Sehari dua ni memang buntu mengadap monitor komputer di rumah, mencari idea untuk menulis entri yang baik untuk di kongsikan bersama pembaca anajingga.com. Allahu Akbar..tercari-cari sumber yang baik-baik untuk di kongsikan bersama namun masih belum ada yang berjaya diterbitkan. Ramai yang berkisah tentang jerebu, wabak kepialu, belanjawan negara dan sebagainya.Menarik untuk di baca dan boleh menambah pengetahuan.

Ana.... tiada langsung cetusan idea yang singgah di minda untuk di coretkan di arena ini. Sayang sangat rasanya kerana telah di beri peluang berada di bloglist Sifu Blogger Hasrul Hassan namun entri yang baik tak dapat diterbitkan dan berebut untuk berada di carta top ten Bloglist beliau sekurang-kurangnya sehari sekali.


Pernah tak terjadi sebegini pada rakan blogger sekalian ? Hari tanpa entri , tiada idea langsung untuk menulis, apa yang kalian lakukan? Ana rasa pasti satu langkah yang biasa kita buat ialah entri wordless, mudah kan, tampalkan sahaja sekeping gambar, paling tidak kata-kata motivasi. Siap terbit sebuah entri. Tapi tak kan hari-hari wordless, bosan juga pengunjung blog dan yang ketara UV dan trafik merundum hari itu. Sedihkan...

Selain itu, kongsikan resepi masakan, apa yang kita masak hari ini, boleh sahaja jadi bahan entri.Tapi hari ni masak tak ada yang special pula, biasa-biasa sahaja menu sarapan dengan roti boom, tengahari ikan goreng masak kicap, sayur lemak kobis sahaja, petang pula biskut cicah kopi O...Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Akhirnya tak ada juga entri resepi untuk hari ini.

Ada blogger yang rajin buat entri kisah anak-anak mereka.Seronok baca, tapi anak-anak ana dah remaja dua-duanya, tak manis nak berkongsi aktiviti harian mereka.Tambahan pula masing-masing berada di dalam rumah kerana cuaca yang tidak mengizinkan sejak dua menjak ni.Adik sibuk dengan ulangkaji pelajaran. "Ada hikmahnya cuti jerebu ni ibu," katakanya.Dapat adik sambung ulangkaji di rumah sebelum peperiksaan akhir tahun yang tertangguh ni dijalankan semula.Alhamdulillah ,dia ambil yang positif dari apa yang terjadi hari ini.

Dan akhirnya inilah entri yang dapat ana terbitkan petang Khamis, 9 Muharam 1437H ni. Entri tentang apa yang ana rasakan saat ini.Menulis dari hati. Tiada perkongsian sekadar meluah rasa.Waallhu a'lam.