Eh! Macam pernah baca je review tentang pencuci wajah Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ni kan ?? Ya..betul lah tu.. ana pernah terbitkan bagaimana Kak Long mula-mula mencuba pembersih wajah Hansaegee Nature ni lebih kurang sebulan yang lepas di SINI , dan kali ini sekali lagi ana nak berkongsi pengalaman Kak Long selepas hampir sebulan menggunakannya sebagai rutin mencuci wajah khasnya menanggalkan solekan di wajah. Anak remaja masa kini memang gemar memakai solekan, jadi untuk mempastikan kesan solekan benar-benar hilang setiap kali mencuci wajah, Kak Long agak serasi menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .




Best tak selepas sebulan menggunakan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser ?



Sama seperti gadis remaja lain, keghairahan dalam mengenakan solekan di wajah hampir setiap hari menjadi rutin pada Kak Long. Tambah lagi selepas hampir sebulan berada di rumah kerana baharu selesai study week dan final exam. Keluar rumah sahaja Kak Long suka memakai solekan pada wajah. Ana tak lah terlalu bimbang kerana ana memberikannya menggunakan satu jenama produk pembersih wajah yang kaya dengan kemewahan buih pembersih berasaskan aloe vera yang di datangkan 100% dari Korea, iaitu Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser .




Seperti yang pernah ana jelaskan di dalam entri sebulan yang lepas, pembersih wajah ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu juga, pencuci wajah ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera, yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah. Gabungan formulasi dari bahan terpilih dan semulajadi inilah yang ana yakini ia sesuai untuk Kak Long menggunakannya hampir setiap kali untuk membersihkan wajah dan kesan solekan. 





Tekstur pembersih wajah yang datang dalam botol dengan pam sebegini lebih menjamin kebersihan kualiti produk . Dan yang paling best, dengan hanya menggunakan pam , kita akan dapat melihat kemewahan buihnya dengan tektur yang lembut dan melimpah ruah. Ana yakin inilah yang menjadikannya asas pembersih wajah jauh ke dalam liang kulit wajah kita. 




Tekstur buihnya sangat ringan dan menurut Kak Long ia tidak merengsakan wajah setiap kali selepas mencuci. Ia akan meninggalkan rasa lembab pada wajah dan lembut bagaikan kemewahan buihnya juga setiap kali di sentuh. Menarik kan. Mungkin dengan cara itu juga ia dapat mencuci wajah jauh ke dalam 
dengan setiap kali kita mengurut-ngurut pada seluruh wajah dengan kemewahan buihnya. 





Dan selepas setiap cucian , bilas dan lap kan bersih wajah dan ia tidak meninggalkan kesan rasa pedih pada wajah walaupun mempunyai parut jerawat. Ana berkeyakinan dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser dapat menghilangkan kesan parut dan jerawat pada wajah , In Shaa Allah. 





Jadi selepas sebulan menggunakannya, Kak Long beritahu ana dia berminat untuk terus mencubanya kerana ia  sangat sesuai dengan wajahnya dalam menjaga kebersihan wajah dari kesan solekan. Jerawat nakal dan kesan parut juga kelihatan beransur pudar. Yang penting ia tidak menjadikan kulit wajahnya kering selepas mencuci. 

Jadi kalau korang yang berminat dengan penjagaan wajah dari K Beauty , apa kata mencuba sendiri Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser . Kat mana nak beli secara online ? Jomm layari sahaja ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah untuk pembelian dan keterangan lebih lanjut : 


Brand : Hansaegee Nature 








4 Comments

  1. Replies
    1. memang kaya dengan buih Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ni Suzie :)

      Delete
  2. best Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser sebab dah try pakai.. sgt selesa

    ReplyDelete