Makanan Jepun Yang Sedap 


Ana ni memang selera orang kampung, selera Melayu tulen. Namun bila berjalan dengan anak-anak ni yang suka makan menu-menu antarabangsa, jadi ana pun sukalah mencuba bersama mereka.Apatah lagi Adik Ika yang gemar makan makanan-makanan 'Doraemon' ni. Satu demi satu ana cuba dan Alhamdulillah kena juga dengan selera Melayu ana. Cuma sushi sahaja yang ana tak lalu nak telan. Mungkin sebab tak pernah rasa dan memang tak ada keinginan nak makan agaknya. Sambil berjalan di Aeon baru-baru ni bersama Adik Ika, kami mencuba dua lagi menu makanan Jepun di sini, iaitu Okonomiyaki dan Kakiage. Jenuh nak menyebutnya, siap Google ejaan takut tersalah eja pula.




Kakiage


Makanan ini bolehlah ana samakan dengan cucur, intinya ada yang diperbuat daripada udang, isi ketam, ayam dan sebagainya. Di goreng rangup dengan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, kacang buncis dan juga bawang besar atau bawang holland. Sedap juga di makan panas-panas. Ia salah satu dari tempura lah senang cerita. Lebih enak di makan dengan sos thai. Memang sedap, tak rugi jika ingin mencubanya.

Okonomiyaki





Selain Kakiage, petang itu kami juga mencuba Okonomiyaki. Yang ni memang sedap sebab rasanya lebih kurang Takoyaki. Cuma ia lebih banyak adunan batternya dan menurut Wikipedia, inti atau ramuannya adalah berbeza mengikut sesuatu daerah di Jepun. Ia di samakan seperti pankek cuma bahan toppingnya yang berbeza dan juga terdapat taburan Bonito Shaving. Dari segi rasa lebih kurang dengan Takoyaki juga cuma pada ana, takoyaki lebih memikat hati.

Ana pernah kongsikan kisah Takoyaki di SINI . Bagi yang ingin mencuba dua menu yang ana kongsikan disini boleh lah ke mana-mana cawangan Aeon berdekatan. Harganya amatlah berpatutan, untuk seketul Kakiage cuma berharga RM 3.50 manakala Okonomiyaki ni jika tak salah ana RM5.90. Tak berapa ingat pula harga yang tepat. Sekadar berkongsi pengalaman makan makanan Jepun yang sedap di www.anajingga.com