Apa yang kita tahu tentang Deepavali:

 


Menurut wikipedia ,perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

 Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.  

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu  dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.



Antara juadah dan kuih muih yang sering disajikan oleh kaum India ketika menyambut perayaan Deepavali ialah tosei, idhili  yang dimakan bersama kari daging kambing dan ayam.Manakala kuih tradisional yang popular di Malaysia ialah kuih murukku , rawa  urundai ,nei urundai, jillebhi, kandy , laddu dan sebagainya. 




 
 Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama, perlu juga untuk kita saling mengenali budaya dan adat resam kaum-kaum lain di sini.Masing-masing perlu hormat menghormati amalan kaum-kaum yang lain supaya kita boleh hidup dengan aman dalam sebuah masyarakat yang majmuk.

 kredit foto : Google Image


~berkongsi info Deepavali disini~

10 Comments

  1. Salams Kak ana,

    Bgs article akak share...saya pon tak tau kisah silam deevapali 😃
    Td ptg lalu Kat depan kubur India ramai yg bersihkan kubur famili mrk.

    Happy holiday juga utk Kak ana juga❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar perkongsian info aje mieja kan hehe :)

      Delete
  2. Info yang sangat bagus ana, tahniah. Selamat bercuti juga untuk ana dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. seronok mengetahui tentang kaum lain..maruku tu mmg biasa kita makan kan..sedap.. hepi deepavali bt kaum india :D

    ReplyDelete
  4. saya suka kari! kari kepala ikan especially..................

    ReplyDelete