GM Klang
Pernah sampai sini?? Semasa raya Aidil Fitri yang lalu sambil-sambil beraya kat rumah pakcik di Taman Botani ,Bukit Tinggi ,Klang ana sempatlah singgah ke GM ni buat kali ke dua...dah alang-alang kata orang tu..tapi kena awallah sebab pasaraya borong ni tutup awal...jam 7.00 malam dia dah tutup perniagaannya...

Terletak berhadapan Aeon Bukit Tinggi ,Klang .Disini samalah macam GM Chow Kit tu macam-macam ada,dari barang perhiasan wanita,alat-alat permainan,pakaian,jam tangan dan serbanekalah..nak kata murah sangat tu tidak juga cuma jika kita beli secara borong macam dalam kuantiti tertentu baru dapat harga yang jauh lebih murah...tapi setakad beli satu tu harga masih sama dengan pasaran di luar...

Tangga ke tingkat atas GM Klang..

Parkir kereta disini memang banyak di sediakan samada di hadapan bangunan atau di bahagian basementnya dan ianya percuma..untuk lokasi dan maklumat penuh bolehlah  ke sini :http://www.gmklang.com/page/view/location_map.html?menu_id=33



Pada masa ini,ana dapati kedai-kedai di sini lebih senang untuk kita cari mengikut kategori produk berbanding sebelum ini ianya bercampur-campur membuatkan kita membuang masa untuk mencari barang yang kita kehendaki..

Macam biasa untuk kita kaum hawa ni tempat kesukaan pastinya pin-pin tudung,jubah,tudung,produk-produk DIY untuk buat hiasan dan beg-beg tangan...manakala anak-anak remaja lebih gemar membeli barangan hiasan diri seperti rantai,gelang dan macam-macam lagi...Okay macam biasa ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana ambil semasa berkunjung ke GM Klang hari itu...


Pin-pin tudung yang comel-comel

macam-macam pilhan

anting-anting dan pin gantung..

keychain comel

bagi yang berminat DIY hiasan diri kat sini macam-macam ada.
.
pelbagai jenis beg-beg

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang menGoogle tentang GM Klang...terima kasih dari anajingga..

21 Comments

  1. Assalamualaikum. waaa bestnya. sheila tak pernah pergi kat GM Klang.. pernah pergi yang dekat kl je. hehehe memang rambang mata pergi sini kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheila salim: sama je kan dgn kat kl tu...kena hati2 gak nnt bocor poket...

      Delete
  2. salam sis ana.owh lamanya lea tak ke sana,kak.dulu duduk shah alam,sekarang dah duduk sepang jarang turun klang.nanti nak pergilah.mau meroyan husband kalau bini dan anak daranya bertawaf dalam ni he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah lah lea kesian dgn encik suami bosan tunggu kita tawaf kan...

      Delete
  3. Pernah dengar, tapi tak pernah pergi. Biasa dengar peniaga online seperti crafter dan pembuat tudung akan pergi kat tempat ni sebab harga barang murah :). Terima kasih share info ni, dapat juga merasa macamm mana keadaan dalam GM Klang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq norazizah: mmg betul utk yg berniaga disinilah mereka mendapatkan stok beli borong memang murah...

      Delete
    2. Anajingga peniaga juga ke?

      Delete
    3. tidak Norazizah... sesekali jalan2 dgn anak2...

      Delete
  4. wahhh ! nak datang sanalah .. huhuhu

    ReplyDelete
  5. boleh dikatakan awal jgk tuh tutup kul 7..huuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalkan...tak sempat round habis kalau sampai lewat...

      Delete
  6. Tak pernah singgah cuma lalu jer... masa tu ada kerja kat klang awal tahun aritu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali Ida syuhada singgah lah pula..jamu-jamu mata..

      Delete
  7. cuci mata tengok gambar..
    bestnye~

    ReplyDelete
  8. woooo... klu bawak org pempuan nie mesti pettakkk pale nak tunggu gagagaga :P

    ReplyDelete
  9. Akak pun cuci2 mata tgk gambar. GM Klang tak pernah pi. Tapi mengikut apa yang org kata, GM ni lagi best dr tpt2 borong yg lain...

    Masuk dalam list la, cuti Hari Malaysia boleh pi... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait Green Apricot Resources: next trip GM Klang kay..

      Delete
  10. dh byk kali nak gi GM, tp x gi lg.. lebih kurang macam KWC kan Ana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang agaknya Lilynn cuma di GM tak banyak pakaian siap lebih pada aksesori ..

      Delete