Nasi Ayam Royal di Teluk Intan


Nama bukan main lagi tu, nasi ayam royal nasi ayam dirajalah kan. Erm itulah yang digelar oleh penduduk sekitar bandar Teluk Intan. Ana pun pertama kali juga mencuba nasi ayam royal ni. Ketika balik ke Teluk Intan minggu lepas untuk menghantar kak long balik ke kampus, memandangkan rumah mak dalam proses ubah suai kami singgah makan tengahari ke sini dahulu. Banyak gerai tidak dibuka hari itu, dan salah satu kedai yang beroperasi ialah gerai nasi ayam royal ni.Rezeki kamilah menikmati hidangan nasi ayam royal disini.



Nampak tak kelainan pada hidangan nasi ayam ni? Kelainannya dari nasi ayam biasa yang kita makan ialah dari segi sosnya.Nasi ayam royal di Teluk Intan ini, terhidang dengan dua pilihan sos iaitu sos mushroom dan sos black pepper atau sos lada hitam.Adunan sos pekat dan sedap di satukan bersama ayam goreng yang rangup.Memang unik dan lazat.Patutlah mendapat gelaran nasi ayam royal di Teluk Intan ni. Harga untuk satu set nasi ayam royal ini ialah RM 5.50 kalau tak salah ana.Lupa pula nak catatkan harganya.




Selain dari nasi ayam royal, gerai ini juga ada menyediakan menu-menu sampingan seperti char kuew tiaw, mee goreng, mihun goreng dan lain-lain menu panas.Kami juga memesan sepinggan char kuew tiaw dengan harga RM 4 sahaja.Agak sedap juga adunan rasanya dihidangkan bersama dua ekor udang sederhana besar.


Lokasi gerai nasi ayam royal di Teluk Intan ini terletak di medan selera bersebelahan Mini Stadium Padang Speedy, Teluk Intan. Gerai no 27 bernama Gerai Warisan Makcik Yam seperti di dalam foto di atas.Andai kata berada di bandar Teluk Intan yang memang terkenal dengan pelbagai juadah yang enak-enak ni, jangan lupa singgah menikmati hidangan nasi ayam royal disini.Antara tempat-tempat makan yang sedap di sekitar Teluk Intan yang pernah ana kongsikan ialah Mee Rebus Mastan Ghani di SINI , mee jawa Padang Speedy di SINI  dan Bandung Tarik Teluk Intan di SINI .

In Shaa Allah akan ana cuba berkongsi pelbagai lagi menu-menu lazat yang ada di sekitar bandar kesayangan dan tempat kelahiran ana di masa-masa akan datang.


30 Comments

  1. lama tak pegi teluk intan, last masa singgah lepas hantar adik ke uitm seri iskandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom CN makan angin Teluk Intan lagi sekali :)

      Delete
  2. macam sos chicken chop plak kan..mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sal, sos dia sepesel sikit ,lain dari kebiasaan :)

      Delete
  3. buleh pegi ni kalau lalu teluk intan.. cari kak ana suruh belanja..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cikgu, bisa aja kak ana belanja nak2 time bulan Ramadan di kan hihi :)

      Delete
  4. mesti lain rasanya drpd nasi ayam biasa kan...sedap tu ...lama dh x ke teluk intan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bezanya dari rasa sosnya paridah, selalu ke datang Teluk Intan ni :)

      Delete
  5. saya kerap ke bagan datok sesekali jengah juga teluk intan . mungkin blh cari nanti . nak gak merasa . mcm sedap je gitu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm CM bolehlah kalau ke bagan datoh singgah2 ke teluk intan, di gerai medan selera paang speedy sahaja lokasinya :)

      Delete
  6. Kelainan sosnya tu buat terasa mahu mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC kelainannya dari segi sos sahaja kan

      Delete
  7. Iya kan..sosnya bukan cili yang biasa tu, nampak seakan sos chicken chop lah pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak mala, rasa pun ala-ala gravy chicken chop gak lah :)

      Delete
  8. sedapnya nmpk nasi ayam tu..lain dari yg lain..

    ReplyDelete
  9. nampak gambar macam lain dari nasi ayam yang lain..rasanya pulak macam mana? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak ME, ala-ala chicken chop gitu hihi :)

      Delete
  10. hye. salam perkenalan org teluk intan.. lamanya x makan nasi ayam royal ni. kalau makan mesti minta 2 sos

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Hanie, wah teman sekampung kita ye, selalulah makan sini agaknya :)

      Delete
  11. Replies
    1. haah cubalah Eny, kalau balik Kg Bahagia nanti hihi :)

      Delete
  12. kak ana kedai sebelah pun sedap gak. tp dia buka dr pagi sampai pkl 1 tghari. nasi ayam royal tak try lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO ye ke Efa, patut tak buka masa kak ana pi sana tu, nasi ayam gak ke ?hihi

      Delete
  13. Lama dah tak makan char kwew tiew....nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. haha samalah masuk blog SA nampak makanan je dah terliuq dah kan :)

      Delete