Sehari dua ni memang buntu mengadap monitor komputer di rumah, mencari idea untuk menulis entri yang baik untuk di kongsikan bersama pembaca anajingga.com. Allahu Akbar..tercari-cari sumber yang baik-baik untuk di kongsikan bersama namun masih belum ada yang berjaya diterbitkan. Ramai yang berkisah tentang jerebu, wabak kepialu, belanjawan negara dan sebagainya.Menarik untuk di baca dan boleh menambah pengetahuan.

Ana.... tiada langsung cetusan idea yang singgah di minda untuk di coretkan di arena ini. Sayang sangat rasanya kerana telah di beri peluang berada di bloglist Sifu Blogger Hasrul Hassan namun entri yang baik tak dapat diterbitkan dan berebut untuk berada di carta top ten Bloglist beliau sekurang-kurangnya sehari sekali.


Pernah tak terjadi sebegini pada rakan blogger sekalian ? Hari tanpa entri , tiada idea langsung untuk menulis, apa yang kalian lakukan? Ana rasa pasti satu langkah yang biasa kita buat ialah entri wordless, mudah kan, tampalkan sahaja sekeping gambar, paling tidak kata-kata motivasi. Siap terbit sebuah entri. Tapi tak kan hari-hari wordless, bosan juga pengunjung blog dan yang ketara UV dan trafik merundum hari itu. Sedihkan...

Selain itu, kongsikan resepi masakan, apa yang kita masak hari ini, boleh sahaja jadi bahan entri.Tapi hari ni masak tak ada yang special pula, biasa-biasa sahaja menu sarapan dengan roti boom, tengahari ikan goreng masak kicap, sayur lemak kobis sahaja, petang pula biskut cicah kopi O...Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Akhirnya tak ada juga entri resepi untuk hari ini.

Ada blogger yang rajin buat entri kisah anak-anak mereka.Seronok baca, tapi anak-anak ana dah remaja dua-duanya, tak manis nak berkongsi aktiviti harian mereka.Tambahan pula masing-masing berada di dalam rumah kerana cuaca yang tidak mengizinkan sejak dua menjak ni.Adik sibuk dengan ulangkaji pelajaran. "Ada hikmahnya cuti jerebu ni ibu," katakanya.Dapat adik sambung ulangkaji di rumah sebelum peperiksaan akhir tahun yang tertangguh ni dijalankan semula.Alhamdulillah ,dia ambil yang positif dari apa yang terjadi hari ini.

Dan akhirnya inilah entri yang dapat ana terbitkan petang Khamis, 9 Muharam 1437H ni. Entri tentang apa yang ana rasakan saat ini.Menulis dari hati. Tiada perkongsian sekadar meluah rasa.Waallhu a'lam.

34 Comments

  1. Dah dapat 1 entry kak ana...hehe...

    ReplyDelete
  2. biasa rasa gitu ana....dunwarry...kipidap!!!
    Luahan juga satu entry yang bagus...

    ReplyDelete
  3. sering berdepan dgn masalah tu jugak
    especially bila nak bercuti 2-3 minggu
    nak buat autopublish tp xde idea
    bergelar ibu baru mcm yumida ni, teringin nak tahu perkembangan bayi. blh x akak share tentang perkembangan bayi dari umur sebulan hingga 12 bulan. part mula meniarap, merangkak, belajar berjalan, part start air liur baby mula keluar, kalau akak masih ingat lagi la. blh share kat blog. pengetahuan yumida zero sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Yumida, kak ana dah tak ingat sangat pasal perkembangan baby ni, lama dah lalui zaman tu, anak-anak kak ana dah besar2 Yumida, In shaa Allah banyak perkongsian dari mama blogger kita yang lain di alam maya ni yang dapat membantu Yumida mudah-mudahan. terima kasih atas idea ye.. maaf sangat-sangat dik .

      Delete
  4. kalau saya, buntu takda idea, saya cari idea dekat top search google. Tengok apa yang trending, lepas tu buat cerita.

    lagi 1, saya tengok dekat blog top blogger malaysia. Apa yang mereka kongsikan di blog, dari situ saya boleh dapat idea untuk cerita dekat blog ceritaejoy. Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ejoy bantu kak ana hari ni, in shaa allah kak ana cuba cara ejoy ye.. :)

      Delete
  5. CM sentiasa ada idea tapi masa yang tak mengizinkan. Kekadang wifi bagus..baru-baru ni mertua datang ke rumah jadi perhatian penuh pada mereka berdua, cuti le mengadap lappy.. tapi memang respek le pada kawan-kawan yang boleh menulis setiap hari. Cayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CM dulu ka mana yang wajib kan :)

      Delete
  6. akhirnya, siap jugak satu entri kak ana yang ini... ehehehe..

    ReplyDelete
  7. hahaha hadui comel ..tambah2 lagi lah Etuza kan suka cat ni..lawa lah anaJ

    ReplyDelete
  8. nanti doa ya..lihat alam semulajadi, lihat karenah masyarakat, haha TV tu nonton dapat lah idea juga..jika macam Etuza ada ja idea tapi malas tu yang tak larat nak usir..kekadang layan..berbulan lah tak ada entri ..lagi terukkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah etuza.. terima kasih berkongsi idea :)

      Delete
  9. Replies
    1. alolo sayang adik manis leyla ni...nanti kita wassup2 ye sayang, jaga diri baik2 ye dan semoga sukses dalam study :) miss you too sweetheart .

      Delete
  10. takde takde idea pun dah dapat satu entry..hehehehe kreatif!

    Salam Jumaat Kak Ana... :D

    ReplyDelete
  11. Lissa pun selalu macam tu.. buka blog, buka new post, taip-taip... pastu padam, tak jadi publish.. hehe tapi kira hebatlah akak, entry tak ada idea pun dah jadi entry. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Lisa, ni namanya super spontan punya entri :)

      Delete
  12. Kadang kadang memang kekeringan idea nak menaip entri :D

    ReplyDelete
  13. Cikla pulak ada masanya mmg idea dtg tp masa nk menaip pulak xde... bila free time, buntu pulak dah... haha... mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana perhatikan cik La memang rajin update blog, sehari dua tiga entri sekarang ni, hebat sangat , kipidap cikLa :)

      Delete
  14. Replies
    1. erm tahulah Linda nak kata kucing tu yang comel kan hihi :)

      Delete
  15. salam weekend mak ana tuu ;p

    ReplyDelete
  16. Ini la namanya coretan idea kosong menjadi idea yang boleh dikongsikan bersama pembaca..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh lah kan SP dari terbiar sepi gituu :)

      Delete
  17. Sama mcm ummul..kdh otak blank...xde idea.bile ada idea cm xtahu nk mulaakn dr mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ummul, nak kreatifkan tu yang payah kadang-kadang kita ni :)

      Delete