QASEH ZAMRI COLLECTION - Bandar Country Homes
QASEH ZAMRI COLLECTION
Salah satu label yang semakin di kenali dan dipercayai oleh peminat dan pengikut fesyen muslimah masa kini. Andai yang belum mengenali dengan lebih dekat apa yang ada di bawah label butik Qaseh Zamri Collection, harus teruskan pembacaan di sini kerana banyak keistimewaan yang ada di Qaseh Zamri Collection. Jika sebelum ini, ana pernah kongsikan permulaan perniagaan Qaseh Zamri Collection di SINI , hari ini sekali lagi ana terbitkan perkembangan Qaseh Zamri Collection yang telah pun mengorak langkah dengan pembukaan butiknya sendiri di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Alhamdulillah, rezeki datangnya dari Allah swt, dari berniaga kain-kain pasang English Cotton dan Sulaman Bandung secara online dan jualan langsung, kini Puan Haslina bertekad untuk membuka butik dengan menawarkan pelbagai pilihan shawl aneka jenis fabrik, corak dan rekaan masa kini, skirt serta blouse moden yang selesa di pakai harian malah turut menyediakan khidmat sewaan baju pengiring pengantin perempuan.
Sewa Pakaian Pengiring Pengantin
Trend masjis resepsi pengantin ketika ini, untuk kelihatan cantik dan sedondon di dalam majlis, satu tema pakaian malah pengiring pengantin juga turut di ambil berat agar terabadinya gambar kenang-kenangan majlis resepsi yang cantik dan unik.Salah satu yang ingin di tonjolkan dalam majlis ialah para pengiring pengantin yang berpakaian sedondon. Tidak seperti baju pengantin, khidmat sewa pakaian pengiring pengantin yang sedondon agak sukar untuk dicari. Tapi kini, bagi mereka yang sedang mencari pakaian pengiring pengantin yang sedondon, jawapannya ada di Qaseh Zamri Collection, Bandar Country Homes, Rawang,Selangor.
Blouse dengan pelbagai pilihan warna ini boleh dipadankan dengan beberapa corak skirt yang ada di sini untuk majlis resepsi sebuah perkahwinan. Ikut sahaja tema majlis tersebut dan di sini ada pilihan yang dikehendaki.In Shaa Allah.
English Cotton dan Sulaman Bandung
Persiapan untuk menyambut Hari Raya semakin hampir menjelang, lebih cepat kita mencari kain-kain pasang yang bersesuaian dengan tema dan pilihan hati, lebih cepat kita boleh membuat tempahan baju untuk di gayakan di hari lebaran nanti. Bagi yang tercari-cari kain pasang dari jenis English Cotton atau kain sulaman Bandung, Qaseh Zamri Collection menawarkan pelbagai pilihan corak dan warna. Malahan turut juga menerima tempahan jahitan baju kurung dan moden.
Pilihan shawl dan pakaian
Tak lengkap rasanya jika sesebuah butik tanpa menawarkan pelbagai pilihan dan corak shawl serta pakaian siap untuk di gayakan ke tempat kerja mahupun majlis-majlis tertentu. Di Qaseh Zamri Collection turut tersedia aneka pilihan untuk para pelanggannya sama ada membeli terus di butik ini atau boleh sahaja mebeli secara online.
Bagi yang tinggal di sekitar Rawang, Bandar Country Homes khasnya bolehlah berkunjung sendiri ke butik Qaseh Zamri di alamat :
Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang
Selangor
Bandar Country Homes
48000 Rawang
Selangor
Whatsapp atau Hubungi :
013 3240813
Atau lawati Facebook : Qaseh Zamri Collection
Instagram : qaseh_zamri_collection
10 Comments
Wahhh.... ada sewa baju utk bridesmaid.~! Tak payah tempah tempah. jimat masa n tenaga.. =)
ReplyDeleteKan aina, sewa baju bridesmaid jarang orang tawakan :)
Deletelau dekt best jgk pegi nii...jarg dgr org buat sewa baju utk bridesmaid nii
ReplyDeletetu lah Sha, rare kan :)
Deletecantik2.. koleksi dari Indon pun hado... rambang mataaaa
ReplyDeletejom Zaf shoping raya :)
DeleteLawa2 semuaa :)
ReplyDeletekan nani :)
DeleteWah berkenan pulak dgn blouse kat ats tuu nampak cantik je
ReplyDeletesungguh Lya, cantik2 pilihan yang ada di Qaseh Zamri Collection ni :)
Delete