Kalau balik Teluk Intan, mesti duk cari ikan rebus di pasar besar Teluk Intan. Memang lejen laa,ikan rebus ni. Rasa dia lemak je kalau di goreng pun tak keras macam yang di beli di kedai-kedai sekitar Rawang atau mana-mana tempat lain.Ikan rebus ni yang sedapnya di buat dari ikan pelaling,baru lemak isinya. Kebanyakan ikan rebus yang dijual di buat dari ikan kembung, kurang sikit laa keenakkannya, cewahhh memandai je :)




Ikan Rebus Dari Teluk Intan



Mak ana pula, kalau balik kampung je dah siap-siap beli sekilo untuk di bekalkan bawa balik ke sini. Anak cucunya memang suka makan ikan rebus ni. Mak selalunya menggoreng sahaja ikan rebus ni, makan dengan nasi goreng, perghhh memang sedap. Itu lah namanya nasi goreng ikan rebus yang femes di Teluk Intan ni. 



 Hihi gambar memang tak cun sebab ikan rebus ni ana suka goreng dengan isi perutnya sekali, baru sedap dan enak di makan. Mak juga pernah ajar masakkan ikan rebus masak lemak. Sedap juga rasanya. Kalau orang pantai timur ikan rebus ni makan dengan budu, memang heaven juga tu. Dulu harga sekilo ikan rebus dalam RM10 ke bawah, tapi laa nii dah sampai RM12 sekilo, itupun ikut harga pasaran semasa. Boleh simpan dan tahan lama sebab ia dah direbuskan. Apapun ikan rebus dari Teluk Intan ni memang lejen dari dulu lagi dah femes amos di kalangan anak-anak Teluk Intan. 

20 Comments

  1. Kalau saya nama ikan pun tak tau..tapi makan ikan memang suka goreng je (^_^).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    https://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng pun sodap , selamat bersegmen ucing :)

      Delete
  2. Memang sedap ikan rebus ni ...betul kalau dapat ikan yang lemak n lembut isi dia lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala, hat yang di Teluk Intan ni memang ikan pelaling yang lemak dan lembut isi dia :)

      Delete
  3. Masak lemak kuning dwengan cili hijau dibelah dua pun sedap ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Cik, sedap juga masak lemak ikan rebus :)

      Delete
  4. Kak ana...ikan rebus macam ikan pekasam ke kak..macam ikan salai pula rupa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak Nao Mei, ikan rebus ni ikan yang dikukus pastu boleh simpan lama, nak goreng atau masak pun boleh :)

      Delete
  5. Sedaaap! Abah Nani suka ikan macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jerantut pun ada juga ikan rebus camni ye Nani :)

      Delete
  6. suka gak buat camni, memang sedapkan

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak ana.. kalau sha lauk nie dengan nasi putih pun laju makan..
    Tetibe cam nak beli gak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, dah pii cari beli dan mamam hihi :)

      Delete
  8. Hurm... mereciks! goreng macam tu je makan pun sodap.

    ReplyDelete