GM Klang
Pernah sampai sini?? Semasa raya Aidil Fitri yang lalu sambil-sambil beraya kat rumah pakcik di Taman Botani ,Bukit Tinggi ,Klang ana sempatlah singgah ke GM ni buat kali ke dua...dah alang-alang kata orang tu..tapi kena awallah sebab pasaraya borong ni tutup awal...jam 7.00 malam dia dah tutup perniagaannya...

Terletak berhadapan Aeon Bukit Tinggi ,Klang .Disini samalah macam GM Chow Kit tu macam-macam ada,dari barang perhiasan wanita,alat-alat permainan,pakaian,jam tangan dan serbanekalah..nak kata murah sangat tu tidak juga cuma jika kita beli secara borong macam dalam kuantiti tertentu baru dapat harga yang jauh lebih murah...tapi setakad beli satu tu harga masih sama dengan pasaran di luar...

Tangga ke tingkat atas GM Klang..

Parkir kereta disini memang banyak di sediakan samada di hadapan bangunan atau di bahagian basementnya dan ianya percuma..untuk lokasi dan maklumat penuh bolehlah  ke sini :http://www.gmklang.com/page/view/location_map.html?menu_id=33



Pada masa ini,ana dapati kedai-kedai di sini lebih senang untuk kita cari mengikut kategori produk berbanding sebelum ini ianya bercampur-campur membuatkan kita membuang masa untuk mencari barang yang kita kehendaki..

Macam biasa untuk kita kaum hawa ni tempat kesukaan pastinya pin-pin tudung,jubah,tudung,produk-produk DIY untuk buat hiasan dan beg-beg tangan...manakala anak-anak remaja lebih gemar membeli barangan hiasan diri seperti rantai,gelang dan macam-macam lagi...Okay macam biasa ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana ambil semasa berkunjung ke GM Klang hari itu...


Pin-pin tudung yang comel-comel

macam-macam pilhan

anting-anting dan pin gantung..

keychain comel

bagi yang berminat DIY hiasan diri kat sini macam-macam ada.
.
pelbagai jenis beg-beg

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang menGoogle tentang GM Klang...terima kasih dari anajingga..