Makanan Jepun Yang Sedap
Makanan Jepun Yang Sedap
Ana ni memang selera orang kampung, selera Melayu tulen. Namun bila berjalan dengan anak-anak ni yang suka makan menu-menu antarabangsa, jadi ana pun sukalah mencuba bersama mereka.Apatah lagi Adik Ika yang gemar makan makanan-makanan 'Doraemon' ni. Satu demi satu ana cuba dan Alhamdulillah kena juga dengan selera Melayu ana. Cuma sushi sahaja yang ana tak lalu nak telan. Mungkin sebab tak pernah rasa dan memang tak ada keinginan nak makan agaknya. Sambil berjalan di Aeon baru-baru ni bersama Adik Ika, kami mencuba dua lagi menu makanan Jepun di sini, iaitu Okonomiyaki dan Kakiage. Jenuh nak menyebutnya, siap Google ejaan takut tersalah eja pula.
Makanan ini bolehlah ana samakan dengan cucur, intinya ada yang diperbuat daripada udang, isi ketam, ayam dan sebagainya. Di goreng rangup dengan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, kacang buncis dan juga bawang besar atau bawang holland. Sedap juga di makan panas-panas. Ia salah satu dari tempura lah senang cerita. Lebih enak di makan dengan sos thai. Memang sedap, tak rugi jika ingin mencubanya.
Okonomiyaki
Selain Kakiage, petang itu kami juga mencuba Okonomiyaki. Yang ni memang sedap sebab rasanya lebih kurang Takoyaki. Cuma ia lebih banyak adunan batternya dan menurut Wikipedia, inti atau ramuannya adalah berbeza mengikut sesuatu daerah di Jepun. Ia di samakan seperti pankek cuma bahan toppingnya yang berbeza dan juga terdapat taburan Bonito Shaving. Dari segi rasa lebih kurang dengan Takoyaki juga cuma pada ana, takoyaki lebih memikat hati.
Ana pernah kongsikan kisah Takoyaki di SINI . Bagi yang ingin mencuba dua menu yang ana kongsikan disini boleh lah ke mana-mana cawangan Aeon berdekatan. Harganya amatlah berpatutan, untuk seketul Kakiage cuma berharga RM 3.50 manakala Okonomiyaki ni jika tak salah ana RM5.90. Tak berapa ingat pula harga yang tepat. Sekadar berkongsi pengalaman makan makanan Jepun yang sedap di www.anajingga.com .
34 Comments
Nampak macam sedap, tapi saya lebih suka sushi lagi, cuma yang sushi ikan salmon saja kurang menarik minat saya.. =D
ReplyDeletesedap Shikin, alahai kak ana sushi je yang fail nak telan hihi :)
DeleteMacam best je yang tempura tu...
ReplyDeletenanti nak cuba la.. takoyaki sha x berape boleh terima.. hehehe..
tempura tu memang sedap, garing.. haha takoyaki feveret kak ana Sha :)
Deletemacam-macam betul nama dia ya kak ana...yang saya selalu sebut hokage...tapi tu bukan makanan, tapi gelaran dalam cerita naruto hehe
ReplyDeletehihi naruto pun masuk gak ye..kak ana suka ninja boy si simbe yang comot tu haha :)
Deleteamboi kak ana...saya letak gambar kek dia letak kakiage
ReplyDeletekikiki..nak kek cokolat aRz tu jugakkk :)
DeleteAaaaaa sedapnyaaa :D
ReplyDeletenani nanti jjcm boleh lah try semua tu kat aeon je ni :)
Deletesedapnya semua
ReplyDeletesedap..garing2 je Raihanah :)
Deletebestnyaaa! lissa pernah rasa sshi dengan tokoyaki jek.. yang lain-lain tak pernah lagi.. hhe
ReplyDeletepasni boleh lah try lisa :)
Deleteerrrmmm..sushi pomm..pilih yg mgkin tekak terima..yg akak mkn ni..klu kita sebut masa order..mesti rasa mcm org jepun kan..comel!!
ReplyDeleteSha, kak ana pun kalau depa tak tulis nama menunya memang tak sebut betul kut hihi :)
DeleteSalam kunjungan Ana. Best jgk sesekali menikmati makanan Jepun
ReplyDeletesesekali kan shameel :)
Deletesaya pun sushi takleh nak telan sgt. ade beberapa je yang boleh masuk.
ReplyDeletekc tag kak ana kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/12/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html :D
samalah kan Kak Cik sayanggg.. ok dear, best of luck :)
DeleteZura plak suka sangat makan shushi.
ReplyDeletesuka beli shushi kat Aeon big. murah. hehehe
anak kak ana pun suka sushi ni Zura :)
Deleteassalamualaikum ana..sedapnya tengok..:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, sedap sesekali tukar selera kan mama :)
Deletemakanan jepun yang pernah makan pun sushi saja..
ReplyDeleteselalunya sushi lah paling digemari kan kak mala :)
Deleteokonomiyaki x berkenan sngt.. or CT jumpa yang x best kot.. hehe..
ReplyDeletehaah CT kalau nak banding dengan takoyaki lagi sedap bagi kak ana :)
DeleteSaya suka makan takoyaki nampaknye lepas ni kalau ternampak akonomiyaki tu kene la cuba makan...tapi kat melaka ni tak penah nampak lagi...
ReplyDeletekat aeon ada malinda :)
Deleteaida pernah makan takoyaki aje.
ReplyDeletelain lain, x berapa berani nak cuba :) hi hi
okonomiyaki tu sama rasanya macam takoyaki aida :)
Deletemakanan jepun yang pernah rasa wasabi dengan takoyaki je. yang lain-lain tu belum lagi.. hehe.Insya Allah satu hari nanti. singgah di sini jalan-jalan :)
ReplyDeleteIn shaa Allah nur sabrina, ada rezeki boleh mencuba yang lain-lain pula nanti kan, terima kasih singgah ke AJ :)
Delete