Seperti yang ana pernah ceritakan majlis perkahwinan kawan sepejabat suami di Sungai Choh, Rawang yang ana hadiri minggu lepas, banyak mengimbas nostalgia silam. Selain dari 'sagun' sebagai kudapan zaman kanak-kanak segelintir dari kita di masa lalu kisahnya di SINI  , pemberian goodies untuk majlis ini juga tak kurang nostalgianya. Goodie di hantar dari meja ke meja makan untuk setiap tetamu dan bukannya seperti kelaziman masa kini, ketika hendak balik, bersalaman dengan tuan rumah, baru goodie di hulurkan. Dan yang paling rare yang ana nak kongsikan disini ialah ia nya sebutir bunga telur. Bukan bunga telur moden tetapi amat nostalgik di buat dari benang kait yang berwarna-warni. Subhanallah..lama sungguh ana tak melihat bunga telur seperti ini, di masa kini..




Bunga telur zaman dahulu

Nak kata zaman dahulu sangat pun tak juga la kan..kira-kira sekitar 1980-90an macam tu lah. Sekitar ana membesar era itu. Majlis perkahwinan dulu-dulu, zaman mak-mak sedara kawin, ini antara bunga telur yang pernah digunakan. Selain itu, paling sempoi, bungkus je dengan kertas tisu pink atau hijau tu, punjut atas bawah..lejen tu. Kemudian ada dari kertas berwarna bukan kertas pun macam kepingan bersinar warna-warni. Bila isi telur dan stepler ia seperti spring melendut ke bawah. Ini pun lejen, cari gambar pun tak jumpa dah. Bila moden sikit, isi dalam kotak je lah kan. 

Goodies ketika itu juga hanyalah pemberian bunga telur. Tak ada lah ketip kuku ke, balang kaca ke, coklat ke macam sekarang ni macam-macam ada dalam sebuah beg. Bunga telur tu murah agaknya..tak pun harga telur masa tu mungkin jauh lebih murah dari sekarang ni. Masa tu ana masih bersekolah, kira remaja laa kan..so selalu lah kena jadi penghantar bunga telur dari meja ke meja. Adoi..mengimbas nostalgia sungguh. 

Bercerita tentang bunga telur di atas yang dibuat dari benang kait. Mak cik ana panggil benang bulu kambing katanya. Mereka yang pandai mengait ni macam-macam design corak yang boleh dihasilkan. Dan masih ada di rumah mak saudara di kampung ana, Teluk Intan, hasil kait yang dijadikan alas tv dan juga sepera..tahu tak sepera tu apa? Sepera tu alas meja kata orang Perak. Hihi..Yang lagi kreatif pula, benang kait ni boleh jadi baju sejuk,kasut baby, beg galas dan sebagainya. Orang dulu habiskan masa dengan mengait sebagai hobi. Tapi kan...ana cuma sempat belajar kait dalam satu jalur lurus sahaja..lepas tu tak buat dah. Masa tu sibuk tengok tv je,kurang minat kait-mengait ni. Mak saudara ana yang pandai buat seni kait mengait ni..

Inilah yang dapat ana kongsikan dengan pembaca setia www.anajingga.com, nostalgia bunga telur lama yang ana jumpa baru-baru ni. Kami blogger ni, semua benda nak share di media sosial, asalkan benda-benda yang baik, yang mungkin membawa manfaat buat insan lain di luar sana. Salam sayang dari AJ..ada kisah silam ana akan kongsikan lagi, In Shaa Allah.

12 Comments

  1. Kalau tempat sy, goodies tu dibagi time tetamu sampai 😄 Skrg telur dah mahal, jadi major kat tmpt sy ganti dgn gula2. Kecuali kenduri potong jambul, atau malam berinai... bunga telur akan dibagi kepada yang berzanji

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah masih mengekalkan tradisi bunga telur kan Nour Adieb :)

      Delete
  2. kan...bunga telur makin lupus telan dek zaman.. kalau kita tgk kira. harga sebijik telur lg berbaloi dr sediakan goodies. itu pendapat nadia la.. in sha Allah.. klau ada rezki.. nadia nk buat balik bg bunga telur masa weeding nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ikut bajet masing-masing kan NR :)

      Delete
  3. kalau dapat bagi bunga telur & kicap :D fuh sedapnya

    ReplyDelete
  4. lama tak dapat goodies telur ni..rasanya yang stail plastik warna-warni tu orang tak buat dah. kalau ikat tisu tu yang tak best satu je, kalau tetamu buang merata. serabutnya mata tengok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu Sal, nostalgia bunga telur yang kak Ana sebut di atas tu hihi : memang tak ada yang guna dah kan :)

      Delete
  5. sekarang ni banyak org beli bunga yg dah siap je kak AJ kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sally, jimat masa dan tenaga kan :)

      Delete
  6. Auni lagi suka telur berbanding perkara2 yang lain. :) Yang lama tetap indah dihati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman berubah kan auni, bila kembali ke zaman silam ia akan menjadi satu nostalgia manis untuk di kenang semula :)

      Delete