Bunga-bunga herba
Sebelum kedatangan Ramadan kali ini, kebanyakan pokok-pokok tanaman belakang rumah ana,hampir semuanya berbunga.Musim bunga agaknya sekarang ni.Jika sebelum ini ana pernah kongsikan kuntuman bunga kunyit di Sini , kali ini ada beberapa kuntuman bunga dari tanaman herba yang sedang berbunga ana kongsikan pula.
Bunga daun kari
Bunga daun kari |
Bijian daun kari |
Bunga lengkuas
Bunga lengkuas |
Pokok lengkuas juga ada mengeluarkan bunganya walaupun cepat layu kerana keterikan cuaca panas ketika ini.Hanya ubi atau isi lengkuas sahaja yang selalu digunakan dalam masakan Melayu seperti rendang,gulai lemak dan singgang.
Bunga kantan
Bunga kantan |
Bunga cekur
Bunga cekur (foto :relakssminda.blogspot.com) |
Sebelum ini memang pokok cekur ana berbunga seperti di atas namun ketika hendak mengambil fotonya hanya daun yang tinggal.Mungkin telah gugur bunganya.Oleh itu ana pinjam foto dari blog relakssminda supaya dapat melihat keindahan bunga cekur ini.Sebenarnya ana jarang juga menggunakan cekur dalam masakan cuma sengaja menanamnya kerana mendapat benih dari jiran berbangsa Cina yang menyatakan isi cekur elok dimakan untuk membuang angin dalam badan.Mak ana pernah mencampurkan cekur ke dalam ramuan sambal pecal untuk mengelakkan sakit perut katannya.
Setakad ini sahaja yang sempat ana kongsikan beberapa kuntuman bunga herba yang pernah dan sedang berbunga di kebun kecil dibelakang rumah.
~berkongsi info disini~
26 Comments
ReplyDeleteWah cantik cantik...geramnya...tentu ada manfaatnya yg kita tak tahu
cantikkan Ozie, memang benar banyak yang belum kita pelajari tentang khasiatnya..
Deleteassalamualaikum ana...terbaik ni..:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama... ana kongsikan saja apa yang ada ni..hehe
DeleteBestnya belakang rumah ada tanam macam-macam. Tengok bunga kantan teringin laksa plak..hehe
ReplyDeleteadalah sikit2 Sal, setakad nak masak sendiri tu lepaslah..erm nanti cepat2 gi buat laksa ye untuk iftar..hehe tak pun kat bazar pun ada dik
DeleteRajinnya kak ana. CP tanam pokok daun kari dengan cili je sebab takde kawasan.
ReplyDeleteCP adalah kawasan sekangkang kera hehe..kak ana banyak kali dah tanam cili dan cili api memang tak serasi..mungkin tanah tak sesuai agaknya..
Deletepaling saya suka bunga kantan sbb sy suka buat laksa penang.
ReplyDeleteerm betul tu shameel, laksa utara tanpa bunga kantan hilanglah serinya..
Deletesalam kak,Cik Nur singgah & follow sini ^-^
ReplyDeletewahhh...bunga kantan tue buat laksa sedap nie.....kadang2 yang jual kat kedai tue dah layu...
Waalaikumsalam CN,terima kasih follow kak ana, Insyaa Allah bakal kak ana jejaki kembali nanti..kat sini sekuntum rm1 dah bunga kantan ni..
Deleteana..daun dan isi cekur selain buat perasa dalam kerabu boleh juga buat ulam..
ReplyDeleteoo ye ke kakyon, belum pernah cuba lagi,insyaa Allah nanti ana cuba berulam cekur..
DeleteCekur buat urap ngan kacang botol.. mmmppphhh sedap
ReplyDeleteurap tu macam mana ye chegu, tak pernah makan lagi??
Deletelengkuas sedap.. buat rojak. hehehe
ReplyDeleteaik boleh ke white lily, macam mana pula tu ye?1st time kak ana dengar ni..hehe
Deletewow...taman herba
ReplyDeleteFuza: bukanlah taman, sekangkang kera je kat belakang rumah kak ana ni hehe
Deletesanang nak masak..
ReplyDeletesmua ada kat blakang umah :P
petik je lg
Bolehlah sobri, lepaslah untuk masakan harian kak ana
Deletesyoknya rumah ada laman nk taman pokok2 herba.sy dok umah flat so tanam pokok daun kari n pokok pandan dlm pasu ja
ReplyDeletedulupun kak ana tinggal di apartment tingkat 4, tanam dalam pasu juga Zai..
Deletecantik pulak bunga cekur tuh
ReplyDeleteitulah cantik, tapi cepat layu mimi
Delete