Ana pasti ramai dikalangan rakan-rakan blogger yang amat meminati seni hiasan rumah bertema Inggeris atau Cottage ataupun Country semuanya ala-ala Inggeris... Ana pun suka melihat kreativiti mereka menghasilkan seni hiasan sendiri seperti decoupage,jahitan langsir,kusyen dan macam-macam lagi daya kreativiti mereka ini...syabas dan tahniah kerana minat kalian dan ada yang mendapat hasil sampingan yang agak lumayan..

Baru-baru ini ana singgah ke salah sebuah kedai dekorasi barang-barang hiasan rumah dan perkakasan dapur bertema Inggeris yang amat popular di tanahair kita iaitu Romantika yang terletak di Selayang Mall,Selayang...Memang sangat cantik dan comel-comel barang-barang dekorasi yang dijual disini dan harganya amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan pendapatan...

Disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan untuk rakan-rakan blogger disamping senarai cawangan-cawangan Kedai Romantika yang terdapat diserata tanahair... Untuk keterangan lanjut tentang lokasi dan produk-produk di Romantika ini bolehlah layari ke link ini : http://www.romantikahomedecor.com/site/index.php



























Berikut ana senaraikan cawangan-cawangan Kedai Hiasan Romantika di serata tanahair:
Johor Bahru : Plaza Angsana
                     Giant Plentong
                     Kip Home Mart,Masai
Melaka : Kota Fesyen,MITC
Shah Alam : Plaza Alam Sentral
Petaling Jaya : Amcorp Mall
Kajang : Metro Point Mall
Selayang : Selayang Mall
Wangsa Maju : Wangsa Walk
Ampang : Galaxy Ampang
Ipoh : Mydin Meru
Alor Setar : Taman Bistari
Sungai Petani : Padang Tenusu
Terengganu : Dungun
Kuantan : Medan Warisan
Kota Bahru : Lembah Sireh

Sila layari : http://www.romantikahomedecor.com/site/index.php untuk alamat penuh lokasi-lokasi berikut...

Selamat Membeli Belah

21 Comments

  1. cantiknya.hehe..boleh pengsan tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu Nana Liena: kalau peminat english deco mmg boleh pengsan..

      Delete
  2. banyak gak cawangan dia ek.... ok nnt sy nk pg yg d ipoh....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mariah Nor Zamani: ana update berdasarkan laman web mereka dan rasanya adik ana di Penangpun kalau ke romantika dia pergi di Sg Petani atau yang di Ipoh..memang tak adalah agaknya di Penang...

      Delete
  4. Yang terengganu tu kat paka, dekat je dengan rumah, selalu gi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan PM..kalau cuci2 mata di kedai Romantika ni..:)

      Delete
  5. Sy baru nak berjinak2 nak menghias rumah.. entry sis yg ni sgt2 membantu sy..lepas ni blh la pegi yg cawangan di plaza alam sentral..tq ye sis!

    ReplyDelete
  6. you're welcome my dear, Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  7. Ada whatsapp romantika hkme tak? Boleh ke kalau nak buat penyewaan bunga2 kecil bg program?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurliyana Zamzuri: sila layari web site yang disertakan di atas utk detail tentang Romantika ni, ana sekadar berkongsi pengalaman disini my dear... tq singgah..:)

      Delete
  8. assalamualaikum ana...kalau dah masuk ke sini mmg seronok melihat barangan yang dijual di sini...rasa semuanya nak diangkat masuk dlm bakul...semlm mama baru ke romantika di plaza angsana...kalau singgah tu mesti ada jer yg terberkenan di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama,betul tu mama, khasnya buat peminat barangan Inggeris macam mama memang sinilah tempatnya kan :)

      Delete
  9. Replies
    1. haha beli bunga ke FR..wah wah dalam hati ada taman gituee

      Delete
  10. Kedai romantika di selayang mall masih ada ke? Dah lama tak pergi area selayang.

    ReplyDelete