Kuih Sagu Merah

by - Sunday, March 15, 2015


Kuih Sagu Merah 

resepi kuih sagu
Kuih Sagu Merah
Petang-petang hari ni, kadang-kadang buntu juga mencari idea untuk sajian bersama teh. Terpandang sebotol bijian sagu di dalam kabinet dapur, terus dapat idea untuk menyajikan kuih sagu yang mudah untuk menu petang. Kalau di kampung ana di Teluk Intan, kami panggil kuih ni Abuk-abuk. Tapi lebih dikenali disini sebagai kuih sagu merah sebab warnanya merah.Jom ana kongsikan resepi yang mudah untuk disediakan.

Resepi Kuih Sagu:

Bahan-bahannya:

2 cawan sagu 
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna merah(kalau nak warna lain pun boleh saja)
Daun pandan
 Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)


Cara-cara:
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Masukkan air, gula, pewarna dan daun pandan di dalam periuk.  Masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam loyang
5. Apabila sejuk bolehlah dipotong dan balik-balikkan di atas kelapa parut tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan


~berkongsi resepi disini~

You May Also Like

32 comments

  1. Wahh enjoy cooking.. Kuih sagu Kak Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah Bonde buat minum petang :)

      Delete
  2. Hanis anak pcl suka tp x suka mkn dgn kelapa, fav dia mkn sagu dgn kuah gula melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL ,hat tu kak ana panggil puding sagu :)

      Delete
  3. singgah baca kat blog kak ananjingga...lama tak singgah sini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saif masih sudi ke sini :)

      Delete
  4. faveret saya ni kak ana.. apa benda dgn sagu saya sukaaa hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny memang suka masak kan, mesti ada pelbagai versi kuih muih dari sagu ni :)

      Delete
  5. Sedapnye Kak Ana kuih ni.Kalau kat rumah, kitorang panggil kuih sagu mata ikan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada juga orang panggil sagu mata ikan kan Sha :)

      Delete
  6. Assalamualaikum Kak Ana.

    Bestnya kuih sagu. Kat sesetengah tempat d Kelantan, kuih ini dipanggil kuih telur katak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shameel, alamak nama kuihnya hehe, tak kisah lah Shameel janji sedapkan :)

      Delete
  7. sedapnyaa kak ana. lama dah tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat je nani, simple sangat kan :)

      Delete
  8. lama xmakan kuih ni..masa kecik dulu mak rajin buat..

    ReplyDelete
  9. Kak Ana ..Lya suka sangat kuih ni tapi yang warna merah jer laaa.Kalau buat warna lain tak berapa bak suka dahh ..
    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke warna lain Lya, selalunya mesti merah kan :)

      Delete
  10. dah lama saya tak buat kuih nih..suami saya suka..saya dulu tak suka tapi sebab suami suaka saya pun jadi suka pulak..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kena ikut selera suami kan DR :)

      Delete
  11. sedap pekena petang -petang bersama teh tarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sekali pekej dengan teh tarik tu aRz :)

      Delete
  12. Peberet saya ni. Nak kena buat la nampaknya. Terliur dah.

    ReplyDelete
  13. Salam..lm xsinggah cni k.ana..
    Kuih sagu feveret sy ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sha,masih singgah dan ingat kat kak ana ;)

      Delete
  14. makan kuih sagu time panas2 memang sedap..sejukk jer =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dayah, sedap laju je masuk dalam tekak hehe :)

      Delete
  15. uit.. bestnya kak ana.. teringat mkn kuih ni time kat kg. bbrp hari lepas..
    jom join segmen huda,
    http://rahsiahatikuyangtidakkufikirkan.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Zura, nanti kak ana singgah ke blog Huda ye , Tq so much :)

      Delete