Kedai Romantika - Selayang Mall
Ana pasti ramai dikalangan rakan-rakan blogger yang amat meminati seni hiasan rumah bertema Inggeris atau Cottage ataupun Country semuanya ala-ala Inggeris... Ana pun suka melihat kreativiti mereka menghasilkan seni hiasan sendiri seperti decoupage,jahitan langsir,kusyen dan macam-macam lagi daya kreativiti mereka ini...syabas dan tahniah kerana minat kalian dan ada yang mendapat hasil sampingan yang agak lumayan..
Baru-baru ini ana singgah ke salah sebuah kedai dekorasi barang-barang hiasan rumah dan perkakasan dapur bertema Inggeris yang amat popular di tanahair kita iaitu Romantika yang terletak di Selayang Mall,Selayang...Memang sangat cantik dan comel-comel barang-barang dekorasi yang dijual disini dan harganya amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan pendapatan...
Disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan untuk rakan-rakan blogger disamping senarai cawangan-cawangan Kedai Romantika yang terdapat diserata tanahair... Untuk keterangan lanjut tentang lokasi dan produk-produk di Romantika ini bolehlah layari ke link ini : http://www.romantikahomedecor.com/site/index.php
Berikut ana senaraikan cawangan-cawangan Kedai Hiasan Romantika di serata tanahair:
Johor Bahru : Plaza Angsana
Giant Plentong
Kip Home Mart,Masai
Melaka : Kota Fesyen,MITC
Shah Alam : Plaza Alam Sentral
Petaling Jaya : Amcorp Mall
Kajang : Metro Point Mall
Selayang : Selayang Mall
Wangsa Maju : Wangsa Walk
Ampang : Galaxy Ampang
Ipoh : Mydin Meru
Alor Setar : Taman Bistari
Sungai Petani : Padang Tenusu
Terengganu : Dungun
Kuantan : Medan Warisan
Kota Bahru : Lembah Sireh
Selamat Membeli Belah
21 Comments
cantiknya.hehe..boleh pengsan tengok
ReplyDeletememang betul tu Nana Liena: kalau peminat english deco mmg boleh pengsan..
Deletebanyak gak cawangan dia ek.... ok nnt sy nk pg yg d ipoh....
ReplyDeletetq zai zaiman: dah pegi yg kat Ipoh tu..
DeleteSalam.dkt penang xda ek?
ReplyDeleteMariah Nor Zamani: ana update berdasarkan laman web mereka dan rasanya adik ana di Penangpun kalau ke romantika dia pergi di Sg Petani atau yang di Ipoh..memang tak adalah agaknya di Penang...
DeleteYang terengganu tu kat paka, dekat je dengan rumah, selalu gi sana
ReplyDeleteseronok kan PM..kalau cuci2 mata di kedai Romantika ni..:)
Deletemacam2 ada
ReplyDeletekan Fuza, sediakan saja fulusnya..
DeleteSy baru nak berjinak2 nak menghias rumah.. entry sis yg ni sgt2 membantu sy..lepas ni blh la pegi yg cawangan di plaza alam sentral..tq ye sis!
ReplyDeleteyou're welcome my dear, Alhamdulillah...:)
ReplyDeleteAda whatsapp romantika hkme tak? Boleh ke kalau nak buat penyewaan bunga2 kecil bg program?
ReplyDeleteNurliyana Zamzuri: sila layari web site yang disertakan di atas utk detail tentang Romantika ni, ana sekadar berkongsi pengalaman disini my dear... tq singgah..:)
Deletetq for the info :)
ReplyDeleteassalamualaikum ana...kalau dah masuk ke sini mmg seronok melihat barangan yang dijual di sini...rasa semuanya nak diangkat masuk dlm bakul...semlm mama baru ke romantika di plaza angsana...kalau singgah tu mesti ada jer yg terberkenan di hati...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama,betul tu mama, khasnya buat peminat barangan Inggeris macam mama memang sinilah tempatnya kan :)
Deletepnah gi kat galaxy ampang
ReplyDeletehaha beli bunga ke FR..wah wah dalam hati ada taman gituee
DeleteKedai romantika di selayang mall masih ada ke? Dah lama tak pergi area selayang.
ReplyDeleteada lagi, in sha Allah.
Delete