Gubahan buah-buahan untuk meja makan beradap atau meja mempelai adalah salah satu tarikan utama sesebuah majlis resepsi perkahwinan. Sekarang ni, macam-macam idea yang cantik-cantik untuk gubahan buah-buahan meja.Yang penting jangan sampai berlaku pembaziran, ialah pengantin bukan nak makan sangat pun. Malu-malu gitu, biasanya lepas sahaja acara makan beradap ni, kaum keluarga lah yang akan menghabiskannya di belakang,kan... normallah tu.

Hari ini, ana kongsikan dua idea gubahan buah-buahan meja beradap yang sempat ana ambil gambarnya ketika majlis resepsi anak jiran , Along dan Fariss. Cantik dan simple.Mudah untuk dibuat, In Shaa Allah. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea bagi mereka yang singgah dari SE untuk idea gubahan buah-buahan di meja pengantin.

Idea Gubahan Buah-buahan Meja Pengantin





Gubahan pertama ni agak rumit dan memerlukan kepakaran dalam mengukir buah pada buah tembikai merah tu.Nampak cantik cuma bila di meja beradap agak sukar juga untuk menjamah buah tembikai tersebut, sebab kalau hendak di makan perlulah di potong-potong terlebih dahulu. Namun buah-buahan sampingan lain seperti epal, oren dan anggurnya masih boleh di makan.





Idea yang kedua ni lebih mesra untuk di makan ketika berada di meja mempelai.Ambil sahaja sekuntum buah yang di gubah dari buah tembikai merah dan kuning tu, boleh sahaja terus di makan.Begitu juga buah-buahan sampingan lainnya. Apapun jangan sampai berlaku pembaziran kan, sekadar hiasan namun tak boleh di makan.Tapi jangan risau lah, bawa sahaja ke belakang, mesti habis di jamah oleh anak-anak buah yang penat merewang sepanjang hari.. :)

8 Comments

  1. cantik kedua-duanya kak...bila pergi majlis kahwin ni PC suka tengok meja makan untuk pengantin..masa tulah kita boleh tengok betapa berseninya mereka..sangat berbakat..jeles je...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC, janji ianya boleh dimakan supaya tidak berlaku pembaziran :)

      Delete
  2. Masa anak kawin aritu teringin nak buat gubahan buah tapi bila tanya chef yang buat tu..mmm..boleh tahan harganya...hehehe..tak sangka mahal juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal ye kak, buat sendiri pun okay kan kak mala..:)

      Delete
  3. Cantik kedua-dua gubahan itu. Pandainya Ana membuatnya. Akak memang takda skill dalam bab gubahan macam ni. Kagumlah tengok orang boleh mengubah bagai macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bukan ana buat ni mummy, gubahan di meja perkahwinan anak jiran baru-baru ni :)

      Delete
  4. Suka tgk gubahan buahbuahan..syg pulak bila dah makan hahaa

    ReplyDelete