Foto kredit : Google Image

Cara Nak Elakkan Kucing Berak Di Halaman Rumah


Bagi yang dah lama mengenali ana di Facebook, IG dan blog picisan ni, pasti tahu, ana memang sayang atau pencinta kucing. Walaupun kini ana tidak lagi memelihara kucing selepas kematian Jingga, namun setiap hari ada sahaja kucing-kucing yang singgah makan dan bermastautin di belakang rumah ana ni. Malah ada yang tak segan silu, buat macam rumah sendiri dah..haa yang tu Mak Tam lah.. 

Baru-baru ni, Mak Tam beranak empat ekor.Tiga dah mati cedera teruk bila ana jumpa bangkai anak-anaknya.Mungkin di makan kucing jantan yang menyerang agaknya, ana tak pasti sangat.Tinggallah seekor. Sempat juga ana selamatkannya, dengan malam-malam ana kurung anaknya dalam sangkar dan letakkan di dapur. Sekarang ni dah besar sikit dah dan dah pandai makan macam-macam. Adik Ika namakannya Tecik.



Masalahnya bila si Tecik dah makan macam-macam, dia mula berak di halaman belakang rumah. Budak kecil lah katakan, Mak Tam tak pernah pula buat hal sebelum ni, mana di cari tandas awam, Waallahu a'lam tapi memang tak pernah buat hal belakang rumah ana. Si Tecik ni sahaja yang melabur merata-rata, sekitar tempat mesin basuh di belakang rumah. Penat jugalah nak menyuci lantai setiap pagi kan. 

Ermm, ana teringat petua yang pernah di kongsikan oleh Mummy Irra dalam blognya tahun lepas, bagaimana hendak mengelakkan kucing berak di halaman rumah. Ana pun mencubanya dan dah seminggu ni, nampaklah kesannya. Tecik tak lagi berak disitu, mana dia melabur ana tak tahu laa, mungkin di tanah kut, di luar pagar belakang ni.Sebab dia dah mula main di sekitar tanah belakang rumah.

Okay jom ana kongsikan semula petua untuk mengelakkan kucing berak di halaman rumah ni. Caranya mudah sangat, isikan air paip di dalam satu botol mineral, buang labelnya terlebih dahulu.Kemudian aturkan di tempat yang cik miaw ni pernah buat hal. Sebab kalau sebagaimana yang diketahui,kucing ni kalau sekali dah 'melepas' kat tempat tu, dia akan ulang kat tempat yang sama kan. Dan kenapa dia tak jadi nak berak bila ada botol berisi air ni, sebabnya..andaian ana sahajalah,kucing kan takut air, jadi bila dia nampak air kat sana, cancellah projeknya..haha..kemungkinan sahajalah tu...



Okay begitulah ceritanya, ia nya hanya salah satu cara atau petua, boleh jadi berhasil, boleh jadi tidak.Namun tak salah mencuba dan tak memerlukan modal pun kan...