Sebelum ini ana pernah berkongsi cerita makan nasi Mmanggei di Warung Cikgu di Bukit Puchong kan di SINI  . Menunya sama sahaja cuma kali ini tempatnya berbeza, iaitu di Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh. Lagi dekat dengan tempat kediaman kami sebenarnya dari jauh merantau ke Puchong untuk menikmati air kelapa baldi yang sangatlah segar dan sedap di minum di kala tengahari rembang ni. Okay teruskan pembacaan di www.anajingga.com, kali ini ana kisahkan makan tengahari kami di Warung Kita yang popular di kalangan penggemar media sosial masa kini.



Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh 


Lokasinya terletak di  95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kami menggunakan lebuhraya PLUS dan keluar di exit Hospital Sungai Buloh. Selebihnya gunakan khidmat waze untuk sampai ke lokasi. 



Cabaran untuk makan tengahari disini ialah kena beratur panjang. Tengok sahaja dari dalam gambar tu, kami sampai memang waktu makan tengahari, jadi cabaran pertama mendapatkan parkir kereta, kemudian ana kena 'cup!' tempat duduk sementara suami dan Adik Ika pergi berbaris mengambil makanan dan minuman. Lebih kurang dua puluh minit juga lah berbaris untuk mendapatkan set nasi Mmanggei yang popular tu. 



Namun, jangan risau ruang makan yang disediakan disini cukup luas dan selesa. Terdapat tempat untuk yang berkeluarga makan bersila di atas pangkin yang dibina. Macam dalam gambar di atas. Dan tidak kurang juga meja dan kerusi untuk yang tidak dapat peluang makan bersila banyak disediakan. 



Sesuatu yang menarik perhatian ana tengahari tu ialah atap nipah atau rumbia yang digunakan sebagai bumbung tempat makan disini. Mungkin inilah faktornya mengapa walaupun cuaca sedang panas terik ketika itu namun tidak berbahang semasa kami makan disini. Lama dah ana tidak melihat atap rumbia sebegini. Dan bagi  Adik Ika, ia pertama kali melihatnya. 

Berbalik kepada menu yang ada disini yang paling digemari ramai ialah Nasi Mmanggei. Set nasi merupakan nasi kukus yang di makan bersama ayam goreng yang panas-panas di potong kecil-kecil disertakan kuah kari dan sambal. Harga satu set hanya RM 4.50. Ianya dibungkus siap-siap sama ada kita makan di situ atau pun untuk di bawa balik.Menurut suami ana, terdapat lain-lain pilihan lauk yang ada.


nasi mmanggei warung kita

Inilah dia set Nasi Mmanggei dari Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh ni. Tempat makan ini bukan sahaja dikunjungi oleh orang Melayu kita, malah ketika ana makan disini, ramai juga pelanggan dari kaum Cina yang turut menjamu selera. Menarik kan.


air kelapa baldi warung kita


Dan memang menyegarkan air kelapa baldi disini dengan cuaca panas terik boleh habis selesai satu bekas ni seorang. Harganya cuma RM3.50. Air kelapa asli yang dicampur air gula dan ais, sejuk sampai ke tekak dengan beberapa keping isi nyiur muda yang lembut. Wow terliur je bila tengok gambar ni. 


coconut shake warung kita


Dan ini pula coconut shake Warung Kita yang sangat sedap. Berbaloi berbaris panjang apabila mendapat makanan dan minuman yang lazat ketika perut sudah mula 'berkeroncong untuk ana' di tengahari ni kan. 

Apapun terpulang pada selera masing-masing. Lain orang lain seleranya. Tak salah jika mahu mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan. Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah singgah ke Warung Kita di Kampung Melayu Sungai Buloh ni atau yang berhampiran kawasan Puchong ke Warung Cikgu, Bukit Puchong kerana kedua-dua tempat yang pernah ana kunjungi ini menyediakan menu yang sama. Semoga bermanfaat... In Shaa Allah.

30 Comments

  1. Bestnya air kelapa baldi..baru puas minum..

    ReplyDelete
  2. cuaca panas ni sedap dpt minum air kelapa baldi, nak beratur tu yg tak sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah KY beratur lama tu maklumlah tempat viral macam ni lah penangannya kan hihi :)

      Delete
  3. terasa nak minum air kelapa pulak bila tengok kelapa baldi tu..=P sedapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. air kelapa kat mana-mana pun ada dayah, cuma kalau nak dalam baldi kecil tu kena lah ke warung kita di sungai buloh atau warung cikgu di puchong tu hihi :)

      Delete
  4. Puas minum tu air kelapa.. Memang menghilangkan dahaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sha, memang melegakan ketika panas membahang ni :)

      Delete
  5. fuh..mag pnjg.,..tp memg nasi mcm ni mnjadi pilihn di tenghari,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, simple je lauknya lagi sedap di makan :)

      Delete
  6. Kat Sungai Buloh pun ada? Kak Zai pernah makan yg dekat Puchong. Air kelapa tu yg tak tahan lega klau cuaca panas terik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak zai, sama je ana rasa dari segi menu di kedua2 tempat ni cuma beza namanya sahaja kan :)

      Delete
  7. nasi tu nampak macam sedap.. kat Melaka dulu, panggil nasi kukus...

    air kelapa dalam keadaan panas macam sekarang.. pergh ! memang best lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga zaf nasi ala-ala nasi kukus jugalah kan, cuma ayam goreng tu memang panas-panas dan dipotong kecil2 :)

      Delete
  8. review makanan.
    aida x selalu sampai ke sg buluh.
    lalu lalang kat highway aje nak naik ke timur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah satu hari nanti mana tahu aida sampai juga ke sungai buluh ni kan

      Delete
  9. Laaa.. first time saya tengok air kelapa dalam timba besi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yati, sejuk je bila kita minum dalam bekas timba atau baldi comel ni :)

      Delete
  10. menarik idea air kelapa baldi tu

    ReplyDelete
  11. salam singgah
    wah air kelapa baldi dan coconut shake best dapat tuu

    ReplyDelete
  12. Seronok sebenarnya kalau lepak kat warung, lebih aman dan santai hehe

    ReplyDelete
  13. Menarik tu, guna atap nipah sebagai bumbung..air kelapa baldi pun rare, tp itulah salah satu tarikannya selain rasa yg sedap. Kreatif diorang cri idea brniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu nur sabrina, mencipta kelainan bakal membawa kepada pengunjung yang ramai apatah lagi setelah ia menjadi viral kan.

      Delete