Sebelum kedatangan Ramadan kali ini, kebanyakan pokok-pokok tanaman belakang rumah ana,hampir semuanya berbunga.Musim bunga agaknya sekarang ni.Jika sebelum ini ana pernah kongsikan kuntuman bunga kunyit di Sini , kali ini ada beberapa kuntuman bunga dari tanaman herba yang sedang berbunga ana kongsikan pula.

Bunga daun kari


Bunga daun kari
Daun kari memang semua orang pernah lihat dan seringkali digunakan sebagai menambah aroma dalam masakan kari.Selain mengeluarkan bunga halus berwarna putih,pokok daun kari ini juga mempunyai biji-biji hijau.Namun hanya daun kari sahaja yang sering ana gunakan dalam masakan , biji dan bunganya tidak pernah diketahui khasiat dan kegunaannya.


Bijian daun kari

Bunga lengkuas

Bunga lengkuas

Pokok lengkuas juga ada mengeluarkan bunganya walaupun cepat layu kerana keterikan cuaca panas ketika ini.Hanya ubi atau isi lengkuas sahaja yang selalu digunakan dalam masakan Melayu seperti rendang,gulai lemak dan singgang.

Bunga kantan

 

Bunga kantan
Kali ini tak banyak pokok kantan yang berbunga, mungkin kerana musim kering ketika ini.Setakad hari ini, cuma sekumtum sedang mekar.Lepaslah untuk dijadikan ulam dalam laksa utara sehari dua lagi, Insyaa Allah.Selain dari menjadi bahan menambah kelazatan dalam masakan asam pedas, laksa dan boleh dijadikan kerabu.Resepinya pernah ana kongsikan di Sini .

Bunga cekur


Bunga cekur (foto :relakssminda.blogspot.com)

Sebelum ini memang pokok cekur ana berbunga seperti di atas namun ketika hendak mengambil fotonya hanya daun yang tinggal.Mungkin telah gugur bunganya.Oleh itu ana pinjam foto dari blog relakssminda supaya dapat melihat keindahan bunga cekur ini.Sebenarnya ana jarang juga menggunakan cekur dalam masakan cuma sengaja menanamnya kerana mendapat benih dari jiran berbangsa Cina yang menyatakan isi cekur elok dimakan untuk membuang angin dalam badan.Mak ana pernah mencampurkan cekur ke dalam ramuan sambal pecal untuk mengelakkan sakit perut katannya.

Setakad ini sahaja yang sempat ana kongsikan beberapa kuntuman bunga herba yang pernah dan sedang berbunga di kebun kecil dibelakang rumah.


~berkongsi info disini~