Rupanya pokok lidah jin ni berbunga

Bertahun dah pokok ni ana kenali, dari kampung sampailah benihnya ana bawa ke rumah ni dah beberapa tahun berada di halaman rumah dan tumbuh liar bertaburan. Ada yang ana ambil dan letakkan di dalam pasu sebagai hiasan di dalam ruang tamu rumah, dan ada juga yang bersepahan di ruang parkir kereta di dalam halaman hadapan rumah kami. Pagi semalam, suami panggil keluar , katanya " meh tengok ni , pokok lidah jin ada bunga ,". 




Bunga pokok lidah jin




Subhanaallah.. berbunga rupanya pokok lidah jin ni. Cantik pulak tu, berwarna putih kehijauan dan berkuntum kecil berangkai. Sekali pandang macam bunga pokok harum sundal malam kan. Tapi bunga pokok lidah jin ni tak berbau pula. Cuma bila ana posting kat di group kelab pencinta bunga, ada komen yang mengatakan bunga ni berbau harum selepas berkembangan nanti. Ermm.. In Shaa Allah, kena tunggu sehari dua lagi mana tahu ia berkembangan dan berbau kan.




Pada ana sendiri, inilah kali pertama ana melihat ia mengeluarkan bunga. Ye lah kan, pokok lidah ni jin seperti tumbuhan dari spesis kaktus juga kan, dan ada juga di kalangan jenis kaktus yang berbunga. Dari komen di dalam group FB tu juga mengatakan, hanya pokok lidah jin yang berdaun hijau kuning ni sahaja yang berbunga, Waallahu a'lam .. Kerana ana sendiri memiliki 3 jenis pokok lidah jin yang berwarna hijau kuning, hijau sahaja dan yang dari jenis kecil. Boleh lihat dari entri ana di Pokok Lidah Jin sebagai tanaman hiasan di dalam rumah .




Apapun sebagai hambaNya kita yakin tiada satupun yang mustahil bagiNya atas sifatNya Yang Maha Menguasai dan Maha Pencipta. Segala ciptaanNya pasti ada manfaatnya dan bukanlah sesuatu yang sia-sia. Subhanaallah... 
Rupanya pokok lidah jin ni berbunga Rupanya pokok lidah jin ni berbunga Reviewed by ana halim on January 05, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Ada tanam jugak pokok ni di rumah . Tak tahu pulak boleh berbunga .. Sekali tengok bunga dia seakan bunga betik

    ReplyDelete
  2. Pokok sansevieria ni memang berbunga
    cuma bunganya tak tahan lama.

    ReplyDelete
  3. Ya memang berbunga tapi lama sangat keluar bunga dia. harum juga bunga ni..mewangi bila kena sinaran mentari di pagi hari

    ReplyDelete
  4. ohoo ada munge ke ? kat rumah nenek ada pokok ni tapi tula x prasan ada munge ke x. jenis tak perhati sangat hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.