Idea Dekorasi Balang Kuih Untuk Hari Raya
Wah wah dah ada entri menjelang Hari Raya nampaknya di www.anajingga.com, bukan apa saja nak berkongsi idea untuk kaum ibu yang berhasrat nak mendekorasi sendiri balang kuih untuk hiasan meja di hari lebaran nanti. Kalau nak deko mendeko ni kenalah buat persiapan awal kan.Bila dah masuk Ramadan nanti bolehlah fokus pada amal ibadah di bulan yang penuh keberkatanNya.
Ana ingin kongsikan beberapa idea mendekorasi atau menghias balang kuih raya tak kira dari balang plastik atau balang kaca, jika kena dengan kreativiti masing-masing pasti akan membuah hasil yang sangat cantik dan menawan. Jom cuci mata dengan idea-idea dekorasi dengan tema ala-ala Inggeris menggunakan teknik decoupage.
Idea Menghias Balang Kuih
Beberapa contoh idea yang ana kongsikan di sini adalah hasil kreativiti adik ipar ana, Julia Alisya yang memang meminati seni hiasan decoupage. Hampir kesemua hiasan dalaman rumahnya menggunakan hiasan yang di lakukan sendiri dari teknik decoupage ni. Sinonim dengan tema hiasan rumah Romantic English Cottage, pelbagai dekorasinya memilih ciri-ciri Inggeris yang sangat sedap mata memandang. Boleh klik di SINI , untuk melihat sendiri idea hiasan rumah Julia Alisya dengan tema Romantic English Cottage.
Kali ini, Julia mengaplikasikan tema yang sama dengan teknik menggunakan teknik decoupage menghias balang-balang kuih untuk sambutan Hari Raya yang bakal menjelang. Idea ini ana kongsikan di sini, mungkin dapat memberi inspirasi buat pembaca di www.anajingga.com untuk mencuba sendiri hiasan sebegini atau yang berminat namun belum ada kepandaian atau kesuntukkan masa untuk membuatnya, boleh lah ke Facebook Julia Alisya membuat tempahan atau sebarang pertanyaan : www.facebook.com/julia.alisya . Sambil itu layan dulu beberapa idea yang ana pinjam dan kongsikan.
Julia Alisya menggunakan balang kuih dari kaca dan juga dari plastik sebagai asas untuk mendekorasinya. Dari ianya nampak kosong kini berubah menjadi sebuah balang yang sangat cantik dan awesome sekali menjadi hiasan di meja makan kelak.
Mula memberi sentuhan dengan teknik decoupage untuk menghias balang kuih raya. Pelbagai hiasan decoupage yang pernah dihasilkannya bolehlah klik di bawah label ' idea kreatif' pada entri-entri www.anajingga.com. Dan sebahagian hasil kreativiti Julia Alisya, ana pamerkan disini untuk inspirasi idea pembaca semua. :)
Ok cukuplah setakad ini ana belanja dengan idea-idea dekorasi balang kuih raya yang cantik-cantik ni kan.. dah ada idea jom pakat buat sendiri atau yang tak sempat tu, singgah lah ke facebook Julia Alisya yang ana dah bagi link kat atas tu kay...Klik je linknya. Cantik dan awesome sangat kan ladies....pasti menjadi tarikan utama di meja makan selain dari juadah yang enak yang bakal di sajikan nanti.
kredit foto-foto: Julia Alisya Collection
Noted : kepada yang mengambil gambar-gambar dari entri ini atau mana-mana entri harap kredit buat owner kay... :)
22 Comments
assalamualaikum ana...yer la mmg cantik...kena kreatif ni...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, kan mama pun tak kurang gak kreatifnya hias menghiasnya
Deletecantik-cantik semuanya..
ReplyDeletetq mar :)
Deletenaik seri balang biasa tuu
ReplyDeletekan Sha, berseri-seri di pagi raya :)
DeleteWahhh..cantik2 la...raya lagi 3 bulan kan...
ReplyDeletedah pertengahan Rejab SA, tak sampai tiga bulan lagi kan :)
Deletecantekkk ada rambu ramba lagi.. Kreatif!
ReplyDeletekan mummy,rambu ramba yang buat awesome tu hihi :)
Deletehakak Anaaaaaa...macam tahu2 je hadek tengah dok skodeng balang kuih raya lagu niiiii...hahaha...saya pon baru nak order tisu munge2 camtu kat kawan FB kak...ingat nak buat decoupage gak kat balang kuih...lama dah tak buat decoupage dulu saya mengila buat xtvt ni tau... tq kak share n3 ni :)
ReplyDeletehamboi hadek manis, skodeng sini yerrr.. wokay dah buat nanti jangan lupa hupdate naa.. babab nanti baru tau :)
Deletecantik nya.. kalau rajin, bolehla buat DIY jugak.. hehe
ReplyDeleteTu lah Zaf, kalau dah ada idea boleh je nak diy kan :)
DeleteCantik je balang kuih rayanya Kakna. Memang ah orang kata, kalau rajin memang semua jadi :)
ReplyDeletekan sha, kalau rajin semua boleh jadi kan :)
DeleteCantiknya dan sangat2 kreatif ^-^
ReplyDeletetq zumal :)
DeleteCantiknya Ana...sweet sangat. Dia buat jual takkk
ReplyDeletejual kak Mala,ambil tempahan untuk pelanggannyadari FB :)
DeleteWahh sweet.. menarik. Bertambah meriah raya mcm ni... :)
ReplyDeleteisi biskut sedap-sedap lagimeriah kan KK :)
Delete