Piring Lama dan Antik 


piring motif naga

Sekarang rasa macam berminat nak mulakan koleksi baru pula sebagai hobi baru ana iaitu mengumpul pinggan mangkuk lama.Pinggan mangkuk sahaja sebab kalau barang antik ni skopnya lebih luas dan tak kena pula dengan tema hiasan rumah yang lebih kontemporari Melayu dan moden.Jadi ana mulakan dengan mengambil beberapa biji piring lama dari rumah mak dan wancu di kampung ,Teluk Intan sempena cuti Hari Raya Haji yang lalu.Lepas ni boleh lah sambung membelinya di kedai-kedai yang menjual koleksi pinggan mangkuk lama,In Shaa Allah.

Banyak sebenarnya masih tersimpan di kampung dan kebanyakkannya masih digunakan.Sebab itu ana hanya mengambil setiap satu sahaja sebagai koleksi permulaan pinggan mangkuk lama ni.Idea asal hanya untuk digunakan sebagai props untuk entri resepi di blog anajingga.com . Tapi rasa sayang pula lama-kelamaan ia bakal pecah dan hilang dek arus kemodenan masa.Jadi ana ambil setiap satu dari koleksi yang ada dan mulakan hobi baru ni.Wah semangat ni..lama dah tak mulakan koleksi selain pasu-pasu, buku-buku dan fridge magnet yang dah sampai kiri-kanan peti ais comel tu.

Harap-harap ana bolehlah menambah koleksi pinggan mangkuk antik dan lama ni sedikit demi sedikit nanti, In Shaa Allah.Sebelum ini , ana pernah kongsikan beberapa gambar pinggan lama milik mak di kampung, Teluk Intan di SINI  . Bagi yang berminat nak melihatnya boleh klik link yang diberi. Sementara itu, ana kongsikan beberapa lagi rupa paras piring lama yang sempat ana minta dari mak sebagai koleksi permulaan.


piring corak naga

Dua buah piring dengan motif naga ni milik arwah ibu saudara ana yang mendapatkannya dari majikannya ketika berkhidmat di era pemerintahan British dahulu, sebelum kemerdekaan tanahair lagi..Terdapat juga dua buah teko antik dengan motif kepala naga sebagai set lengkap nya.Namun ia masih disimpan oleh ibu saudara ana sebagai kenang-kenangan mereka.Pernah juga ana kongsikannya di SINI 



  








Tujuh biji sahaja sebagai koleksi awal ana, In shaa Allah akan cuba menambahnya dari masa ke semasa dan akan ana kongsikan semula di laman kesayangan ana ni nanti.All the best to me haha :)