Kalau ikut alamat di internet, terletak di Sungai Buloh. Tapi waktu kak ana dan suami maii makan tengahari kat sini beberapa minggu lepas, lokasinya dekat juga dengan kampus UiTM Puncak Alam, berdekatan dengan Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh tu sahaja. 


ikan bakar di Lawar Village


Kawan pejabat suami lah yang bagitau dia ada port makan tengahari ikan bakar kat area nih. Macam selalu hujung minggu dapur kak ana off day, kami berdua waze lah ke Lawar Village di Seri Pristana, Sungai Buloh. Nak try tengok okay ke dak, boleh repeat ke nanti, kan.. 


 Ikan bakar di Lawar Village , Seri Pristana


ikan bakar di Lawar Village


Restoran ni di lot tepi deretan kedai-kedai yang ada di Seri Pristana, Sungai Buloh. Dalam kedai tak banyak meja dan kerusi untuk makan tetapi pelanggan boleh makan di luar sebelah kedai di kawasan bawah pokok untuk makan. Kat situ banyak meja dan kerusi serta sinki basuh tangan di sediakan. 


Lawar Village, Seri Pristana , Sungai Buloh


Masuk kedai pilih lah lauk yang kita nak makan, bayar dan bawa makan ke kawasan bawah pokok nih. Mula-mula kak ana dapat lah meja kat bawah pokok ni, tapi cuaca agak panas dan ada serangga pula duk terbang, waktu kak ana ambil nasi di dalam restoran ada meja kosong, call suami di luar tu dan kami makan dalam kedai sahaja. Nyaman ada kipas huhu :) 


Lawar Village


Di bahagian hadapan kedai terdapat ruang ikan bakar . Pekerja sedang giat bakar aneka ikan, kerang dan sotong panas-panas. Nampak menyelerakan. Dan di letakkan siap harga untuk setiap jenis ikan bakar dan makanan laut yang ada , senang lah ampa nak budget makan. 


Lawar Village, Seri Pristana, Sungai Buloh


Terliur tengok sotong buncit yang di bakar sambal di dalam piring. Tengahari tu kak ana tengok ada ikan pari, ikan kembung, kerang bakar sambal, sotong buncit dan sebagainya. 


Lawar Village, Saujana Utama, Sungai Buloh


Di bahagian dalam kedai pula banyak sungguh pilihan masakan kampung di hidangkan untuk pilihan mengikut selera masing-masing. Aneka sayur, gulai tempoyak ikan patin pun ada, masak lemak telur itik, sambal dan aneka ulaman serta ikan masin


Lawar Village


Lawar Village


Lawar Village


Agak menarik untuk bahagian air minuman, di sediakan deretan air balang di mana ianya adalah free flow atau korang boleh refill. Bayar harga satu gelas dan bolehlah try beberapa pilihan air balang yang ada di luar hadapan kedai. 



Lawar Village


Tengahari tu kak ana nampak ada juga baby crabs goreng kat meja berdekatan air balang. Boleh di katakan banyak pilihan menu makanan untuk pilihan pelanggan. Harga pula masih berpatutan dengan harga pasaran makanan sekarang, tidak ada yang over price, Alhamdulillah.. 


Lawar Village


Suami ambil gulai pucuk ubi dan ikan kembung bakar sahaja tengahari tu bersama air asam. Tapi kan, kak ana tak jumpa pula gambar menu yang kak ana makan haha! Atau memang kak ana tak ambil gambar dan sebab kami pi n dah agak lama baru nak terbitkan entri, kak ana lupa dah makan apa tengahari tu. 



Lawar Village


Tapi kak ana ingat lah rasa masakan kat sini dan untuk review jujur, masakan di Lawar Village ni biasa seperti kita makan di mana-mana restoran nasi campur. Ikan bakar sesedap rasa sambalnya. Lawar Village memberikan satu lagi pilihan untuk warga berdekatan makan tengahari dengan aneka pilihan lauk pauk dan ikan bakar . 

Ruang parkir pun percuma , kami maii hari Ahad. Banyak je ruang parkir di deretan kedai dan tepi jalan. Tempat makan di luar bawah pokok tu memberikan kelainan sedikit . Apapun semoga Lawar Village akan terus sukses dalam perniagaannya, In Syaa Allah. 

Untuk lebih details korang layari sahaja ke mana-mana laman sosial Lawar Village, naa... 


4 Comments

  1. boleh masuk dlm list ni, thank you kakAna.

    ReplyDelete
  2. best nya tpt makan cam ni. sure yg bakar2 tu tak kuat sebab banyak area yg open air kan. nnt blh akak terjah ke sini. menarik gak ni.

    ReplyDelete
  3. Wow..Sedap semua ni sis..Ok..Bleh letak dlm wishlist

    ReplyDelete
  4. hari tu baru nampak dalam tv3 jalan jalan cari makan. Memang nampak mengiurkan yang bakar2 tu

    ReplyDelete