Piring Lama dan Antik 


piring motif naga

Sekarang rasa macam berminat nak mulakan koleksi baru pula sebagai hobi baru ana iaitu mengumpul pinggan mangkuk lama.Pinggan mangkuk sahaja sebab kalau barang antik ni skopnya lebih luas dan tak kena pula dengan tema hiasan rumah yang lebih kontemporari Melayu dan moden.Jadi ana mulakan dengan mengambil beberapa biji piring lama dari rumah mak dan wancu di kampung ,Teluk Intan sempena cuti Hari Raya Haji yang lalu.Lepas ni boleh lah sambung membelinya di kedai-kedai yang menjual koleksi pinggan mangkuk lama,In Shaa Allah.

Banyak sebenarnya masih tersimpan di kampung dan kebanyakkannya masih digunakan.Sebab itu ana hanya mengambil setiap satu sahaja sebagai koleksi permulaan pinggan mangkuk lama ni.Idea asal hanya untuk digunakan sebagai props untuk entri resepi di blog anajingga.com . Tapi rasa sayang pula lama-kelamaan ia bakal pecah dan hilang dek arus kemodenan masa.Jadi ana ambil setiap satu dari koleksi yang ada dan mulakan hobi baru ni.Wah semangat ni..lama dah tak mulakan koleksi selain pasu-pasu, buku-buku dan fridge magnet yang dah sampai kiri-kanan peti ais comel tu.

Harap-harap ana bolehlah menambah koleksi pinggan mangkuk antik dan lama ni sedikit demi sedikit nanti, In Shaa Allah.Sebelum ini , ana pernah kongsikan beberapa gambar pinggan lama milik mak di kampung, Teluk Intan di SINI  . Bagi yang berminat nak melihatnya boleh klik link yang diberi. Sementara itu, ana kongsikan beberapa lagi rupa paras piring lama yang sempat ana minta dari mak sebagai koleksi permulaan.


piring corak naga

Dua buah piring dengan motif naga ni milik arwah ibu saudara ana yang mendapatkannya dari majikannya ketika berkhidmat di era pemerintahan British dahulu, sebelum kemerdekaan tanahair lagi..Terdapat juga dua buah teko antik dengan motif kepala naga sebagai set lengkap nya.Namun ia masih disimpan oleh ibu saudara ana sebagai kenang-kenangan mereka.Pernah juga ana kongsikannya di SINI 



  








Tujuh biji sahaja sebagai koleksi awal ana, In shaa Allah akan cuba menambahnya dari masa ke semasa dan akan ana kongsikan semula di laman kesayangan ana ni nanti.All the best to me haha :) 

28 Comments

  1. Replies
    1. tu lah EN tiba-tiba kak ana rasa nak mula mengumpulkannya semula :)

      Delete
  2. pinggan2 lama mcm ni dah mula keluar balik kan? ada kenangan tersendiri ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Nor Eliyana, pasti ada tersimpan kenang-kenangan disebaliknya. :)

      Delete
  3. Dulu ade laa koleksi pinggan lama ni..lps bnjir tak tau dok mne dh..uhukkk

    ReplyDelete
  4. yg bunga kelabu tu penah gak guna masa duduk rmh nenek..skrg ntah mana..yg lain2 tu xpnh tgk..mmg antik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ye ummul kat rumah nenek.. erm memang lama dah pingan mangkuk corak-corak macam ni kan :)

      Delete
  5. Moga kak ana istiqhomah ye..dulu kat rumah arwah nenek PC banyak kak tapi sayangnya tak dijaga..pecah semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PC, sayang sangat bila seua yang lama ni bakal hilang begitu sahaja nanti.

      Delete
  6. cantik sgt... akak pun suka pinggang mangkuk antik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan Sheila Adziz, sayang kalau tak disimpan dengan baik nanti :)

      Delete
  7. Kat rumah Zumal pun banyak juga pinggan lama yang tak ada warna tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinggan kaca ke Zumal yang tak ada warna tu :) simpan elok2 tau dah makin rare sekarang ni,

      Delete
  8. Terbaiklah Ana....mmg antik, gambar dragon pun ada huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Linda, hat dragon tu paling rare kan :)

      Delete
  9. Siapa tau harganya nanti beribu atau berjuta..huhu

    ReplyDelete
  10. cantik..

    macam arwah tok punya pinggan...

    sekarang, tak tau pi mana dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan Zaf bila dah hilang macam tu sahaja kan :)

      Delete
  11. pinggan yang last tu dulu rumah arwah tok opah kat kuala ada banyak. sekarang memang payah nak jumpa. lagi satu pinggan antik ni kualiti dia tahan. cukup susah nak pecah atau sumbing kan

    ReplyDelete
  12. Salam, wahh bagus hobinya nih...pinggan yg ke-3,4 dan yg last tu mmg nostalgia..sy panggil pinggan rumah nenek, haha sbb rumah nenek je yg ade pinggan lama tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak mula hobi baru ni Lynn semoga terus sukses untuk kak ana hihi :)

      Delete
  13. Kak ana ni mcm hubby laya gak..dia suka gak kumpul barang2 lama macam pinggan gini

    ReplyDelete
  14. Nak beli msti harganya mahal kn?nk ade 1 yg cap naga utk koleksi sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Khai Shila, semoga dapat memilikinya nanti :)

      Delete