Foto kredit : Google Image

Cara Nak Elakkan Kucing Berak Di Halaman Rumah


Bagi yang dah lama mengenali ana di Facebook, IG dan blog picisan ni, pasti tahu, ana memang sayang atau pencinta kucing. Walaupun kini ana tidak lagi memelihara kucing selepas kematian Jingga, namun setiap hari ada sahaja kucing-kucing yang singgah makan dan bermastautin di belakang rumah ana ni. Malah ada yang tak segan silu, buat macam rumah sendiri dah..haa yang tu Mak Tam lah.. 

Baru-baru ni, Mak Tam beranak empat ekor.Tiga dah mati cedera teruk bila ana jumpa bangkai anak-anaknya.Mungkin di makan kucing jantan yang menyerang agaknya, ana tak pasti sangat.Tinggallah seekor. Sempat juga ana selamatkannya, dengan malam-malam ana kurung anaknya dalam sangkar dan letakkan di dapur. Sekarang ni dah besar sikit dah dan dah pandai makan macam-macam. Adik Ika namakannya Tecik.



Masalahnya bila si Tecik dah makan macam-macam, dia mula berak di halaman belakang rumah. Budak kecil lah katakan, Mak Tam tak pernah pula buat hal sebelum ni, mana di cari tandas awam, Waallahu a'lam tapi memang tak pernah buat hal belakang rumah ana. Si Tecik ni sahaja yang melabur merata-rata, sekitar tempat mesin basuh di belakang rumah. Penat jugalah nak menyuci lantai setiap pagi kan. 

Ermm, ana teringat petua yang pernah di kongsikan oleh Mummy Irra dalam blognya tahun lepas, bagaimana hendak mengelakkan kucing berak di halaman rumah. Ana pun mencubanya dan dah seminggu ni, nampaklah kesannya. Tecik tak lagi berak disitu, mana dia melabur ana tak tahu laa, mungkin di tanah kut, di luar pagar belakang ni.Sebab dia dah mula main di sekitar tanah belakang rumah.

Okay jom ana kongsikan semula petua untuk mengelakkan kucing berak di halaman rumah ni. Caranya mudah sangat, isikan air paip di dalam satu botol mineral, buang labelnya terlebih dahulu.Kemudian aturkan di tempat yang cik miaw ni pernah buat hal. Sebab kalau sebagaimana yang diketahui,kucing ni kalau sekali dah 'melepas' kat tempat tu, dia akan ulang kat tempat yang sama kan. Dan kenapa dia tak jadi nak berak bila ada botol berisi air ni, sebabnya..andaian ana sahajalah,kucing kan takut air, jadi bila dia nampak air kat sana, cancellah projeknya..haha..kemungkinan sahajalah tu...



Okay begitulah ceritanya, ia nya hanya salah satu cara atau petua, boleh jadi berhasil, boleh jadi tidak.Namun tak salah mencuba dan tak memerlukan modal pun kan... 

32 Comments

  1. wahhh ok ok nnt qila try hihihi thanks kak ana <3

    ReplyDelete
  2. kite baru try petua ni sebab tak tahan kucing dok berak merata...hehe

    ReplyDelete
  3. Wah mudah petua tu kak. Kucing mmg takut air. Klo diorg gaduh kita leraikn dgn penyapu diorg x berganjak pun. Siram dgn air lintang pukang lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Yumida, itu kalau ikut teorinya lah waallahu a'lam

      Delete
  4. Ooo... mudah aje petuanya ya...
    Kekucing Mrs. A buat hajat kat dalam bilik air
    Tapi kekadang ada gak seekor dua yang buat kat tempat tak sepatutnya cth sebeleh kabinet TV tapi Mrs. A dah letakkan kotak kat situ setakat dah letak kotak tu ok. Takde pulak depa berak kat atas kotak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bagus kalau pandai ke bilik air Mrs A, ni kucing terbiar kat luar rumah kak ana ni, cuba je lah petua ni kan :)

      Delete
  5. Good tips ana,
    Kat rumah akak ,
    Tepi ni sealu jadi tempat berak dia,
    Nak cubalah tips ini.

    Selamat hari raya Ana,
    Kemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
    Berhati-hati dijalan raya,
    Semoga selamat sampai ke destinasi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah CH, mudah-mudahan menjadi kan..Salam lebaran Maaf zahir Batin juga dari ana buat CH, semoga ukhuwah antara kita akan terus terjalin..In Shaa Allah

      Delete
  6. menjadi ke? sebab pernah juga buat, tapi tetap juga kucing buat hal..kebal sungguh kucing itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ejoy dah dua minggu letak botol ni, kat tempat yang sama tu tak ada dah masalah poopoo depa ni, nampak macam menjadi gak lah hihi :)

      Delete
  7. bagus perkongsian ni kak ana....seminggu dua ni banyak pula kucing singgah ke rumah...tak payah bawa cik puteri ronda naik moto cari kucing...

    tapi tak ada kes berak di halaman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana tengokkat IG cik puteri dapat kawan depan rumah ye..

      Delete
  8. Petua yang bagus.
    Nak cuba try.

    ReplyDelete
  9. Jiran kak atasi kucing berak depan rumah dia dengan bubuh serbuk pencuci kat kawasan dia berak tu...agak berkesan dari banyak2 pot tempat berak tu tinggalah satu dua saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu suami ana spray dengan aerosol Kak Mala, tapi hilang bau dia mai semula hihi :)

      Delete
  10. samalah Kak Ana.. sejak kucing kami mati memang xnak bela dah tapi suka yakamat.. semput2 pun nak jugak gomol kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana tak bela dah, cuma kucing2 luar yang singgah makan sahaja yang ada ni .

      Delete
  11. hehe skarang ni Tecik macam da jadi kucing belaan Kak Ana je ? hehehe amekla jadi new member hehe..

    ReplyDelete
  12. uish.. nak didik la kucing2 kat rumah nenek cemni.. siapla ceq nak atur botol depan rumah.. orang sedia pasir mahai2 kat blakang rumah xmo guna.. atas lantai gak depa berkenan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penuh pula botol kat laman rumah nanti CT haha :)

      Delete
  13. bg yang nak menjadikan kucing sebagai pet anda..sy cuba petua nie dr family sy..dimana sediakan awal2 tmpt poo si miau sebelum bawa masuk kucing ke dlm rumah atau pun kwsn tu, tutup mata miau dan bw terus ke arah tmpt poo yang anda sediakan..bg cium sedkiti pasir di dlm bekas tmpt poo kucing anda..insya allah meow anda akn terbiasa poo tmpt pertama kali anda bw meow anda ke tmpt poo tu..

    hehe jika kucing org lain..ekekek kena sabar jer lah bersihkan tmpt tu..coz cam ner pun mmg bau meow poo atau pee mmg akn melekat..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Lady Tash Roy for the good tips :)

      Delete
  14. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga bmnsolution atas perkongsian semoga bermanfaat buat semua yang singgah dan mencari solution :)
      iklan percuma ye hihi :)

      Delete
  15. Ade sekor kucing taktaww sapa punya. Harihari duk berak depan rumah kiteeee. Geram rase 😁😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba petua AJ di atas atau dari komen2 di atas Nina, mungkin boleh menjadi nanti kan :)

      Delete