Rumah Tradisional Melayu 


Ana sangat sayang dan kagum dengan apa sahaja elemen tradisional Melayu lama ni.Ia satu keistimewaan buat kita orang-orang Melayu yang kaya dengan pelbagai tradisi dari segi pakaian, makanan, seni bina, budaya dan adat serta lain-lain lagi yang merangkumi pelbagai etnik dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Salah satunya ialah keunikan dan keindahan senibina rumah tradisional Melayu yang semakin hari kian hilang di telan arus permodenan.

Kalau ada pun cuma di galeri-galeri pameran atau muzium-muzium tempatan dan paling tidak pun terdapat di kawasan kampung-kampung Melayu seperti di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan jika di Perak ni, kebanyakkannya ana jumpa di Kuala Kangsar, Bota, Kampung Gajah dan sebagainya.Di Teluk Intan sendiri sudah tidak lagi kelihatan rumah-rumah tradisional Melayu, dan rumah arwah Tok sendiri sudah tinggal separuh yang tradisional dari papan kerana di bahagian dapur telah diubah suai kerana telah uzur.Maklumlah rumah pusaka sebelum Merdeka lagi usianya.






Istana Satu


Ketika berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini, yang sangat menarik perhatian ana ketika itu ialah senibina rumah tradisional Melayu yang ada pada Istana Satu yang terletak di hadapan pintu masuk ke muzium. Sangat unik dan menarik bercirikan elemen Melayu lama.Jom kita lihat apa yang sempat ana rakamkan untuk perkongsian disini.



Ukiran yang terdapat pada pemegang anak tangga untuk naik ke rumah ini sangat  cantik dan sudah jarang kita temui lagi.Berciri awan larat dengan motif tumbuhan rebung selalunya memberi inspirasi kepada pengukir yang gigih menghasilkan satu hiasan tradisional Melayu yang kian pupus ketika ini.Turut di jadikan penyeri anjung hadapan rumah-rumah Melayu suatu ketika dahulu.



Kemudian perhatikan pula pada dinding Istana Satu ini terdapat ukiran kayu yang sangat mempersona dengan motif bunga dan susunan pada dinding papan yang kemas dan unik.Tiang juga dipasak dengan kuat sebagai dasar rumah Melayu yang tinggi dan di alas batu di bawah setiap tiang rumah ini.Tidak kurang juga garapan pada tingkap-tingkap rumah tradisional Melayu yang luas dan terbuka untuk memberi pencahayaan ke dalam rumah.




Ruang dalaman Istana Satu



Seni bina tangga batu juga salah satu elemen rumah tradisional Melayu khasnya di negeri Melaka. Bentuk tangga yang terbuka di katakan membawa maksud selamat datang kepada tetamu rumah.Ia kemudian dihias dengan ukiran atau susunan jubin pada sisi dan anak tangga.


Latar belakang Istana Satu yang terdapat di Muzium Negara,Kuala Lumpur.

Inilah sahaja perkongsian ana kali ini, mengenai keindahan seni bina rumah tradisional Melayu yang terdapat pada Istana Satu, di perkarangan Muzium Negara,Kuala Lumpur.Ana menulis berdasarkan pengalaman peribadi sahaja dan mungkin ada beberapa kesilapan di sini, harap dapat diperbetulkan.Sekadar berkongsi pengalaman dari sebuah catatan perjalanan.

38 Comments

  1. Cantik rumah tradisional ni, suka tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nani,kak ana pun suka tengok senibina rumah melayu ni.

      Delete
  2. Salam singgah petang ana....suka tengok rumah tradisional ni cantik dan berseni...

    ReplyDelete
  3. wah..kak ana elaborate gaya arkitek la..hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah...
    Rumah tradisional, memang cantek dan halus seni binanya... ada tu tak guna walau sebatang paku pun...

    Memang unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 3 Muharam buat Bonde, benar tu bonde ada yang tidak menggunakan sebarang paku dalam pembinaannya

      Delete
  5. saya pun suka dgn senibina rumah tradisional macam ni...

    ReplyDelete
  6. kak ana..kalau di beri pilihan kan..SA suka rumah tradisional macam ni...tp kos nak bina macam ni memang makan kos yang tinggi...cantik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, di negeri sembilan memang banyak dan unik sekali senibina rumah-rumah tradisional minangkabau ni kan.

      Delete
  7. seni bina rumah tradisional melayu memang banyak ukiran berunsurkan tumbuh tumbuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KY, itulah salah satu ciri keistimewaannya yang tersendiri .

      Delete
  8. Sangat unik ukiran kayu..kayu jati yang kukuh..terbaik perkongsian

    ReplyDelete
  9. cik en suka suasana rumah tradisonal cmni

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
    Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

    ReplyDelete
  10. Kak Ana.. Rumah kat Muzium Negara tu tak guna paku tau.. Dia pasak je.. Hebat kan..

    Kat Melaka banyak rumah tradisional yang dijaga dan dipelihara hingga kini. Cantik2 semuanya. Tapi paling mummy suka senibina kat Galeri Demang Abdul Ghani kat Merlimau, walaupun dah dicamput aduk sedikit unsur2 senibina negeri Johor. cantekk sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke mummy, terima kasih atas info. erm merlimau ye kak ana tak pernah sampai lagi, in shaa allah kalau ada rezeki teringin juga menjejak ke sana :)

      Delete
  11. Kalau la dapat bina sebuah rumah yang bercirikan tradisional..ada ukiran..ermm bestnya kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PC cuma kosnya memang jauh lebih mahal dari rumah biasa kan PC :)

      Delete
  12. ummul pun suka rumah tradisional..kalau ada peluang dan rezeki nak sangat bina rumah sebegini..seronoknya..mesti akan terkenangzmn kanak2 di rumah atuk nenek dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ummul, memang impian sangat nak ada rumah ciri tradisional ni :)

      Delete
  13. ya rumah melayu semakin pupus hasil dari harga kayu itu semakin mahal...
    ia perlu dipertahankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu arz, mahal harga kayu sekarang ni :)

      Delete
  14. cantiknya.. suka engok rumah kampung lama.. strukturnya sgt kukuh dan cantik..

    ReplyDelete
  15. Mmg cantik rumah tradisional Melayu... masa saya duduk di Melaka dulu, masih banyak juga rumah2 dgn senibina lama... mmg cantik sgt... istana lama sri menanti pun cantik binaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nora di Melaka masih banyak seni bina rumah tradisional dipelihara lagi, haah Istana Seri Menanti pernah kak ana lawati dan sangat kagum dengan seni binanya juga :)

      Delete
  16. Suka tengok reka bentuk rumah-rumah lama..
    Menarik dan membuatkan kita terasa seolah-olah berada di zaman dahulu kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, macam yang ada di taman mini malaysia melaka tu, semuanya cantik-cantik :)

      Delete
  17. rumah lama lebih nyaman dan bebas polusi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunjung balik
      http://agenjamkho.blogspot.co.id/
      http://www.fuadherbal.com/

      Delete
  18. kalau rumah lama dulu2 memang ada ukiran..rumah opah saya dulu pun ada ukiran kat tingkap dan dinding bilik..tapi sekarang mahal sebab tu tak ramai yang letak unsur ni dalam rumah..kalau letak pun sebagai hiasan je..kalau dulu pasang ukuran kayu ni sebab nak bagi angin masuk rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DR, sebagai sistem pengudaraan dan cahaya ke dalam rumah tradisional kan :)

      Delete
  19. Zumal dulu pernah tinggal di rumah kayu hasil tangan arwah tok wan sendiri tapi sayangnya rumah dibina atas tanah yang disewa jadi terpaksa jual pada tuan tanah kedaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan Zumal, tapi yelah dah takdirnya sebegitu..haha tuan tanah kedaun lain tuu :)

      Delete