Dua bahan je boleh jadi kek ? Ye memang betul lah tu, hanya menggunakan dua bahan sahaja. Bahannya pun mudah ya amat. Resepi ni Kak Long yang buat, macam selalu lah bila anak-anak ada di rumah ni macam-macam depa nak try masak. Ana bagi je depa cuba kan, bila dah jadi elok, ana kongsikan pula di blog dan page FB @anajingga dot com. Mudah-mudahan ada yang mencuba dan bolehlah di nikmati bersama keluarga masing-masing. 

Jom kita sambung cara dan resepi nak buat kek Orea kukus dua bahan ni. Kak Long dapat resepi ni dari Instagram dan kami buat di rumah dengan teknik yang sama cuma nak jadikan lagi sedap, Kak Long makan dengan aiskrim vanilla. Sedap jugalah rasanya ada lemak manis dari rasa biskut Oreo. 




Kek Oreo Kukus 2 Bahan

Bahan-bahannya dua tu sahaja lah ye ,

2 peket biskut Oreo
1 kotak susu coklat UHT ( Kak Long gunakan Dutch Lady ) 


Cara nak buatnya pun senang ya amat. 




1. Asingkan inti krim biskut Oreo, kalau korang nak masukkan dalam adunan pun tak jadi masalah. 




2. Blend dalam pengisar sehingga hancur. Masukkan satu kotak susu UHT tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati. 



3. Masukkan dalam bekas yang kecil kerana adunan ni sedikit sahaja, gunakan bekas kukus yang kecil supaya adunan jadi tinggi dan tebal bila masak nanti. Kalau loyang yang lebar nanti jadi nipis lah kek korang kan. 





4. Kukus dalam pengukus selama lebih kurang 20-30 minit sahaja. Cucuk dengan lidi bahagian tengah kek untuk mempastikan ia telah masak sempurna. Kalau tak melekat bahan pada lidi tu maknanya dah masak lah kan. 




5. Bila dah masak bolehlah korang sejukkan dan terbalikkannya, atau Kak Long cuma taburkan lebihan biskut Oreo yang di pecah-pecahkan sebagai hiasan kek nya. 




6. Nak sedap bolehlah korang makan dengan aiskrim vanilla. Sedap dan mewah rasa kek dan aiskrim nya. Jomm ajak anak-anak buat sama-sama di rumah kay. 

10 Comments