Permainan Tradisional - Jan Jan Jala
Permainan Tradisional - Jan Jan Jala
Dibesarkan sekitar era 80an ke 90an, kami tidak bermain dengan gajet seperti sekarang.Permainan kami apa yang ada disekeliling kami.Bermain bersama jiran-jiran dan kawan-kawan sekolah secara fizikal.Seperti ana sendiri, rakan sepermainan di rumah hanyalah sepupu-sepupu dan juga mak-mak saudara.Seronok bermain dan leka selagi tidak kedengaran jeritan mak atau opah yang menyuruh balik, selagi itulah bermain dengan riangnya.Tak puas hati bergaduh seketika, lepas tu elok bermain semula.Selain dari main masak-masak, anak patung kertas, aci kejar, aci nyorok, batu seremban yang paling kerap di mainkan bersama ialah jan jan jala.Pernah dengar tak permainan jan jan jala ni?
kredit: google image |
Untuk bermain permainan tradisional jan jan jala ni memerlukan lebih dari empat orang.Lagi ramai lagi meriah.Selalunya ini permainan tradisional budak-budak perempuan. Setelah sepakat memilih dua orang ketua, kedua-dua ketua akan berbisik mendapatkan kata kunci rahsia yang mewakili kumpulan masing-masing supaya tidak di dengari ahli pemain yang lain.Biasanya kami menggunakan nama bunga atau buah.Contohnya si A akan memilih buah mawar dan si B memilih bunga Cempaka sebagai kata kunci rahsia.
Kemudian kedua-dua ketua akan meregangkan tangan dan memberi laluan kepada ahli-ahli permainan untuk melalui di bawahnya.Sambil itu kedua-dua ketua akan menyanyikan lagu jan jan jala sehingga tamat.Apabila habis sahaja lagu jan jan jala, ahli yang terperangkap didalam regangan akan dibawa jauh dan ditanya sama ada hendak bunga mawar atau bunga cempaka. Jika memilih bunga mawar, ahli tersebut milik ketua A.
Begitulah proses seterusnya sehinggalah ke peserta terakhir.Kumpulan yang memiliki ahli yang paling ramai di kira pemenang.Ha ha.. bukan dapat hadiah apa pun, namun itulah kegembiraan kami bermain.Kerana pada waktu itu,hanya inilah antara permainan yang ada.Semua permainan tradisional ini meninggalkan nostalgia yang amat indah dalam catatan perjalanan hidup ana.Masih segar di ingatan.
Masih ana ingati bait-bait lagu dari permainan tradisional jan jan jala ini.Baris lirinya pendek sahaja.Jom ana imbas kembali.
Lagu Jan Jan Jala:
Jan jan jala
Jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil
Seratus lima puluh
Singgah dayang singgah
Makan sireh mulut merah
Wah nostalgia pula perkongsian ana kali ini.Jika yang terbaca entri kali ini seusia ana atau lebih senior dari ana, pasti tahu dan pernah bermain permainan tradisional jan jan jala ini kan.Kini tiada lagi kelihatan anak-anak bermain sebegini. Segalanya sudah tidak relevan lagi bagi mereka.Yang tinggal kenangan silam yang menggamit seribu satu kisah indah mengiringi perjalanan usia.
~berkongsi kisah silam disini~
29 Comments
Bestkan masa kanak-kanak...riang gembira bermain.
ReplyDeletekan azie, tahu seronok je masa tu :)
DeleteAnak anak sekarang tahu tak permainan ini
Deletejom ajak cik puteri main nak aRz :)
DeleteSangat2 Nostalgia la kak ana...ya allah rindunya zaman kanak2
ReplyDeletebetul SA, kenangan mengusik jiwa kan :)
DeleteDah lama tak main, zaman sekarang kanak-kanak men game di gadjet
Deletetu lah dah jadi klasik dah permainan sebegini :)
Deleteanak2 sekarang mmg tak main dah nih..
ReplyDeletebetul DD tak pandai mereka main sebegini sekarang.
Deleterindu zaman kanak-kanak...budak sekarang xreti dah main ni..sobs!
ReplyDeletekan ami, sesekali kita teringat zaman kanak-kanak yang penuh keceriaan.
DeleteZaman Sha pun masih lagi main game ni. Budak-budak zaman millenia je yang tak tau, ekeke =D
ReplyDeletesempat ye Sha main permainan cam ni..hihi :)
Deleteeh macam lupa pula ini permainan jan jan jala ye namanya..
ReplyDeletesaya ingatkan "jan jan jala..keladi we we.."
kalau saya tak silap permainan ni "jambatn sudah roboh..sudah roboh.."
lain tempat lain kut Mar panggilannya hihi :)
DeleteAda juga yang guna jambatan roboh
Deletetu lah lain tempat lain panggilannya :)
Deletewow #throwback. best main ni! ahhaha
ReplyDeleteZaman kc ada main lagi ka
DeleteKC pernah main ye, best kan main dengan kawan2..adalah tu aRz hihi :)
DeleteDari mana agaknya datang lagu ni kan kak ana
ReplyDeletekan aRz, lirik pun tak faham maksudnya tapi hafal sampai laa hehe :)
Deletenostalgia betul permainan ni..main masa berkumpul dengan sepupu time cuti sekolah..
ReplyDeletekan CP, salah satu aktiviti ketika zaman kanak-kanak suatu masa dahulu.
Deleteharuslaaaa penah main hehehe.. tapi anak2 buah CT skrang pun ada main jugak sesama diorang.. tak tahula mana belajar..
ReplyDeleteada juga ye Siti, eloklah sesekali bermain aktiviti luar selain dari mengadap gadjet je kan :)
Deletewah, syoknya permainan jan jan jala ni. hahaha siap ada lagu lagi. boleh la nnti syorkan permainan ni kalau ada xtvt di apartment
ReplyDeletenanti amy share ye nak tengok macam mana amy main dengan geng2 haha :)
Delete