Fenomena Awan Luar Biasa Di Ranau, Sabah

by - Saturday, June 13, 2015

Awan luarbiasa di Ranau,Sabah


Semalam semasa menonton Buletin Utama di TV3, terdapat satu slot berita tentang fenomena pembentukan awan yang agak luar biasa di langit Ranau, Sabah hari sebelumnya. Kelihatan pancaran cahaya biru disebalik tompokan awan yang sangat cantik dan jarang terlihat kejadiannya di muka bumi Allah swt yang terbentang luas ini. Begitulah dengan kehendakNya, maka terjadilah sebarang kejadian yang agak luar biasa pada pandangan kaca mata kita.

Hari ini , ana kongsikan semula tiga keping foto yang ana perolehi dari sebuah page di Facebook.Bagi mereka yang terlepas pandang untuk kita sama-sama menginsafi dan melihat kebesaranNya. Ada juga yang mengaitkan fenomena awan biru yang luar biasa ini dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu sehingga merubah bentuk asal puncak tertinggi di Malaysia ini. Gambar puncak Kinabalu yang telah berubah pernah ana kongsikan di SINI .Namun pihak yang bertanggungjawab menafikan khabar-khabar angin tersebut dan menganggap pembentukkan fenomena awan luar biasa dengan pancaran biru terjadi hasil pembalikkan sinaran matahari dan perubahan suhu kawasan sekitar.

Ingatlah segala kejadian yang berlaku di sekitar kita adalah dengan Izin dan KehendakNya jua. Dan yakinlah dengan ayat-ayatNya bahawa kerosakkan yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Jangan sakiti alam kerana ia Milik Yang Maha Esa.Kita hanya sebagai penumpang di jalanan yang menuju ke destinasi abadi. Waallahu A'lam.


Terkini !! Satu lagi kejadian awan luarbiasa di Sipitang, Beaufort, Sabah di bulan Ramadan 2016, entri penuh di SINI


fenomena sinaran awan biru di sabah


fenomena sinaran awan biru di sabah


fenomena sinaran awan biru di sabah

Kredit foto : Facebook Page

You May Also Like

16 comments

  1. tak sempat tonton tv...subhanallah, cantiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ANIM, kak ana dapat dari FB page dan kongsikan semula disini buat tatapan semua, Maha Suci Allah.

      Delete
  2. subhanallah...cantik ciptaan Allah...selalu tengok cahaya kuning oren matahari je :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Yan , betapa besarnya keagunganNya.

      Delete
  3. salam. hee unik kepulan awan luarbiasa jarang jarang dilihat nih bahh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan TL, begitu agungNya kebesaran Ilahi

      Delete
  4. Cantiknya. Baru terperasan hari ni pasal gambar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan indahnya ciptaan Allah swt .

      Delete
  5. ni saya ada rakam video ni.sya orng ranau,boleh tengo kat instgram sya pirana lapar.masa tu waktu petang,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih vis voey, nanti ana kunjungi :)

      Delete