Kalau balik Teluk Intan, mesti duk cari ikan rebus di pasar besar Teluk Intan. Memang lejen laa,ikan rebus ni. Rasa dia lemak je kalau di goreng pun tak keras macam yang di beli di kedai-kedai sekitar Rawang atau mana-mana tempat lain.Ikan rebus ni yang sedapnya di buat dari ikan pelaling,baru lemak isinya. Kebanyakan ikan rebus yang dijual di buat dari ikan kembung, kurang sikit laa keenakkannya, cewahhh memandai je :)




Ikan Rebus Dari Teluk Intan



Mak ana pula, kalau balik kampung je dah siap-siap beli sekilo untuk di bekalkan bawa balik ke sini. Anak cucunya memang suka makan ikan rebus ni. Mak selalunya menggoreng sahaja ikan rebus ni, makan dengan nasi goreng, perghhh memang sedap. Itu lah namanya nasi goreng ikan rebus yang femes di Teluk Intan ni. 



 Hihi gambar memang tak cun sebab ikan rebus ni ana suka goreng dengan isi perutnya sekali, baru sedap dan enak di makan. Mak juga pernah ajar masakkan ikan rebus masak lemak. Sedap juga rasanya. Kalau orang pantai timur ikan rebus ni makan dengan budu, memang heaven juga tu. Dulu harga sekilo ikan rebus dalam RM10 ke bawah, tapi laa nii dah sampai RM12 sekilo, itupun ikut harga pasaran semasa. Boleh simpan dan tahan lama sebab ia dah direbuskan. Apapun ikan rebus dari Teluk Intan ni memang lejen dari dulu lagi dah femes amos di kalangan anak-anak Teluk Intan.