Sejauh Mana Kemahiran Jawi Anda
Baru-baru ni ana dan keluarga singgah ke Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan balik dari satu majlis perkahwinan. Dah alang-alang lalu kawasan tu, singgah bergambar seketika untuk satu projek EFG nanti.Bila berada di bawah monumen Tugu Negara yang tersergam indah tu, terpandang satu tulisan dalam huruf jawi terukir di kaki tugu.Ana menduga adik Ika untuk membacanya dan Alhamdulillah adik lancar membaca tulisan jawi.Ana juga masih boleh membaca dengan lancar tulisan jawi sehingga hari ini, cuma bila mengeja atau menulis sudah tidak begitu bagus.Mungkin kerana sudah lama tidak mempraktikkannya kerana terlalu leka dengan keyboard dan keypad.
Tulisan Jawi semakin dipinggirkan
Terkenang semula ketika era 1980-an ketika ana di bangku sekolah rendah, walaupun aliran Inggeris kami belajar mata pelajaran Jawi. Malahan lebih unik di mana murid-murid bukan Melayu juga turut serta dalam kelas tersebut. Ketika itu lah mula mengenal huruf-huruf jawi, mengeja dan membacanya. Ana tak pasti tentang sistem pembelanjaran sekarang adakah masih ada kelas-kelas pelajaran jawi ni.
foto: Google Image |
Huruf jawi bermula dengan alif, baa,taa sama dengan bacaan untuk mengaji Al-Quran.Siapa yang pandai mengaji ana rasa pasti boleh membaca tulisan Jawi dengan fasih kan.Kerana itulah dahulu, mak akan merotan kami jika malas pergi mengaji Al-Quran kerana katanya, esok dah ada anak-anak baru menyesal kalau tak tamat mengaji.Memang benar, adalah satu kerugian apabila kita tidak pandai mengaji atau membaca dan menulis dalam huruf Jawi kerana ia sebagai lambang tulisan Melayu suatu ketika dahulu.Jika orang Cina mempunyai huruf-huruf mereka sendiri begitu juga kaum Indian, kita orang Melayu seharusnya berbangga dengan tulisan Jawi kita.Namun di era kemajuan teknologi masa kini, tulisan Jawi seolah-olah sudah jauh terpinggir.
Akhbar Utusan Melayu (kredit foto: Google Image) |
Ana masih ingat, dahulu adanya surat khabar Utusan Melayu yang dicetak dalam tulisan Jawi.Arwah Tok akan membelinya setiap hari dan kami merangkak-rangkak mengeja untuk membacanya.Masih ana ingati juga salah seorang kawan arwah Tok yang berbangsa Cina, mahir membaca surat khabar Utusan Melayu ni.
kredit foto: Google Image |
Rasanya pihak-pihak berwajib perlu mengambil beberapa inisiatif untuk memartabatkan semula tulisan Jawi dari terus terpinggir dek arus kemodenan.Contoh nya perbanyakkan papan tanda dengan penggunaan tulisan Jawi berserta tulisan rumi.Semasa ana bercuti di Kuala Trengganu suatu masa dahulu, ana rasa sangat teruja dan bangga kerana disekitar bandarnya kebanyakkan premis dan papan-papan tanda menggunakan tulisan Jawi.Rasanya di Kelantan juga sedemikian barangkali kerana ana belum pernah menjejak kaki ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni.
Apa kata sesekali kita uji minda kita membaca semula tulisan atau naskah-naskah dalam bentuk tulisan Jawi. Lihat sama ada kita masih fasih atau tidak?Begitu juga dengan anak-anak kita.Semoga ada usaha-usaha murni yang dijalankan oleh mana-mana pihak untuk memartabatkan semula tulisan Jawi di tanahair kita.
In Shaa Allah.
22 Comments
Betul la ana...kita kena memartabatkan bahasa jawi..tulisan jawi..tambahan sekarang ejaan jawi dah dibaharuikan..
ReplyDeleteye kan PC kalau bukan kita siapa lagi untuk menyampaikan kepada generasi akan datang :)
DeleteAsalam ada dlam list blog blog anda..
ReplyDeleteSaya tak berapa penulisan jawi banyak salah eja. Masa di Kampus perguruan baru ada Etuza belajar banyak menulis jawi dan mengaeang serta translate jawi ke melayu..so x berapa mahir hingga kini. Kena belajar ..anak2 Etuza pandai..sebab semua mereka di aliran menegah agama dari ting 1 hingga ting 5
Alhamdulillah seronok rasa bila anak-anak kita mahir kan Etuza, terima kasih sudi membloglist kan anajingga.com di sana. :)
DeleteSalam Kak Ana,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya masih boleh baca & menulis tulisan jawi, tapi lama tak dipraktikkan.. Tulisan jawi akan hilang kalau terus dipinggirkan.. Betul kata PC, sejak dibaharui sepatutnya diketengahkan lagi..
Alhamdulillah LZ, oo diperbaharui ye, kak ana tak update pula tentang hal ni,semoga terus diketengahkan nanti .
Deleteayah akak dulu2 beli UtusanMelayu...sbg cara 'memaksa' anak2 belajar dan memahirkan bahasa jawi..
ReplyDeleteye kak arwah tok ana sahaja dahulu yang sempat bersama ana menggunakan akhbar utusan melayu ni, lepas tu dah tak kelihatan lagi,
Deletelemah skt...tu yg sedih sangat tu...huhuhu...
ReplyDeleteSham, kak ana pun tak mahir tapi boleh lah perlahan-lahan membaca cuma penulisan agak lemah salah ejaan :)
Deletesince kecik, muja suka je tulis jawi. alhamdulillah boleh kata lancar jugaklah baca tulisan jawi ni. tapi lepas dah tinggal sekolah, rasa macam tumpul skill tu. mmm
ReplyDeleteAlhamdulillah Muja mahir dengan tulisan jawi :)
DeleteSalam, Alhamdulillah sy reti baca jawi, sbb pegi skolah agama..yg gambar 1st tu, susah benau nak bace sbb jawi dia pelik betul...stuck bahagian paling last..rupa2nya dia tulis kebebasan...igtkan ape lah tadi..haha
ReplyDeletehaha Lynn cuba membaca yang pada tugu negara tu ye hihi :)
DeleteMasih boleh baca jawi cuma sekarang kan banyak bahasa inggeris yang dijawikan, itu kadang2 rasa tersekat-sekat nak baca..
ReplyDeleteOo ada juga ye Kak Mala..erm payah gak nak menyebutnya tu kan :)
DeleteInshaaAllah dapat lagi membaca jawi walaupun ad sesetengah perkataan yg baru... :D salam kenal kak ana
ReplyDeletealhamdulillah IY :) salam kenal
Deletealhamdulillah masih boleh membaca jawi walaupun tidak lancar sangat
ReplyDeleteAlhamdulillah Khaty :)
Delete> Namun di era kemajuan teknologi masa kini, tulisan Jawi seolah-olah sudah jauh terpinggir.
ReplyDelete@ Membandingkan dengan Rumi,
1. Jawi lebih indah, lebih mudah @ lebih menarik.
Huruf Rumi = a+A+b+B+d+D+e+E+gG+h+H+q+Q+r+R = 26x2 = 52 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Jawi = Sahaja 19 bentuk yang manis @ Tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum: Hanya ekor-ekor huruf perubahan seperti yang ditunjukkan di sini
http://typophile.com/files/QB.pdf
Tetapi kebanyakan orang Melayu tidak mengetahui.
Rumi diambil, Jawi tak dihapus. Masa akan menentukannya.
http://typophile.com/files/Silang%20Kata%20Kelopak_0.pdf
Semoga Bermanfaat & Selamat Maju Jaya
perkongsian yang menarik AzizMostafa :) terima kasih.
Delete