Kalau ada yang terbaca entri ana sebelum ni di SINI , pasti tahu baru-baru ni ana ada ke Sungai Buluh untuk membeli pokok herba seperti daun kesum dan pokok daun pudina. Setiap kali kalau ke tapak jualan nurseri Sungai Buluh di sebelah belakang Hospital Sungai Buluh tu, pasti rambang mata melihat pelbagai spesis jualan bunga-bungaan yang berwarna warni. Dari bunga pokok, tanaman pasu dan anak benih semuanya sedang kembang menawan. Bunga ros dan bunga kertas antara yang paling banyak menguntum. Subhanallah...


nurseri sungai buluh

Cuba kita pandang sekeliling alam milik Allah swt, ketika bumi sedang di landa fenomena El-Nino cuaca panas terik melanda, kuntumannya mekar berbunga. Indah memukau dengan pelbagai warna..Terpandang kelopak bunga matahari yang kembang menguning, Allahu... percuma sahaja di berikanNya satu pandangan yang maha indah dan sempurna. Di laman-laman media sosial pula, kelihatan di kawasan panas terik di utara, di Alor Setar, kini bunga-bunga ala-ala Sakura sedang berbunga dengan lebat dan indahnya. 




Berkesempatan ke jualan pokok bunga di Nurseri Sungai Buluh baru-baru ini, ana memang terkesima dengan pelbagai kuntuman bunga berwarna-warni. Saujana mata memandang dan yang paling banyak menguntum indah ialah bunga-bunga kertas dengan pelbagai warna. In Shaa Allah di kesempatan lain nanti, ana akan datang lagi dan membeli bunga-bunga kertas pula. Tak mahal, satu beg hitam ni ada yang berharga RM28 dan ada yang semurah RM6 mengikut saiz pokok dan spesisnya. Sementara tu, ana belanja dulu gambar-gambar bunga kertas kat sini kay...Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung www.anajingga.com :)


nurseri sungai buluh