Nasi Ayam Royal di Teluk Intan


Nama bukan main lagi tu, nasi ayam royal nasi ayam dirajalah kan. Erm itulah yang digelar oleh penduduk sekitar bandar Teluk Intan. Ana pun pertama kali juga mencuba nasi ayam royal ni. Ketika balik ke Teluk Intan minggu lepas untuk menghantar kak long balik ke kampus, memandangkan rumah mak dalam proses ubah suai kami singgah makan tengahari ke sini dahulu. Banyak gerai tidak dibuka hari itu, dan salah satu kedai yang beroperasi ialah gerai nasi ayam royal ni.Rezeki kamilah menikmati hidangan nasi ayam royal disini.



Nampak tak kelainan pada hidangan nasi ayam ni? Kelainannya dari nasi ayam biasa yang kita makan ialah dari segi sosnya.Nasi ayam royal di Teluk Intan ini, terhidang dengan dua pilihan sos iaitu sos mushroom dan sos black pepper atau sos lada hitam.Adunan sos pekat dan sedap di satukan bersama ayam goreng yang rangup.Memang unik dan lazat.Patutlah mendapat gelaran nasi ayam royal di Teluk Intan ni. Harga untuk satu set nasi ayam royal ini ialah RM 5.50 kalau tak salah ana.Lupa pula nak catatkan harganya.




Selain dari nasi ayam royal, gerai ini juga ada menyediakan menu-menu sampingan seperti char kuew tiaw, mee goreng, mihun goreng dan lain-lain menu panas.Kami juga memesan sepinggan char kuew tiaw dengan harga RM 4 sahaja.Agak sedap juga adunan rasanya dihidangkan bersama dua ekor udang sederhana besar.


Lokasi gerai nasi ayam royal di Teluk Intan ini terletak di medan selera bersebelahan Mini Stadium Padang Speedy, Teluk Intan. Gerai no 27 bernama Gerai Warisan Makcik Yam seperti di dalam foto di atas.Andai kata berada di bandar Teluk Intan yang memang terkenal dengan pelbagai juadah yang enak-enak ni, jangan lupa singgah menikmati hidangan nasi ayam royal disini.Antara tempat-tempat makan yang sedap di sekitar Teluk Intan yang pernah ana kongsikan ialah Mee Rebus Mastan Ghani di SINI , mee jawa Padang Speedy di SINI  dan Bandung Tarik Teluk Intan di SINI .

In Shaa Allah akan ana cuba berkongsi pelbagai lagi menu-menu lazat yang ada di sekitar bandar kesayangan dan tempat kelahiran ana di masa-masa akan datang.