Kalau ada yang terbaca entri ana sebelum ni di SINI , pasti tahu baru-baru ni ana ada ke Sungai Buluh untuk membeli pokok herba seperti daun kesum dan pokok daun pudina. Setiap kali kalau ke tapak jualan nurseri Sungai Buluh di sebelah belakang Hospital Sungai Buluh tu, pasti rambang mata melihat pelbagai spesis jualan bunga-bungaan yang berwarna warni. Dari bunga pokok, tanaman pasu dan anak benih semuanya sedang kembang menawan. Bunga ros dan bunga kertas antara yang paling banyak menguntum. Subhanallah...


nurseri sungai buluh

Cuba kita pandang sekeliling alam milik Allah swt, ketika bumi sedang di landa fenomena El-Nino cuaca panas terik melanda, kuntumannya mekar berbunga. Indah memukau dengan pelbagai warna..Terpandang kelopak bunga matahari yang kembang menguning, Allahu... percuma sahaja di berikanNya satu pandangan yang maha indah dan sempurna. Di laman-laman media sosial pula, kelihatan di kawasan panas terik di utara, di Alor Setar, kini bunga-bunga ala-ala Sakura sedang berbunga dengan lebat dan indahnya. 




Berkesempatan ke jualan pokok bunga di Nurseri Sungai Buluh baru-baru ini, ana memang terkesima dengan pelbagai kuntuman bunga berwarna-warni. Saujana mata memandang dan yang paling banyak menguntum indah ialah bunga-bunga kertas dengan pelbagai warna. In Shaa Allah di kesempatan lain nanti, ana akan datang lagi dan membeli bunga-bunga kertas pula. Tak mahal, satu beg hitam ni ada yang berharga RM28 dan ada yang semurah RM6 mengikut saiz pokok dan spesisnya. Sementara tu, ana belanja dulu gambar-gambar bunga kertas kat sini kay...Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung www.anajingga.com :)


nurseri sungai buluh








20 Comments

  1. setiap yang berlaku memang ada hikmahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali kita perlu melihat dari sudut yang berbeza kan MF :)

      Delete
  2. Salam kak betul banyak je hikmahnya , atas kita nak pandang macam mana.. yana ada pergi surau hari tu ustaz cakap kawan dia tanya kurma buah tin menjadi sebab panas dan atas izin Allah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Yana, pandanglah dari sudut mendekat diri kepadaNya, kita akan temui seribu satu hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian itu.

      Delete
  3. Allah tidak izinkan sesuatu yang berlaku sia sia kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu ..Maha Suci Allah Tuhan Sekalian alam..PC

      Delete
  4. setuju dengan PC setiap yg ALLAH turunkan pasti ada manafaatnya
    Cuma manusia ni kadangkala tak menghargai
    apa yang telah di berikan
    waallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak noor, di waktu ni banyaknya yang tidak mensyukuri segala nikmatNya.. hari-hari terbaca rungutan sana sini tentang kehidupan, semoga kita terus istiqomah dalam melayari ujianNya di atas muka bumi ni dengan redha ..

      Delete
  5. Pohon2 yang berbunga memerlukan musim panas yang panjang utk mengeluarkan bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Mazlan Othman, begitulah percaturanNya Yang Maha Sempurna .

      Delete
  6. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya..suka bunga kertas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann CP, haah kak ana pun suka dan rasa macam nak tanam jugaklah pas ni nanti :)

      Delete
  7. Aduh Ana..kalau kak boleh pi kat Sg Buluh..mmmm..mau fengsan..hahaha..selamat berkebun Ana..kak pun tengah giat duk cari pokok2 herba nak tambah koleksi. Cuma herba Inggeris belum lagi ada dalam koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pasti fengsan Kak Mala, kena bawa lori ni... macam-macam ada kak..happy gardening buat Kak Mala juga :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Pn Ana...bukan sahaja bunga yang berkembang...pokok buah-buahan juga berbunga dek kerana stress musim kering dan panas ni...sakura Malaysia juga sama...meila Jalan Kuala Kedah dan Jalan Langgar....cantiknya ciptaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Fida, tu lah nampak dari perkongsian sahabat kita di utara yang kini sedang di landa panas terik, kuntuman bunga yang berwarna-warni penuh menghiasi alam sekitar nya.Subhanallah

      Delete
  9. Cantik dan subur pokok-pokok bunganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, datang sini je mula lah rambang mata bagai :)

      Delete