Anak-anak ana tak berapa minat sangat makan puding sagu atau apa-apa yang berkaitan dengan sagu ni. Ia lebih kepada selera resepi ibunda zaman silam. Ana masih ingat lagi, puding sagu gula melaka ni lah resepi pertama yang ana belajar ketika di tingkatan satu kelas Sains Rumah Tangga di sekolah menengah. Pastu, mak pun selalu masak resepi ni untuk juadah buka puasa masa kami kecil-kecil dulu. 


Kadang-kadang teringin juga nak makan menu-menu resepi ibunda ni, jadi baru-baru ini ana masak semula puding sagu gula melaka untuk minum petang. Tak buat banyak pun satu bekas kecil je sebab tahu sangat anak-anak tak berapa minat nak makan. Sempat juga ana hulurkan kepada jiran sebelah dari tak habis kan, baik kita beri pada jiran. Dan ana simpan lah resepi ni disini dan mungkin juga membawa manfaat kalau-kalau ada yang mencari resepi ni, dah dekat-dekat nak Ramadan ni kan..


Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Resepi ni terbahagi kepada 3 bahagian, sagunya, santan dan gula melaka. Cara masak puding sagu gula melaka adalah seperti berikut ye puan-puan .. :)

Bahan dan cara masak sagu:

1 cawan biji sagu (ana gunakan sagu yang dah berwarna hijau)
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul



Cara-Cara:

Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam atau sehingga agak kembang sedikit.  Kemudian toskan airnya.

Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.Letakkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam petiais.


Cara Masak Kuah Santan :


Didihkan seketika santan pekat dan masukkan secubit garam untuk menambah lemak masin, baru ngam kan..masukkan seikat daun pandan untuk aroma tradisional.


Cara masak kuah Gula Melaka :


Untuk gula melakanya pula, cuma cairkan di dalam periuk perlahan-lahan dan masukkan juga daun pandan sebagai aromanya.



Dan nak makan juadah ni, campurkan sahaja ketiga-tiga sagu, santan dan juga gula melaka. Sedap di makan sejuk kan.. :)

6 Comments

  1. Sedap.. Feveret eija ni.. Selalu juga buat. Eija guna susu cair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan Eija, boleh juga gantikan santan dengan susu cair, menu sihat tu ,terima kasih atas perkongsian ini:)

      Delete
  2. PC suka...tak makan nasi pun tak pe kak...mungkin minat...dari pagi sampai habis PC hadap...kalau balik kampung rajin buat...kadang tu masuk peti ais..tak sempat sejuk..kikiki...kucing pun pelik kenapa tuan aku asyik buka peti ais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa feveret PC rupanya, memang sedap di makan sejuk, kak ana pun suka PC tapi yelaa anak-anak ni selera depa suka yang goreng-goreng pedas gitueww :) tapi kena juga buat supaya depa kenal kuih muih tradisional ni kan.

      Delete
  3. Sedap.. Sue pun suka makan Sagu Gula Melaka nie Ana, dulu masa duduk kat Teluk Intan, Sue siap jual lagi kat pasar ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa ye ke Sue, agaknya pernah jumpa Sue masa tu kut ye hihi :)

      Delete