Singgah petang ke Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
Kakak ipar kak ana yang sulung tinggal di Bentong, Pahang. Agak selalu lah juga kami ke rumahnya, nak nak kalau balik kampung suami di Kuala Lipis, singgah lah rumah kak ipar nih kalau dia tak balik sama, tak pun kalau ada jemputan kenduri bagai.
Tapi kan memang tak pernah lah kak ana dan suami singgah ke port makan viral Lemang Tok Ki yang terletak di jalan Bentong ke Raub. Sebabnya tiap kali lalu, mesti penuh orang beratur, dan kami selalunya ke sana pun hujung minggu atau cuti umum.
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
Dan sejak dah buka laluan baru Lebuhraya Tengah Utama ( LTU ) dari laluan masuk di Karak Hiway ke Raub tu lagilah dah tak lalu jalan Bentong atau masuk pekan Bentong dah. Tak de lah lalu depan kedai makan Lemang Tok Ki.
Beberapa bulan lepas, kak ana dan suami berdua sajalah jenjalan ke rumah kak ipar nak ziarah dia. Kami gerak awal pagi konon nak sarapan dahulu ke Lemang Tok Ki. Sampai depan kedai tu dalam jam 9.30 pagi. Mak aii , geng motor dah lagi awal sampai, queue dah panjang sampai parkir kereta pun tak de dah.. Adeyy!!
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
Kak ana dan suami ni memang malas sungguh bab nak beratur panjang, perut pun lapar dah kami dari KL kan, terus batalkan hasrat dan perasaan, kami cari je gerai lain dan sarapan. Kempunan lah nak makan Lemang Tok Ki, belum ada rezeki sebenarnya.
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
Dari Raub kami ambil jalan lama ke pekan Bentong dan lalu lah depan kedai Lemang Tok Ki. Nampak mudah sahaja nak parkir kereta tepi jalan berhadapan kedai, tapi seberang jalan lah sebab kami dari Raub.
Kami pun try lah masuk dan alhamdulillah belah petang dalam jam 3 petang lebih kurang, tak panjang yang beratur waktu tu. Mungkin dah lepas waktu makan tengahari kan , lagipun geng rider ni depa selalunya sampai pagi-pagi hingga waktu makan tengahari. Jarang lah ada waktu petang-petang gini, agaknya lah :)
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
Sampai dalam kak ana bagitau suami biar kak ana yang beratur dan suami cari meja sebab kak ana nampak penuh juga meja dan orang akan datang lagi risau pula kalau dua-dua beratur tak ada meja nanti nak makan.
Dalam kedai ni sangatlah antik dan vintage. Semak pun ada juga lah sebab banyak sangat barang-barang lama dan berhabuk tak terjaga di ruang sekitar kedai. Ada lah barang-barang antik macam radi0 lama, alat-alat tukang lama, pinggan mangkuk lama dan sebagainya.
Ia juga di hiasi dengan juntaian akar-akar kayu dari atas bumbung tu yang memberikan sentuhan rustic pada tema dalamannya. Tapi sejuk lah kerana adanya pokok-pokok besar dan anak sungai di keliling kedai Lemang Tok Ki ni.
Ada juga replika badan helikopter yang di tampal dengan sticker-sticker kelab-kelab motor dan kereta agaknya. Dari sudut dekorasi ia sangat antik dan rustic , menarik lah pada pandangan kak ana dengan citarasa pemilik yang tersendiri.
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
Sebab kami memang nak makan lemang dan rendang Tok Ki sahaja , kan dah balik makan kenduri di kampung, sampai giliran kak ana , kak ana ambillah satu set lemang dengan rendang ayam dan satu set lagi lemang dan rendang daging. Setiap satu set ni kalau tak silap kak ana harga pada hari tu cuma RM7.50
Sedap ke lemang Tok Ki ?
![]() |
Lemang Tok Ki & rendang daging |
![]() |
Lemang Tok Ki & rendang ayam |
![]() |
Ayam bakar Lemang Tok Ki |
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
![]() |
Lemang Tok Ki , Bentong, Pahang |
6 Comments
Pernah singgah masa hari berkerja, tak ramai orang. Lembut lemangnya
ReplyDeletedh lama tak singgah sini..dulu2 pernah lah few times mkn sini..tp biasanya selalu kena time org tersgt ramai sampai tak de meja, even nak cari parking pun susah sgt! ala2 serik jugak nak drive all the way ke sini then tak leh nak mkn
ReplyDeleteadik kak tinggal kat bentong pernah sekali beli lemang ni xrasi pula dgn selera kak
ReplyDeleteSekarang ni nak makan lemang tak perlu tunggu raya kan AJ.
ReplyDeleteTak pernah takde orang singgah. 2 cawangan pun full je selalu. Cie lalu je tak pernah singgah pun. Pernah la dulu makan tu pun abang ipar bagi dia tapau. Dulu biasa je rasanya sekarang maybe upgrade dah la kot.
ReplyDeleteSelamat melemang selera.
ReplyDeleteKalau sedap kena ulang carilah nampaknyer