlis kami gerak balik ke KL dan suami kata kita try sekali lagi singgah Lemang Tok Ki belah petang pula. Mana tau tak de ramai orang, kan ??

Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Dari Raub kami ambil jalan lama ke pekan Bentong dan lalu lah depan kedai Lemang Tok Ki. Nampak mudah sahaja nak parkir kereta tepi jalan berhadapan kedai, tapi seberang jalan lah sebab kami dari Raub.

Kami pun try lah masuk dan alhamdulillah belah petang dalam jam 3 petang lebih kurang, tak panjang yang beratur waktu tu. Mungkin dah lepas waktu makan tengahari kan , lagipun geng rider ni depa selalunya sampai pagi-pagi hingga waktu makan tengahari. Jarang lah ada waktu petang-petang gini, agaknya lah :) 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Sampai dalam kak ana bagitau suami biar kak ana yang beratur dan suami cari meja sebab kak ana nampak penuh juga meja dan orang akan datang lagi risau pula kalau dua-dua beratur tak ada meja nanti nak makan. 

Dalam kedai ni sangatlah antik dan vintage. Semak pun ada juga lah sebab banyak sangat barang-barang lama dan berhabuk tak terjaga di ruang sekitar kedai. Ada lah barang-barang antik macam radi0 lama, alat-alat tukang lama, pinggan mangkuk lama dan sebagainya. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang


Ia juga di hiasi dengan juntaian akar-akar kayu dari atas bumbung tu yang memberikan sentuhan rustic pada tema dalamannya. Tapi sejuk lah kerana adanya pokok-pokok besar dan anak sungai di keliling kedai Lemang Tok Ki ni. 

Ada juga replika badan helikopter yang di tampal dengan sticker-sticker kelab-kelab motor dan kereta agaknya. Dari sudut dekorasi ia sangat antik dan rustic , menarik lah pada pandangan kak ana dengan citarasa pemilik yang tersendiri. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Sebab kami memang nak makan lemang dan rendang Tok Ki sahaja , kan dah balik makan kenduri di kampung, sampai giliran kak ana , kak ana ambillah satu set lemang dengan rendang ayam dan satu set lagi lemang dan rendang daging. Setiap satu set ni kalau tak silap kak ana harga pada hari tu cuma RM7.50 

Sedap ke lemang Tok Ki ?


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki & rendang daging


Pada kak ana pencinta lemang ni, sangat sedap lah. Lemang nya di masak sempurna, cukup lemak, manis nya. Pulut lembut elok masak. Kak ana boleh bagi 5 bintang untuk rasa lemang Tok Ki , kak ana suka. Sama macam makan lemang raya di kampung kak ana di Perak waktu raya, Alhamdulillah.. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki & rendang ayam 


Dan kak ana juga boleh bagi rate juga untuk rendang ayam dan rendang daging yang kami makan petang tu, sesedap rasa tak ada yang kurang pada selera kami. Rendang tak terlalu pedas, tidak manis dan secukup rasa semuanya. Masyaa Allah... Sangat berbaloi pada set yang kami makan RM7.50 .


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang

Cuma untuk air , kita perlu beratur sekali lagi di kaunter air pula, dan hat ni agak ambil masa yang lama kerana lepas beratur bayar dan order kena tunggu pula air di siapkan. Mungkin kalau dah siap atur dan ambil lagi mudah dan cepat kan. 



Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Ayam bakar Lemang Tok Ki


Selain dari lemang dan rendang, ayam bakar juga antara menu yang hot selling lah kat Lemang Tok Ki ni. Ramai orang ambil set ayam bakar dan air asam. Nampak pun menyelerakan. Cuma kak ana tak ambil sebab dah kenyang kan, tapi menyesal lah juga bila tengok semula gambar ni waktu terbitkan entri, huhu :) 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 


Ada pelbagai menu juga yang di jual dan dah siap di pek untuk di beli . Tidaklah hanya ada lemang. Lemang dalam buluh pun depa jual kira batang, rendang , air asam, sambal hitam dan sebagainya untuk di bawa balik. 


Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang 

Di sebelah area air tu kak ana nampak ada juga aneka lauk untuk nasi campur. Cuma kami mai dah petang lauk-lauk dah banyak yang habis. Kak ana sempat lah ambil gambar menu gulai kawah dan patin tempoyak. 

Alhamdulillah, diizinkanNya juga kak ana dan suami sampai dan makan di Lemang Tok Ki, Bentong selepas sekian lama. Menu-menu memang sedap pada selera kami dan kena tabah lah kalau datang pada peak season untuk makan di sini. 

Lemang Tok Ki bukan sekadar viral tetapi sedap dan harga makanan sangat berpatutan pada harga pasaran sekarang. Kalau korang nak makan selesa kak ana rasa kena mai hari bekerja agaknya tak ramai kut pelanggan.. 

Dari carian di internet di nyatakan Lemang Tok Ki beroperasi setiap hari hingga 9 malam dan tutup pada hari Isnin. Korang carilah update yang terkini untuk waktu operasinya.. Semoga bermanfaat.. 






6 Comments

  1. Pernah singgah masa hari berkerja, tak ramai orang. Lembut lemangnya

    ReplyDelete
  2. dh lama tak singgah sini..dulu2 pernah lah few times mkn sini..tp biasanya selalu kena time org tersgt ramai sampai tak de meja, even nak cari parking pun susah sgt! ala2 serik jugak nak drive all the way ke sini then tak leh nak mkn

    ReplyDelete
  3. adik kak tinggal kat bentong pernah sekali beli lemang ni xrasi pula dgn selera kak

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni nak makan lemang tak perlu tunggu raya kan AJ.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah takde orang singgah. 2 cawangan pun full je selalu. Cie lalu je tak pernah singgah pun. Pernah la dulu makan tu pun abang ipar bagi dia tapau. Dulu biasa je rasanya sekarang maybe upgrade dah la kot.

    ReplyDelete
  6. Selamat melemang selera.
    Kalau sedap kena ulang carilah nampaknyer

    ReplyDelete