Resepi Sambal Terung


resepi sambal terung


Sedap, serius sedap sambal terung ni. Ia rangup sikit tak macam kita buat sambal terung panjang yang biasa tu. Ada krup-krup bila kita mengunyahnya. Sebabnya ia di masak dari terung mini, ana panggil terung mini sebab tak tahu nama terung ni.


ulam terung


Selalunya orang buat ulam je terung mini ni kan... Dicelur kemudian makan dengan sambal belacan. Rupa parasnya comel sangat dengan warna ungu yang menarik. Ianya bukan terung bulat biasa yang kita masak lemak tu, saiznya memang kecil-kecil sebesar duit syiling lima puluh sen emas tu lebih kurang.

Cara nak masak sambal terung ni mudah sangat, sama macam kita masak sambal tumis biasa,cuma kita gantikannya dengan terung. 

Bahan-bahan resepi sambal tumis terung :


Beberapa butir terung mini - dibelah dua
Ikan bilis 
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili atau cili giling
Kicap
Air asam jawa (sedikit sahaja)
Garam

Cara-caranya memasak sambal tumis terung :


Gorengkan seketika terung mini dengan minyak.Toskan.
Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.
Tumiskan bahan-bahan di atas.
Masukkan cili giling atau serbuk cili.
Masukkan terung mini.Kacau sebati.Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan kicap manis (jika mahu, jika tidak pun okay je)
Rasakan dengan garam.
Gaul  seketika biarkan terung sedikit empuk.
Apabila empuk sedikit boleh di angkat dan disajikan.

Mudahkan. Sama kaedah dan resepinya seperti kita masak sambal tumis biasa cuma jangan masak terlalu lama ia akan menjadi terlalu lembut dan tak rangup pula.


Selamat mencuba.