Kulat sisir @ cendawan kukur

 

Kulat sisir atau Cendawan kukur

Berkongsi foto dari kawan FB yang masak kulat sisir hari ini.Kulat sisir atau ada yang memanggilnya kulat kukur atau cendawan sisir atau cendawan kukur.Sejenis kulat yang boleh di makan tetapi jarang ditemui lagi di kawasan bandar kita ni.Selalunya ia tumbuh pada batang-batang pokok getah yang telah tumbang dan mati khususnya selepas musim hujan.

Dahulu di kampung halaman ana memang banyak terdapat kulat sisir ini dan kami akan membawa bekas untuk mengutipnya dengan tangan bersama mak.Mak ana selalunya akan masak lemak kuning dengan isi kerang.Untuk memasak kulat sisir ini, ianya akan dibersihkan dahulu untuk membuang sisa sisa serpihan kayu batang getah.Kemudian ianya ditumbuk dalam lesung seketika supaya lembut dan barulah di masak.

Ada juga yang mengeringkannya dibawah pancaran matahari dan ianya boleh disimpan lama.Sekali lagi apabila kita hendak memasaknya perlu direndam supaya ianya kembali kembang dan lembut.Kadang kala terdapat juga kulat sisir yang dijual di pasar-pasar tani.Mak selalu berpesan kepada ana sekiranya beli di pasar atau pasar tani pastikan dihidu dahulu kerana bimbang mereka memungutnya dari ladang-ladang getah yang telah diracun.Pernah terjadi dan rasanya ada sebuah drama tempatan yang mengisahkan seisi keluarga termakan kulat beracun.Nauzubillah Min Zalik..minta dijauhkan dari segala keburukan.

Disebelah pantai timur pula, arwah ibu mertua ana pernah memasak kulat sisir ini digoreng dengan telur.Macam-macam variasi masakan mengikut tradisi sesebuah negeri dan citarasa tempatan.Ana sekadar berkongsi pengalaman memakan kulat sisir bersama pembaca semua.Secara peribadinya ana belum pernah lagi memasak sendiri kulat sisir ini kerana semakin sukar untuk ditemui lagi.

~berkongsi pengalaman disini~

27 Comments

  1. Akk..sya suka mkn kulat ni..goreng dgn kunyit akk..mmg sgt sedap :)

    ReplyDelete
  2. salam..pucuk ubi+cendawan kukur ni masak lemak sedap banggat...acu suke..acu suke..acu suke...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar juga gabungan dengan pucuk ubi ni acu..

      Delete
  3. tak pernah jumpa, apatah lagi makan kak... sedap sangat ker? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tak pernah rasa ye..tak lah sedap sangat, biasa2 je mama..

      Delete
  4. sedapnya kulat ni...masak lemak dgn cili api sedap sangat. Dulu2 masa zaman kecik2 selalu la jumpa kulat ni kat pokok getah. sekarang pokok getah pun dah takde ...jadi dah tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DP susah nak jumpa pokok getah dah pun kan..

      Delete
  5. Drama bertajuk "Nasinya Tumpah"..semua anaknya mati kecuali seorang sahaja yang hidup sebab terambil kulat yang dah diracun di kebun getah..masih ingat lagi drama tersebut...sedih tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm betullah tajuk drama tu,kalau tak salah Ogy berlakon kan..tak berapa ingat dah..

      Delete
  6. dulu selalu mkn..mmg sedap kan
    tp skrg ni mcm dah pupus pulak..sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah yang 'rare' untuk dijumpai sekarang ni kan Siti.. :)

      Delete
  7. Replies
    1. erm ramai gak mimi yang tak pernah makan kulat ni..

      Delete
  8. masak lomak cili api..tambah kerang,,puh..sodapnyoo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa samalah macam menu mak ana zila, masak lemak dengan kerang..memang sodap..

      Delete
  9. Replies
    1. macam mana nak cite ye suki..tak lah pahit..entahlah tak dapat kak ana nak gambarkan.. hehe

      Delete
  10. acik paling suka ni buat masak lomak cili api + udang basah..tapi dah lama tak makan..en.suami tak benarkan acik beli..tak tau orang ambik dimana katanya..acik cuma dapat beli dengan orang yang dia kenal dan tau kuitp dari kebun mana..terliur bila tengok gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu nak beli takut kan dia pungut dari mana2..kalau orang yang kita kenal lain lah..

      Delete
  11. ok dear...nanti kak ana jawab kay... tq darling..

    ReplyDelete
  12. Wah nampak sedap je ni...tapi saya belum pernah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je rasanya Linda..susah nak dapat sekarang ni dah..

      Delete
  13. Nrl suka makan kulat sisir ni, lagi2 kalau nenek yang masak... dulu2 banyak le, sekarang dah jarang dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi nenek nurul mesti sedapkan, yelah ni masakan ibunda,orang2 lama yang pandai masaknya..

      Delete
  14. Buat sup @ masak lemak sedap ni......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sup tak pernah makan lagi Cikna, kalau masak lemak tu biasa dulu-dulu mak masak dengan kerang, memang sedap.

      Delete